Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 5 >> 

Doa Minta Perlindungan

1Untuk pemimpin koir. Dengan iringan suling. Mazmur Daud. (5-2) Ya TUHAN, dengarkanlah kata-kataku, dengarkanlah keluhanku.

2(5-3) Ya Allahku, Rajaku, dengarlah rintihanku dan tolonglah aku. Aku berdoa kepada-Mu, ya TUHAN;

3(5-4) pada waktu pagi Engkau mendengar suaraku; ketika matahari terbit aku mempersembahkan doaku, dan menanti-nantikan jawapan-Mu.

4(5-5) Ya Allah, Engkau tidak suka akan perbuatan jahat; Engkau tidak membenarkan orang jahat berada di hadirat-Mu.

5(5-6) Engkau tidak tahan melihat orang sombong; Engkau membenci semua orang jahat.

6(5-7) Engkau memusnahkan semua pembohong, dan menghina pengganas dan penipu.

7(5-8) Tetapi demi kasih-Mu yang besar, aku dapat masuk ke Rumah-Mu. Aku boleh menyembah Engkau di dalam Rumah-Mu yang suci, dan bersujud di hadapan-Mu dengan hormat.

8(5-9) Ya TUHAN, amat banyak musuhku; pimpinlah aku melakukan kehendak-Mu, dan tunjukkanlah jalan-Mu yang harus aku tempuh.

9(5-10) Kata-kata musuhku tidak boleh dipercayai; rancangan mereka jahat sekali; kata-kata mereka manis memikat, tetapi penuh dengan niat jahat.

10(5-11) Hukumlah mereka, ya Allah; biarlah mereka celaka kerana rancangan mereka sendiri. Usirlah mereka kerana dosa mereka yang banyak itu serta pemberontakan mereka terhadap-Mu.

11(5-12) Semoga semua orang yang berlindung kepada-Mu gembira; dan bernyanyi dengan sukacita selama-lamanya. Lindungilah mereka yang mengasihi Engkau, supaya mereka sungguh berbahagia kerana Engkau.

12(5-13) Engkau memberkati mereka yang taat kepada-Mu, ya TUHAN; kasih-Mu melindungi mereka seperti perisai.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2018
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran