Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 11 >> 

Daud menjadi raja atas Israel

1Maka berkumpullah semua orang Israel menghadap Daud di Hebron dan berkata, “Sesungguhnya, kami ini darah dagingmu.

2Pada masa dahulu, ketika Saul menjadi raja, tuankulah yang memimpin pergerakan orang Israel. TUHAN, Allahmu, telah berfirman kepada tuanku, ‘Engkaulah akan menggembala umat-Ku Israel dan engkaulah yang akan menjadi pemimpin atas umat-Ku Israel.’ ”

3Demikianlah semua tua-tua Israel datang menghadap raja di Hebron lalu Daud mengikat perjanjian dengan mereka di Hebron, di hadapan TUHAN. Maka mereka melantik Daud menjadi raja atas orang Israel, seperti yang difirmankan TUHAN dengan perantaraan Samuel.

Raja Daud menakluki Yerusalem dan menetap di sana

4Daud dan semua orang Israel pergi ke Yerusalem, iaitu Yebus. Orang Yebus, penduduk negeri itu, tinggal di sana.

5Kata penduduk Yebus kepada Daud, “Engkau tidak akan berjaya masuk ke mari.” Tetapi Daud merebut kubu pertahanan Sion, iaitu Kota Daud.

6Daud berkata, “Sesiapa pun yang lebih dahulu menyerang orang Yebus, akan menjadi ketua dan panglima.” Yoab anak Zeruya maju lebih dahulu sehingga dia berjaya diangkat menjadi ketua.

7Kemudian Daud tinggal di kubu pertahanan itu lantas tempat itu dinamakan Kota Daud.

8Dia membina kota itu berkeliling, dari Milo ke daerah sekitarnya manakala Yoab memperbaik bahagian kota yang selebihnya itu.

9Kebesaran Daud semakin bertambah kerana TUHAN alam semesta, menyertainya.

Kesateria Raja Daud

10Inilah para ketua kesateria Daud. Bersama-sama semua orang Israel, mereka memberikan sokongan yang kuat kepadanya dalam kerajaannya sehingga mantap kedudukannya sebagai raja, seperti yang difirmankan TUHAN mengenai Israel.

11Inilah daftar kesateria Daud: Yasobam, anak orang Hakhmoni, ketua bagi Tiga Orang Panglima. Dia pernah menggunakan tombaknya melawan tiga ratus orang yang kemudian ditewaskannya dalam satu pertempuran.

12Selepasnya ialah Eleazar anak Dodo, orang Ahohi iaitu seorang daripada tiga orang panglima itu.

13Dialah yang menyertai Daud di Pas-Damim ketika orang Filistin berkumpul di sana untuk berperang. Ada sepetak ladang yang penuh dengan pokok barli di sana – ketika pasukan telah melarikan diri dari hadapan orang Filistin –

14mereka berdiri di tengah-tengah ladang itu, mempertahankannya, dan mengalahkan orang Filistin. Demikianlah TUHAN menyelamatkan mereka dengan kemenangan yang besar.

15Maka datanglah tiga orang daripada tiga puluh orang ketua ke bukit batuan mendapatkan Daud di gua Adulam, sementara pasukan orang Filistin berkhemah di Lembah Refaim.

16Pada waktu itu Daud sedang berada di kubu pertahanan, sementara pasukan pendudukan orang Filistin berada di Betlehem.

17Lalu timbullah keinginan dalam diri Daud, katanya, “Mudah-mudahan ada orang memberi aku air minum daripada perigi Betlehem yang ada berdekatan dengan pintu gerbang!”

18Maka tiga orang kesateria utama itu menerobos perkhemahan orang Filistin dan menimba air daripada perigi Betlehem yang ada berdekatan dengan pintu gerbang, lalu mengangkat dan membawanya kepada Daud. Namun demikian, Daud tidak mahu meminumnya, malahan dia mencurahkannya sebagai persembahan kepada TUHAN,

19dan berkata, “Demi Allah, janganlah aku sekali-kali berbuat demikian! Wajarkah aku minum darah taruhan nyawa orang ini? Dengan mempertaruhkan nyawa mereka membawa air ini.” Oleh itu, dia tidak mahu meminumnya. Itulah yang dilakukan oleh ketiga-tiga orang kesateria itu.

20Abisai, adik Yoab ialah ketua kepada ketiga-tiga orang itu. Dia pernah menggunakan tombaknya melawan tiga ratus orang dan menewaskan semuanya, sehingga namanya masyhur di samping Tiga Orang Panglima itu.

21Antara ketiga-tiga orang itu, dialah yang paling dihormati dan menjadi pemimpin mereka, tetapi tidak mencapai tahap seperti Tiga Orang Panglima.

22Benaya anak Yoyada pula ialah anak seorang yang gagah perkasa dari Kabzeel, yang berjasa besar. Dia menewaskan kedua-dua orang pahlawan besar dari Moab. Dia juga pernah turun ke dalam sebuah lubang dan membunuh seekor singa pada suatu ketika salji turun.

23Selain itu, dia menewaskan seorang Mesir yang berbadan sasa setinggi lima hasta. Di tangan orang Mesir itu ada sebatang tombak seperti kayu penggulung tenun bersilang, tetapi Benaya mendatanginya dengan sebatang tongkat. Dirampasnya tombak daripada tangan orang Mesir itu, lalu ditewaskannya orang itu dengan tombaknya sendiri.

24Itulah yang dilakukan Benaya anak Yoyada. Namanya masyhur di samping Tiga Orang Panglima itu.

25Antara Tiga Puluh Orang Kesateria itu, dia termasuk yang paling dihormati, tetapi tidak seperti Tiga Orang Panglima. Daud mengangkatnya menjadi ketua pengawalnya.

26Para kesateria gagah perkasa yang lain ialah: Asael, adik Yoab; Elhanan anak Dodo, orang Betlehem;

27Samot, orang Harod; Heles, orang Peloni;

28Ira anak Ikes, orang Tekoa; Abiezer, orang Anatot;

29Sibkhai, orang Husa; Ilai, orang Ahohi;

30Maharai, orang Netofa; Heled anak Baana, orang Netofa;

31Itai anak Ribai dari Gibea, orang Benyamin; Benaya, orang Piraton;

32Hurai dari lembah Gaas; Abiel, orang Bet-Araba;

33Azmawet, orang Bahurim; Elyahba, orang Saalbon;

34Anak-anak Hasyem, orang Gizon; Yonatan anak Sage, orang Harari;

35Ahiam anak Sakhar, orang Harari; Elifal anak Ur;

36Hefer, orang Mekherati; Ahia, orang Peloni;

37Hezro, orang Karmel; Naarai anak Esbai;

38Yo'el, saudara Natan; Mibhar anak Hagri;

39Zelek, orang Amon; Naharai, orang Beerot, pembawa senjata Yoab anak Zeruya;

40Ira, orang Yetri; Gareb, orang Yetri;

41Uria, orang Het; Zabad anak Ahlai;

42Adina anak Siza orang Ruben. Dia ketua orang Ruben dan bersertanya ada tiga puluh orang.

43Hanan anak Maakha; Yosafat, orang Mitni;

44Uzia, orang Asytarot; Syama dan Yeiel, anak-anak Hotam orang Aroer;

45Yediael anak Simri dan Yoha, saudaranya, orang Tizi;

46Eliel, orang Mahawim; Yeribai dan Yosawya, anak-anak Elnaam; Yitma, orang Moab;

47Eliel, Obed, dan Yaasiel, orang Mezobaya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran