Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Tawarikh 17 >> 

Raja Yosafat – Pengukuhan kerajaan

1Yosafat, anak Raja Asa, menaiki takhta menggantikan ayahnya lalu memperkuat kedudukannya untuk melawan Israel.

2Dia menempatkan pasukan tentera di semua kota berkubu di Yehuda. Selain itu ditempatkannya juga pasukan tentera pertahanan di Tanah Yehuda dan di kota-kota Efraim yang direbut oleh Asa, ayahnya.

3TUHAN menyertai Yosafat kerana dia hidup mengikuti jejak awal Daud, leluhurnya, dan tidak mencari tuhan-tuhan Baal,

4melainkan mencari hadirat Allah ayahnya. Dia hidup menurut segala perintah-Nya dan tidak mengikuti perbuatan-perbuatan orang Israel.

5Oleh sebab itu TUHAN mengukuhkan kerajaan itu di tangannya. Semua orang Yehuda memberikan persembahan kepada Yosafat, sehingga ia berlimpahanlah kekayaan dan kehormatannya.

6Dengan berani dia mengikuti jalan TUHAN, disingkirkannya bukit-bukit pemujaan dan patung-patung Asyera dari Yehuda.

7Pada tahun ketiga zaman pemerintahannya, dia menyuruh beberapa orang pembesarnya, iaitu Ben-Hail, Obaja, Zakharia, Netaneel, dan Mikha, untuk mengajar di kota-kota Yehuda.

8Beberapa orang Lewi, iaitu Semaya, Netanya, Zebaja, Asael, Semiramot, Yonatan, Adonia, Tobia, dan Tob-Adonia turut menyertai mereka, demikian pula para imam, iaitu Elisama dan Yoram.

9Mereka mengajar di Tanah Yehuda dengan membawa Kitab Taurat TUHAN. Mereka mengelilingi semua kota di Yehuda sambil mengajar dalam kalangan rakyat.

10Rasa takut kepada TUHAN melanda semua kerajaan di negeri-negeri sekeliling Yehuda, sehingga mereka tidak berperang melawan Yosafat.

11Beberapa orang Filistin membawa persembahan kepada Yosafat, dan perak sebagai ufti. Orang Arab pun membawa tujuh ribu tujuh ratus ekor domba jantan dan tujuh ribu tujuh ratus ekor kambing jantan kepadanya.

12Kebesaran Yosafat semakin bertambah. Dia membina benteng-benteng dan kota-kota perbekalan di Yehuda.

13Banyak pendapatannya di kota-kota Yehuda. Para pejuangnya, iaitu para kesateria yang gagah perkasa, ada di Yerusalem.

14Inilah daftar mereka menurut kaum keluarga mereka. Daripada orang Yehuda, pemimpin-pemimpin pasukan seribu: Panglima Adna dengan 300,000 kesateria yang gagah perkasa.

15Di samping Adna: Panglima Yohanan dengan 280,000 orang.

16Di samping Yohanan: Amasia anak Zikhri, yang menyerahkan diri kepada TUHAN secara sukarela, dengan 200,000 orang kesateria yang gagah perkasa.

17Daripada orang Benyamin: Elyada, seorang kesateria yang gagah perkasa, dengan 200,000 orang yang bersenjatakan busur panah dan perisai.

18Di samping Elyada: Yozabad dengan 180,000 orang bersenjata yang siap bertempur.

19Mereka inilah yang berkhidmat kepada raja, selain kalangan yang ditempatkan raja di kota-kota berkubu di seluruh Tanah Yehuda.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Tawarikh 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel