Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Tawarikh 19 >> 

Pelihat Yehu menegur Raja Yosafat

1Yosafat, raja Yehuda, pulang dengan selamat ke istananya di Yerusalem.

2Lalu Yehu anak Hanani, pelihat itu, pergi menghadap Raja Yosafat dan berkata kepadanya, “Patutkah tuanku menolong orang fasiq dan mengasihi orang yang membenci TUHAN? Kerana hal itu tuanku akan ditimpa murka TUHAN.

3Meskipun begitu, ada hal-hal yang baik didapati pada tuanku, kerana tuanku telah menyingkirkan patung-patung Asyera dari negeri ini dan telah menetapkan hati untuk mencari hadirat Allah.”

Hakim-hakim diangkat

4Yosafat tinggal di Yerusalem. Kemudian dia berangkat lagi mengunjungi rakyat, dari Bersyeba sampai ke pergunungan Efraim, dan menyuruh mereka berbalik kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka.

5Dilantiknya para hakim di negeri itu, iaitu di setiap kota berkubu di Yehuda.

6Katanya kepada para hakim itu, “Perhatikanlah apa yang kamu lakukan, kerana kamu bukan memutuskan hukum bagi manusia, melainkan bagi TUHAN. Dia menyertai kamu ketika kamu memutuskan hukum.

7Sekarang, hendaklah kamu takut kepada TUHAN. Bekerjalah dengan berhati-hati, kerana pada TUHAN, Allah kita, tidak ada kecurangan, hal memandang bulu, atau menerima rasuah.”

8Di Yerusalem pun Yosafat mengangkat beberapa orang Lewi, imam, dan ketua kaum keluarga Israel untuk memberikan keputusan dalam hal hukum TUHAN dan dalam hal persengketaan. Mereka menjalankan bidang tugas mereka di Yerusalem.

9Dia memerintah mereka demikian, “Dengan takut kepada TUHAN, setia, dan tulus hati, beginilah harus kamu lakukan:

10Apa-apa pun perkara yang diajukan kepadamu oleh saudara-saudaramu yang tinggal di kota-kota mereka – baik mengenai penumpahan darah atau mengenai hukum, perintah, berbagai-bagai ketetapan dan peraturan – kamu harus mengingatkan mereka supaya jangan mereka bersalah terhadap TUHAN sehingga murka-Nya menimpa kamu dan saudara-saudaramu. Bertindaklah begitu, maka tentunya kamu tidak akan bersalah.

11Ketua Imam iaitu Amarya akan memimpin kamu dalam segala perkara yang berhubungan dengan TUHAN, sedangkan Zebaja anak Ismael, pembesar keturunan kaum Yehuda, akan memimpin kamu dalam segala perkara yang berhubungan dengan raja. Selain itu, bani Lewi akan melayani kamu sebagai pengawas. Bertindaklah dengan tegas! Semoga TUHAN menyertai orang yang baik-baik.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Tawarikh 19 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel