Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 33 >> 

Perjalanan orang Israel

1Inilah peringkat perjalanan orang Israel, pasukan demi pasukan, setelah mereka keluar dari Tanah Mesir di bawah pimpinan Musa dan Harun.

2Musa menuliskan titik permulaan perjalanan mereka menurut peringkat berdasarkan perintah TUHAN. Inilah peringkat perjalanan mereka.

3Mereka berangkat dari Rameses dalam bulan pertama. Pada hari kelima belas pada bulan itu, sehari sesudah Perayaan Paskah, orang Israel berjalan keluar dengan semangat tinggi di hadapan mata semua orang Mesir.

4Pada waktu itu, orang Mesir sedang menguburkan semua anak sulung yang ditewaskan TUHAN dalam kalangan mereka. Bahkan atas tuhan mereka pun TUHAN menjatuhkan hukuman.

5Orang Israel berangkat dari Rameses, lalu berkhemah di Sukot.

6Setelah itu mereka berangkat dari Sukot, lalu berkhemah di Etam, di tepi gurun.

7Dari Etam mereka berangkat, lalu kembali ke Pi-Hahirot yang berseberangan dengan Baal-Zefon. Di sana mereka berkhemah, berhadapan dengan Migdol.

8Dari Pi-Hahirot mereka berangkat, lalu melintas di tengah laut menuju gurun. Kemudian mereka berjalan sejauh tiga hari perjalanan di Gurun Etam dan berkhemah di Mara.

9Dari Mara mereka berangkat dan tiba di Elim. Di Elim ada dua belas mata air dan tujuh puluh pokok kurma. Mereka pun berkhemah di sana.

10Dari Elim mereka berangkat, lalu berkhemah di tepi Laut Merah.

11Dari Laut Merah mereka berangkat, lalu berkhemah di Gurun Sin.

12Selanjutnya dari Gurun Sin mereka berangkat lalu berkhemah di Dofka,

13dan dari Dofka mereka berangkat lalu berkhemah di Alus.

14Dari Alus mereka berangkat lagi, lalu berkhemah di Rafidim. Di sana tidak ada air untuk diminum oleh bangsa itu,

15maka berangkatlah mereka dari Rafidim lalu berkhemah di Gurun Sinai.

16Dari Gurun Sinai mereka berangkat, lalu berkhemah di Kibrot-Taawa.

17Dari Kibrot-Taawa mereka berangkat lagi, lalu berkhemah di Hazerot.

18Dari Hazerot mereka berangkat, lalu berkhemah di Ritma.

19Dari Ritma mereka berangkat, lalu berkhemah di Rimon-Peros.

20Dari Rimon-Peros mereka berangkat, lalu berkhemah di Libna.

21Dari Libna mereka berangkat, lalu berkhemah di Risa.

22Dari Risa mereka berangkat, lalu berkhemah di Kehelata.

23Dari Kehelata mereka berangkat, lalu berkhemah di Gunung Syafer.

24Dari Gunung Syafer mereka berangkat, lalu berkhemah di Harada.

25Dari Harada mereka berangkat, lalu berkhemah di Makhelot.

26Dari Makhelot mereka berangkat, lalu berkhemah di Tahat.

27Dari Tahat mereka berangkat, lalu berkhemah di Tarah.

28Dari Tarah mereka berangkat, lalu berkhemah di Mitka.

29Dari Mitka mereka berangkat, lalu berkhemah di Hasmona.

30Dari Hasmona mereka berangkat, lalu berkhemah di Moserot.

31Dari Moserot mereka berangkat, lalu berkhemah di Bene-Yaakan.

32Dari Bene-Yaakan mereka berangkat, lalu berkhemah di Hor-Gidgad.

33Dari Hor-Gidgad mereka berangkat, lalu berkhemah di Yotbata.

34Dari Yotbata mereka berangkat, lalu berkhemah di Abrona.

35Dari Abrona mereka berangkat, lalu berkhemah di Ezion-Geber.

36Dari Ezion-Geber mereka berangkat, lalu berkhemah di Gurun Zin, iaitu Kadesh.

37Dari Kadesh mereka berangkat, lalu berkhemah di Gunung Hor, di tepi Tanah Edom.

38Kemudian atas perintah TUHAN, Imam Harun naik ke Gunung Hor, dan dia meninggal di sana, pada tahun keempat puluh sesudah orang Israel keluar dari Tanah Mesir, tepatnya pada hari pertama bulan kelima.

39Harun berumur seratus dua puluh tiga tahun ketika dia meninggal di Gunung Hor itu.

40Sementara itu raja negeri Arad, bani Kanaan yang tinggal di Negeb, Tanah Kanaan, mendengar tentang kedatangan orang Israel.

41Dari Gunung Hor mereka berangkat, lalu berkhemah di Zalmona.

42Dari Zalmona mereka berangkat, lalu berkhemah di Funon.

43Dari Funon mereka berangkat, lalu berkhemah di Obot.

44Dari Obot mereka berangkat, lalu berkhemah di reruntuhan Abarim, di daerah Moab.

45Dari reruntuhan itu mereka berangkat dari Iyim, lalu berkhemah di Dibon-Gad.

46Dari Dibon-Gad mereka berangkat, lalu berkhemah di Almon-Diblataim.

47Dari Almon-Diblataim mereka berangkat, lalu berkhemah di Pergunungan Abarim, di seberang Nebo.

48Dari Pergunungan Abarim mereka berangkat, lalu berkhemah di dataran Moab, di tepi Sungai Yordan dekat Yerikho.

49Mereka berkhemah di tepi Sungai Yordan, dari Bet-Yesimot sampai ke Abel-Sitim di dataran Moab.

Pengusiran Penduduk Tempatan

50Di tempat itu, iaitu di dataran Moab, di tepi Sungai Yordan dekat Yerikho, TUHAN berfirman kepada Musa,

51“Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka, ‘Setelah kamu menyeberangi Sungai Yordan menuju Tanah Kanaan,

52usirlah seluruh penduduk negeri itu dari hadapanmu dan musnahkanlah segala batu berukir mereka. Musnahkanlah juga segala patung tuangan mereka dan punahkanlah segala bukit pemujaan mereka.

53Dudukilah negeri itu dan tinggallah di sana, kerana kepadamu telah Kukurniakan negeri itu untuk kamu duduki.

54Kemudian bahagi-bahagikanlah negeri itu menurut kaum yang ada padamu dengan cara mencabut undi. Kepada suku yang besar jumlahnya berikanlah harta pusaka yang lebih besar, manakala kepada suku yang kecil jumlahnya berikanlah harta pusaka yang lebih kecil. Di mana pun undi itu jatuh bagi mereka, di situlah bahagian mereka. Hendaklah kamu mendapat harta pusaka menurut suku-suku bapa leluhurmu.

55Akan tetapi, jika kamu tidak mengusir penduduk tempatan negeri itu dari hadapanmu, maka orang yang kamu tinggalkan hidup daripada kalangan mereka akan menjadi seperti onak di matamu dan duri di rusuk kamu. Mereka akan menyusahkan kamu di negeri yang kamu diami.

56Jika demikian, Aku akan melakukan rancangan terhadap mereka seperti yang Kurancangkan terhadap kamu.’ ”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Bilangan 33 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel