Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 118 >> 

1Bersyukurlah kepada TUHAN kerana kebaikan-Nya; kasih-Nya kekal selama-lamanya.

2Biarlah Israel berkata: “Kasih-Nya kekal selama-lamanya.”

3Biarlah keturunan Harun berkata: “Kasih-Nya kekal selama-lamanya.”

4Biarlah mereka yang takut akan TUHAN berkata: “Kasih-Nya kekal selama-lamanya.”

5Aku berseru kepada TUHAN dalam kesusahan, TUHAN menjawabku dan meletakkan aku di tempat yang lapang.

6TUHAN memihak kepadaku; aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku?

7TUHAN menyokongku dalam kalangan mereka yang menolongku. Oleh itu, aku akan melihat kehendakku berlaku ke atas mereka yang membenciku.

8Lebih baik menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN daripada meletakkan keyakinan kepada manusia.

9Lebih baik berlindung kepada TUHAN daripada percaya kepada raja-raja.

10Semua bangsa telah mengepungku, namun dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka.

11Mereka telah mengepungku, namun dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka.

12Mereka telah mengepungku seperti lebah, mereka dihapuskan seperti api daripada duri; kerana dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka.

13Aku ditolak dengan ganas supaya aku tersungkur, tetapi TUHAN menolongku.

14TUHAN adalah kekuatan dan nyanyianku; dan Dia telah menjadi penyelamatanku.

15Suara kegembiraan dan penyelamatan memenuhi perkhemahan orang yang benar: “Tangan kanan TUHAN gagah berani dan menang!

16Tangan kanan TUHAN ditinggikan; tangan kanan TUHAN gagah berani dan menang!”

17Aku tidak akan mati, aku hidup, dan mengisytiharkan hasil kerja TUHAN.

18TUHAN telah menghukumku dengan berat, tetapi Dia tidak membiarkan aku mati.

19Bukakanlah untukku pintu yang benar; aku akan masuk melaluinya dan akan memuji TUHAN.

20Inilah pintu TUHAN; orang yang benar akan masuk melaluinya.

21Aku akan memuji-Mu, kerana Engkau telah menjawabku; dan telah menjadi penyelamatanku.

22Batu yang telah dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru;

23Ini perbuatan TUHAN, sungguh menakjubkan di mata kita.

24Ini hari yang dijadikan oleh TUHAN; kita akan bergembira dan bersukacita kerananya.

25Selamatkanlah sekarang, aku berdoa, ya TUHAN; Ya TUHAN, aku berdoa, hantarlah kemakmuran.

26Diberkatilah orang yang datang dalam nama TUHAN. Kami telah memberkatimu dari rumah TUHAN.

27Allah adalah TUHAN, dan Dia telah memberi kita cahaya. Ikatlah korban dengan tali ke tanduk mazbah.

28Engkau Allahku, dan aku akan memuji-Mu; Engkau Allahku, aku akan meninggikan-Mu.

29Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya; kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 118 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran