Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 135 >> 

1Pujilah TUHAN! Pujilah nama TUHAN; pujilah Dia, hai kamu hamba-hamba TUHAN,

2kamu yang berdiri di Rumah TUHAN, di balai-balai Rumah Allah kita.

3Pujilah TUHAN, kerana kebaikan-Nya; nyanyikan pujian untuk nama-Nya, kerana sungguh menyenangkan.

4Kerana TUHAN telah memilih Yakub untuk diri-Nya, Israel untuk kesayangan-Nya yang istimewa.

5Kerana aku tahu bahawa TUHAN Maha Besar, dan Tuhan kita di atas semua tuhan.

6Apa sahaja yang TUHAN berkenan, dilakukan-Nya, di syurga dan di bumi, di lautan dan di semua tempat yang dalam.

7Dia membuat wap naik dari semua pelosok bumi; Dia menghantar kilat bersama hujan; Dia mengeluarkan angin daripada perbendaharaan-Nya.

8Dia memusnahkan anak sulung Mesir, baik manusia mahupun binatang.

9Dia menghantar tanda dan keajaiban ke kalanganmu, hai Mesir, kepada Firaun dan semua hambanya.

10Dia mengalahkan banyak bangsa dan membunuh raja-raja perkasa –

11Sihon raja bangsa Amori, Og raja Basan dan semua kerajaan di Kanaan –

12lalu memberikan tanah mereka sebagai warisan pusaka, warisan pusaka kepada umat-Nya Israel.

13Nama-Mu, ya TUHAN, kekal selama-lamanya, kemasyhuran-Mu, ya TUHAN, turun-temurun zaman-berzaman.

14Kerana TUHAN akan menghakimi umat-Nya dan Dia akan berbelas kasih ke atas hamba-hamba-Nya.

15Berhala bangsa-bangsa diperbuat daripada perak dan emas, hasil pertukangan tangan manusia.

16Ia ada mulut, tetapi tidak berkata-kata, ada mata tetapi tidak melihat;

17ia ada telinga, tetapi tidak mendengar, dan tiada nafas di mulutnya.

18Orang yang membuatnya serupalah dengannya, demikian juga setiap orang yang menyandarkan kepercayaan kepadanya.

19Pujilah TUHAN, hai keturunan kaum Israel; Pujilah TUHAN, hai keturunan kaum Harun;

20Pujilah TUHAN, hai keturunan kaum Lewi; kamu yang takut akan TUHAN, pujilah TUHAN.

21Pujilah TUHAN dari Sion, yang tinggal di Yerusalem. Pujilah TUHAN!


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 135 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran