Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 146 >> 

1Pujilah TUHAN! Pujilah TUHAN, wahai jiwaku.

2Selagi aku hidup, aku akan memuji TUHAN; aku akan menyanyikan pujian untuk Allahku selagi aku masih wujud.

3Janganlah sandarkan kepercayaanmu kepada raja-raja, atau kepada anak manusia kerana pertolongan bukanlah daripadanya.

4Rohnya pergi, dia kembali menjadi tanah; pada hari itu juga semua rancangannya musnah.

5Diberkatilah orang yang ditolong oleh Allah Yakub, yang berharap kepada TUHAN Allahnya,

6yang telah menjadikan langit dan bumi, laut, dan segala yang di dalamnya – Dia tetap setia selama-lamanya.

7Dia menjalankan keadilan bagi mereka yang ditindas; Dia memberi makanan kepada mereka yang lapar. TUHAN memberi kebebasan kepada mereka yang dipenjarakan,

8TUHAN mencelikkan mata orang buta, TUHAN menegakkan mereka yang tersungkur, TUHAN mengasihi orang yang benar.

9TUHAN menaungi orang asing Dia membantu anak yatim dan balu, tetapi usaha orang zalim dihancurkan-Nya.

10TUHAN akan memerintah selama-lamanya, Allahmu, wahai Sion, turun-temurun zaman-berzaman. Pujilah TUHAN!


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 146 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran