Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Nehemia 6 >> 

Tembok dibina seterusnya dan Nehemia diancam

1Apabila Sanbalat, Tobia, dan Gesyem, orang Arab itu, serta musuh-musuh kami selebihnya mendengar bahawa aku telah membina semula tembok sehingga tidak ada lagi lubang – biarpun pada ketika itu pintu-pintu gerbangnya belum lagi kupasang,

2maka Sanbalat dan Gesyem mengutus orang kepadaku dengan pesan, “Mari kita mengadakan pertemuan di salah sebuah kampung di Lembah Ono.” Tetapi mereka berniat mencederakan aku.

3Jadi, kukirim beberapa utusan kepada mereka dengan pesan, “Aku terlalu sibuk melaksanakan suatu pekerjaan yang besar untuk pergi ke sana. Mengapa perlu pekerjaan ini terhenti kerana aku meninggalkannya hanya untuk menemui kamu?”

4Empat kali berturut-turut mereka mengirim kepadaku pesan seperti itu, tetapi setiap kali kuberikan jawapan yang sama kepada mereka.

5Kemudian, buat kali kelimanya, Sanbalat mengutus seorang pembantunya kepadaku dengan pesan seperti itu dan orang itu membawa sepucuk surat terbuka,

6yang di dalamnya tertulis demikian: “Tersiar khabar di antara bangsa-bangsa – Gesyem juga mengatakan hal yang sama – bahawa engkau dan orang Yahudi bermaksud memberontak. Itulah sebabnya engkau membina semula tembok itu. Menurut khabar itu, engkau hendak menjadi raja mereka,

7bahkan kamu mengangkat para nabi untuk memaklumkan diri engkau di Yerusalem, demikian, ‘Ada seorang raja di Tanah Yehuda!’ Tentunya sekarang berita seperti itu akan terdengar oleh raja. Oleh sebab itu mari kita bermuafakat bersama-sama.”

8Maka kuutus jawapan ini kepadanya, “Hal-hal seperti yang kaukatakan itu tidak benar. Itu cuma rekaan kamu sendiri dalam hatimu.”

9Memang mereka semua sengaja berusaha menakut-nakutkan kami dengan berfikir, “Mereka akan patah semangat dalam pekerjaan itu sehingga tidak dapat menyelesaikannya.” Tetapi sekarang, kuatkanlah semangatku, ya Allah.

10Suatu hari aku pergi ke rumah Semaya anak Delaya anak Mehetabeel yang sedang mengurung diri. Katanya, “Mari kita bertemu di Rumah Allah, di dalam Bait Suci, lalu kita tutup pintu-pintu Bait Suci kerana kalangan itu akan datang membunuh engkau. Ya, malam ini mereka akan datang membunuh engkau.”

11Tetapi kataku, “Masakan orang seperti aku melarikan diri? Adakah orang seperti aku ini akan masuk ke dalam Bait Suci untuk menyelamatkan nyawanya? Aku tidak mahu pergi!”

12Aku sedar bahawa dia bukan diutus Allah. Nubuat itu diucapkannya terhadap aku setelah diupah oleh Tobia dan Sanbalat,

13dengan tujuan supaya aku takut lalu berbuat demikian sehingga aku berdosa. Dengan begitu mereka dapat membusukkan namaku sehingga aku dicela.

14Ya Allahku, ingatlah Tobia dan Sanbalat menurut apa yang dilakukan mereka, juga Nabiah Noaja dan nabi-nabi lain yang mahu menakut-nakutkan aku.

Pembinaan tembok selesai

15Genap dalam lima puluh dua hari, selesailah pembinaan semula tembok itu iaitu pada hari kedua puluh lima bulan Elul.

16Apabila hal itu terdengar oleh semua musuh kami dan semua bangsa di sekeliling kami melihatnya, maka takutlah mereka. Begitu tebal muka mereka setelah menyedari bahawa dengan bantuan Allah kami, pekerjaan itu telah dilaksanakan.

17Pada masa itu juga para bangsawan Yehuda mengirim banyak surat kepada Tobia, dan Tobia pun membalas surat-surat mereka.

18Memang ramai orang di Tanah Yehuda terikat sumpah dengannya, kerana dia ialah menantu Sekhanya anak Arah, manakala anaknya, Yohanan pula memperisteri anak perempuan Mesulam anak Berekhya.

19Mereka juga memuji-muji kebaikan Tobia di depanku, dan kata-kataku mereka sampaikan kepadanya. Tobia terus mengirim beberapa pucuk surat untuk menakut-nakutkan aku.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Nehemia 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel