Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Rut 3 >> 

Rut mendapat suami

1Lalu berkatalah Naomi kepada menantunya, “Bagaimana jika aku mendapatkan tempat bernaung untuk kamu, ya anakku, agar kamu berbahagia?

2Bukankah Boas, saudara kita dan kamu pula bersama-sama para pekerjanya? Lihatlah nanti, pada malam ini dia akan menampi barli di tempat pembantingan.

3Jadi, mandi dan berlangirlah dan kenakanlah pakaian terbaikmu dan pergilah ke tempat pembantingan itu. Tetapi usah biar dia tahu bahawa kamu di situ selagi dia belum selesai makan dan minum.

4Maka hendaklah kamu perhatikan di mana dia membaringkan diri untuk tidur. Kemudian pergilah dan singkapkan selimut daripada kakinya dan berbaringlah kamu di sana. Dia akan memberitahu kamu apa yang harus kamu lakukan.”

5Jawab Rut kepadanya, “Aku akan ikut segala yang ibu suruh aku lakukan.”

6Sesudah itu pergilah dia ke tempat pembantingan. Dia pun melakukan tepat seperti yang disuruh oleh mertuanya.

7Setelah Boas habis makan dan minum dan hatinya gembira, datanglah dia membaringkan diri untuk tidur pada hujung timbunan barli itu. Kemudian secara diam-diam, datanglah perempuan itu lalu disingkapkannya selimut dari kaki Boas dan berbaringlah dia di situ.

8Sewaktu tengah malam, terkejutlah lelaki itu, lalu apabila dia membalikkan badan ke hadapan, ternyata seorang perempuan berbaring di sisi kakinya.

9“Siapakah engkau ini?” tanya Boas. Lalu dijawab, “Saya Rut, hamba tuan. Semoga tuan sudi kembangkan sayap demi menaungi hambamu ini, kerana tuan kerabat kami yang terdekat.”

10“Semoga TUHAN memberkati kamu, anakku,” kata Boas. “Terbukti, berbanding dengan kebaikanmu yang terdahulu, lebih baik perbuatan baik kamu kini, kerana kamu tidak mencari lelaki yang lebih muda sama ada dia kaya atau miskin.

11Maka, usah khuatir, wahai anakku. Semua yang kamu minta itu akan kulaksanakan; kerana semua orang di kota ini memang tahu bahawa kamu seorang perempuan yang berbudi pekerti.

12Memang benar, aku kerabatmu yang dekat, tetapi masih ada seorang anggota kerabat yang lebih dekat daripada aku.

13Malam ini, diamlah kamu di sini sahaja. Esok pagi, baguslah jika orang itu mahu melaksanakan tanggungjawabnya untuk menebusmu. Tetapi jika dia enggan, demi TUHAN yang hidup, aku akan menebus kamu. Sekarang, tidurlah sahaja di sini sampai pagi.”

14Maka tidurlah Rut di situ dekat kaki Boas. Awal pagi esoknya, Rut sudah bangun agar tidak dilihat orang kerana Boas ada berkata, “Jangan sampai orang tahu bahawa seorang perempuan datang ke tempat pembantingan ini.”

15Tambah Boas lagi, “Hulurkanlah dan bentangkanlah selendang kamu itu.” Lalu Rut menghulurkan selendangnya. Boas menuang enam sukatan barli ke dalam selendang yang dijadikan buntil itu lalu meletakkannya ke atas bahu Rut. Kemudian Boas beredar dari situ menuju ke kota.

16Setibanya Rut di rumah, ibu mertuanya bertanya, “Bagaimana jadinya, anakku?” Maka Rut menceritakan semua yang dilakukan Boas kepadanya.

17“Dan,” tambah Rut lagi, “Dia juga memberikan enam sukatan barli ini, kerana katanya aku tidak boleh pulang kepada ibu dengan tangan kosong.”

18Lalu kata Naomi, “Tunggu sahaja, anakku, sampai kamu tahu bagaimana sudahnya hal ini. Boas tidak akan diam sehingga dia sudah menyelesaikan perkara ini pada hari ini juga.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Rut 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel