Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yeremia 24 >> 

Penglihatan tentang dua keranjang buah ara

1TUHAN memberikan penglihatan kepadaku: tampak dua keranjang buah ara terletak di hadapan Bait Suci TUHAN. Hal ini terjadi setelah Yekhonya anak Yoyakim, raja Yehuda, berserta para pembesar Yehuda, para tukang, dan pandai besi dibuang dari Yerusalem oleh Nebukadnezar, raja Babel, dan dibawa ke Babel.

2Keranjang yang pertama berisi buah ara yang sangat baik, seperti buah ara pertama, sedang keranjang yang lain berisi buah ara yang sangat busuk, yang tidak dapat dimakan kerana buruknya.

3Firman TUHAN kepadaku, “Apa yang kaulihat, Yeremia?” Jawabku, “Buah ara! Buah ara yang baik itu baik sekali, dan yang busuk itu buruk sekali sehingga tidak dapat dimakan kerana buruknya.”

4Lalu datanglah firman TUHAN kepadaku demikian,

5“Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, ‘Seperti buah ara yang baik ini, demikianlah Aku akan memandang baik orang buangan daripada Yehuda yang Kuusir dari tempat ini ke negeri orang Kasdim.

6Aku akan mengarahkan pandangan-Ku kepada mereka demi kebaikan mereka, dan Aku akan membawa mereka kembali ke negeri ini. Aku akan membangunkan mereka, bukan meruntuhkan mereka. Aku akan menanam mereka, bukan mencabut mereka.

7Aku akan mengurniakan kepada mereka hati yang dapat mengenal Aku, bahawa Akulah TUHAN. Mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allah mereka, kerana mereka akan kembali kepada-Ku dengan segenap hati.

8Tetapi seperti buah ara yang busuk, yang tidak dapat dimakan kerana buruknya,’ sungguh, beginilah firman TUHAN, ‘demikianlah Aku akan menyerahkan Zedekia raja Yehuda berserta para pembesarnya, juga sisa penduduk Yerusalem yang masih tinggal di negeri ini dan orang yang tinggal di Tanah Mesir.

9Aku akan membuat mereka menjadi kengerian dan kesusahan bagi segala kerajaan di bumi, menjadi cela dan ibarat, menjadi sindiran dan kutukan di semua tempat Aku menghalau mereka.

10Aku akan mendatangkan pedang, bencana kebuluran, dan wabak penyakit ke tengah-tengah mereka, sehingga mereka dihabiskan dari tanah yang telah Kukurniakan kepada mereka dan kepada nenek moyang mereka.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yeremia 24 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel