Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Tesalonika 1 >> 

1BAHWA Paulus, dan Silvanus, dan Timothius, iya itu datang kapada sidang jumaat orang Thessalonika yang dalam Agama Allah iya itu Bapa kamu dan Tuhan Isa Almasih:

2Maka anugrah, dan damie, deripada Allah iya itu Bapa kami dan Tuhan Isa Almasih atas kamu.

3Saudara saudara, maka patutlah kiranya kami munguchap shukor pada Allah pada sudiakala kurna kamu, ulih subab iman kamu burtambah tambah, dan kasih masing masing kamu sa'orang dungan sa'orang turlempahlah;

4Dungan hal yang dumkian kami sundiri mumugahkanlah akan kamu dalam sagala sidang jumaat Allah deri kurna sabar dan iman kamu dalam sagala annyaya dan kasukaran yang kamu tanggong:

5Yang tulah munjadi satu alamat kunyataan deri hal adil hukum Allah, supaya kamu turbilang layak bagie krajaan Allah, kurna deri subab itulah juga yang kamu pun tahan kasukaran:

6Subab tampaknya adillah Allah kulak mumbalas kasukaran atas sagala orang yang munyukarkan kamu;

7Maka kapada kamu yang ada susah itu dibrinya purhintian busurta dungan kami, pada masa kulak kunyataan Tuhan Isa deri dalam shorga busurta dungan sagala muleikatnya yang burkuasa,

8Maka dungan api yang burnyala iya akan mungambil bela atas marika itu yang tiada mungunal Allah, dan yang tiada munurut akan injil Tuhan kami Isa Almasih:

9Yang akan diseksakan dungan kubinasaan kukal iya itu jauh deripada haldrat Tuhan, dan deripada kamuliaan kuasanya;

10Tutkala iya kulak datang akan dipurmuliakan ulih orang orang salihnya, dan diindahkan ulih sagala orang yang buriman pada hari itu (subab saksi kami diantara kamu) tulah dipurchayai.

11Maka subab itulah kami mintakan doa pada sudiakala akan kamu, supaya dibilangkan Allah kamu layak akan jumputan ini, dan mungunapi sagala karelaan kubajikannya, dan purbuatan iman itu dungan kuasa:

12Supaya nama Tuhan kami Isa Almasih itu dipurmuliakan dalammu, dan kamu pun dalamnya munurut anugrah Allah kami dan Tuhan Isa Almasih.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Tesalonika 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel