Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 8 >> 

1SHAHADAN maka Saul pun burkunankanlah Stifanus itu dibunoh. Maka pada masa itu datanglah anyaya yang busar kaatas sidang jumaat yang ada diJerusalem; maka skalian marika itupun churie burielah kapada sagala tanah Yahuda dan Samaria, mulainkan kuchuali sagala rasul itu.

2Maka adalah bubrapa orang burbahkti mumbawa mayat Stifanus itu akan ditanamkan, lalu diratapilah ulih marika itu akan dia sangat.

3Akan tutapi Saul mumbinasakan sidang jumaat itu, masok rumah turbit rumah, akan munarik sagala laki laki dan prumpuan dimasokkannya kudalam punjara.

4Arkian maka sagala orang yang turchurie burie itupun munjalanilah akan sagala banua sambil mumashorkan purkataan injil.

5Shahadan tutkala itu turunlah Filipus kanugri Samaria, sambil mumbri tau kapada marika itu deri hal Almasih.

6Maka sagala marika itupun stujulah dungan satu hati kapada purkara yang diajarkan ulih Filipus sambil didungar dan dilihat ulih marika itu sagala tandah yang diadakannya.

7Kurna banyaklah jin yang jahat kluarlah deripada bubrapa orang yang turkunah itu, sambil burtreak dungan nyaring suaranya, dan banyaklah pula orang yang tepok, dan lumpoh itupun disumbohkannya.

8Maka jadilah kasukaan yang busar dalam nugri itu.

9Burmula maka adalah sa'orang orang yang burnama Simon, iya itu orang hubatan dahulu dalam nugri itu, maka iya mumpurdayakan orang Samaria, dikatakannya dirinya sa'orang orang busar adanya.

10Maka diturut ulih sagala orang akan dia, deripada kuchil dan busar, katanya, Bahwa orang ini burulih pungwasaan yang busar deripada Allah.

11Maka stujulah orang orang itu padanya, subab iya tulah mumpurdayakan dia, dungan hubatannya bubrapa lamanya.

12Tutapi apabila marika itu purchayalah akan Filipus yang mumashorkan sagala krajaan Allah, dan nama Isa Almasih, maka marika itupun deripada laki laki dan prumpuan dibaptiskanlah.

13Maka Simom pun surtalah purchaya: maka sutlah sudah dibaptisakan akan dia, maka burjinak jinakkanlah iya dungan Pilipus, maka apabila dilihatnya akan sagala tandah dan ajaib yang diadakannya itu, maka turchungang chuganglah iya.

14Shahadan apabila didungar ulih sagala rasul yang ada diJerusalem, bahwa orang orang Samaria tulah munurima purkataan Allah, maka disurohnya pula Petros dan Yahya purgi kapadanya:

15Maka apabila marika itu sampie, lalu dimintakannyalah doa akan orang Samaria, supaya marika itupun bulih munurima Roh Alkudus:

16(Kurna bulom lagi Roh itu diturunkan kapada sa'orang jua pun deripada marika itu: tutapi marika itu tulah dibaptisakan sahja dungan nama Tuhan Isa.)

17Maka dumi ditaroh ulih rasul itu tangannya kaatas marika itu, maka marika itupun mundapatlah Roh Alkudus.

18Adapun apabila dilihat ulih Simon bahwa Roh Alkudus tulah dikurniakan, subab rasul itu tulah munaroh tangan kaatas orang itu, maka iya handak mumbri wang pada marika itu,

19Katanya, Brilah kiranya pada aku pun kuasa ini, supaya apabila aku munaroh tangan kaatas barang orang iyapun bulih mundapat Roh Alkudus.

20Tutapi burkatalah Petros padanya, Binasalah wangmu itu surtamu, kurna sangkamu bahwa kurnia Allah itu dapat dibli dungan wang.

21Maka tiadalah bagiemu bahgian atau untong dalam hal ini: kurna hatimu itu tiada bunar kapada Allah.

22Subab itu taubatlah angkau deripada kajahatanmu ini, dan mintalah doa kapada Allah, kalau kalau akan diampuninya deri hal sangka hatimu ini.

23Kurna aku mulihat angkau lagi dalam hampudu kapahitan, dan dalam blanggu kajahatan.

24Maka sahut Simon katanya, Handaklah kamu mumintakan doa akan daku kapada Tuhan, supaya jangan datang kaatasku barang suatu yang tulah kamu katakan ini.

25Adapun apabila marika itu tulah munyaksikan dan mumashorkan purkataan Tuhan, lalu kumbalilah marika itu kaJerusalem sambil mashorkan injil dalam bubrapa dusun dusun orang Samaria.

26Subarmula maka burkatalah sa'orang muliekat Tuhan pada Philipus, Bangunlah angkau, burjalan kasublah sulatan yang dijalan turun deri Jerusalem kanugri Gaza, yang sunyi itu.

27Hata maka bangunlah iya lalu burjalan: maka bahwa sa'sunggohnya adalah sa'orang Habshi, iya itu sida sida mantri busar dibawah raja prumpuan orang Habshi, yang burnama Kandace, maka iyalah yang mumugang purbandahrannya, iya itu tulah datang sumbahyang diJerusalem,

28Maka adalah iya pulang, duduk diatas kretanya sambil mumbacha surat nabi Jessia.

29Maka dialhamkan ulih Roh akan Filipus, katanya, Purgilah angkau dukat, surta rapatkanlah dirimu pada kreta itu.

30Maka burlarilah Filipus dukat, lalu didungarnya dia mumbacha surat nabi Jessia, maka kata Filipus, Adakah angkau mungarti bachaanmu itu?

31Maka jawabnya, Mana bulih, jikalau tiada sa'orang mungartikan padaku? Maka disuruhnya Filipus naik duduk surtanya.

32Adapun tumpat kitab yang dibachanya itu dumkian bunyinya, Iya itu tulah dibawa sapurti sa'ekor domba akan disumbulih; dan sapurti sa'ekor anak domba mumbisukan dirinya dihadapan orang yang munggunting bulunya, maka dumkianlah adanya tiada iya mumbuka mulutnya.

33Dalam hal karundahannya maka diambil deripadanya bicharanya yang adil: maka siapakah dapat mungatakan deri hal orang zamannya itu? kurna nyawanya itu tulah dirampas dungan gagah deri atas bumi.

34Maka kata sida sida itu kapada Filipus, Bahwa aku burtanya kapadamu, deri hal siapakah nabi itu burkata? deri hal dirinyakah, atau deri hal orang lainkah?

35Maka Filipus pun mumbuka mulutnya, surta dimulainya deripada purkataan kitab itu juga, dibrinya tau padanya deri hal Isa.

36Maka adalah sa'muntara marika itu burjalan sa'panjang jalan, maka sampielah iya kapada suatu tumpat ayer: lalu burkatalah sida sida itu, Lihatlah bahwa itutah ayer; apakah yang mularangkan aku dibaptisakan?

37Maka jawab Filipus, Jikalau angkau purchaya dungan sunggoh hatimu, bulih. Maka sahutnya, Aku purchaya akan Almasih itu Anak Allah.

38Maka disurohnya kreta itu burhinti: lalu turunlah Filipus surta sida sida itu kaduanya mundapatkan ayer itu, lalu dibaptisakannyalah akan dia.

39Adapun sutlah marika itu naik deripada ayer itu, maka dibawanya Roh Tuhan akan Filipus purgi, sampie tiadalah dilihat ulih sida sida itu akan dia lagi lalu pulanglah sida sida itu dungan sukachitanya sa'panjang jalan.

40Arkian maka Filipus itu didapati orang pula dinugri Azotus; maka sa'muntara iya mulalui tanah itu dimashorkannya injil dalam sagala nugri itu, sahingga sampielah kanugri Kesarea.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 8 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel