Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Korintus 3 >> 

FATSAL III.

1HIE sagala saudaraku, adapun aku ini tiadalah bulih kata katakan kapadamu spŭrti kapada orang yang digrakkan roh, mŭlainkan spŭrti kapada manusia yang bŭrnafsu dunia, iya itu spŭrti kapada kanak kanak mŭnyusu dalam agama Almasih.

2Maka aku tŭlah mŭmbri makan akan dikau susu, bukannya daging: kŭrna skian lama kamu tiada bulih mŭnahani akan dia, maka sampie skarang pun tiada juga kamu bulih.

3Kŭrna kamu ada lagi dalam nafsu dunia: maka kalau diantara kamu itu ada pŭrbantahan, dan pŭrchidraan, maka bukankah kamu dalam hal nafsu dunia, dan mŭlakukan spŭrti klakuan manusia?

4Kŭrna apabila sa’orang bŭrkata, Bahwa aku ini mŭnurot Paulus; dan kata yang lain pula, Aku ini mŭnurot Apollos; bukankah kamu dalam hal nafsu dunia?

5Siapakah Paulus itu, dan siapakah Apollos itu, mŭlainkan iya itu suroh surohan ulihnya juga kamu tŭlah pŭrchaya, iya itu sakŭdar yang dikurniakan Tuhan kapada masing masing orang.

6Bahwa aku tŭlah bŭrtanam, dan Apollos tŭlah mŭndirus; bahwasanya Allah juga yang mŭnumbohkan.

7Maka dŭmkianlah adanya orang yang bŭrtanam, dan orang yang mŭndirus itu satu pun tidak; tŭtapi Allah juga yang mŭnumbohkan.

8Adapun skarang orang yang bŭrtanam dan orang yang mŭndirus suatu juga adanya: tŭtapi masing masing orang kŭlak akan mŭnŭrima upah sakŭdar kŭlŭlahannya.

9Kŭrna kami ini orang bŭkŭrja bŭrsama sama dŭngan Allah: maka kamulah bandang Allah, dan kamulah rumah Allah.

10Maka sa’kŭdar anugrah yang dikurniakan Allah kapadaku, spŭrti kapada tukang rumah yang paham, aku tŭlah mŭmbuboh alas tembok, dan orang lain mŭmbangunkan diatasnya. Tŭtapi handaklah masing masing orang ingat bagimanakah halnya iya kandak mŭmbangunkan diatasnya itu.

11Kŭrna sa’orang pun tiada dapat mŭlŭtakkan alas lain deripada yang tŭlah dilŭtakkan, iya itu Isa Almasih.

12Adapun skarang jikalau barang siapa mŭmbangunkan diatas alas tembok ini mas, dan perak, dan pŭrmata yang indah indah, dan kayu, dan rumpot rumpotan, dan jŭrami;

13Bahwa pŭkŭrjaan masing masing itu akan dinyatakan kŭlak: kŭrna hari itu akan mŭnunjokkan dia, kŭrna iya itu kŭlak akan dinyatakan dŭngan api; maka pŭkŭrjaan masing masing itu pun kŭlak akan diuji dŭngan api bŭtapa halnya.

14Maka jikalau kiranya tinggal pŭkŭrjaan barang sa’orang yang dibangunkannya diatasnya itu, maka iya kŭlak akan mŭndapat faalanya.

15Jikalau kiranya kŭlak barang sa’orang ampunya pŭkŭrjaan itu tŭrbakar, maka iya kŭlak mŭrasai rugi: tŭtapi iya sŭndiri akan dipliharakan, itu pun sapŭrti orang yang tŭrlŭpas deripada api.

16Bukankah kamu katahui, bahwa kamu inilah ka’abah Allah, dan Roh Allah itu ada diam dalammu?

17Jikalau barang sa’orang mŭnŭjiskan ka’abah Allah, maka iya itu kŭlah akan dibinasakan Allah; kŭrna ka’abah Allah itu suchi adanya, bahwa ka’abah itu kamulah dia.

18Maka janganlah sa’orang jua pun mŭnipukan dirinya sŭndiri. Maka jikalau barang sa’orang diantara kamu tampak pandie dalam dunia ini, maka biarlah iya mŭnjadi bodoh, supaya bulih mŭnjadi pandie.

19Kŭrna kapandiean dunia ini bodoh adanya kapada Allah. Sŭbab sudah tŭrsurat, Bahwa iya mŭnangkap akan orang orang pandie itu dŭngan tipu dayanya sŭndiri.

20Dan lagi pula, Bahwa Tuhan mŭngatahui akan fikir fikiran sagala orang pandie itu, iya itu sia sia adanya.

21Maka sŭbab itu janganlah sa’orang pun mŭmŭgahkan diri sŭbab manusia, kŭrna sagala pŭrkara itu kamu ampunya dia;

22Baik Paulus, baik Apollos, baik Siphas, baik dunia, baik kahidopan, baik kŭmatian, baik pŭrkara yang ada skarang, baik pŭrkara yang akan datang; bahwa sŭmuanya itu kamu ampunya dia

23Maka kamu ini Almasih punya; dan Almasih itu Allah punya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Korintus 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran