Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 2 >> 

FATSAL II.

1SŬBARMULA tŭtkala sampielah hari Pentikosta, maka adalah sagala marika itu bŭrkampong dalam suatu tŭmpat dŭngan satu hati.

2Maka sŭkunyong kunyong turonlah deri langit suatu bunyi spŭrti angin kŭras mŭndŭru, sahingga mŭmŭnohilah iya akan sagala rumah yang ditŭmpat marika itu diam.

3Maka tŭrtampaklah pada marika itu bŭbrapa lidah spŭrti api yang tŭrbŭlah bŭlah, maka hinggaplah iya ka’atas masing masing marika itu.

4Maka hati skalian marika itu pun dipŭnohilah dŭngan Roh Alkudus; maka marika itu pun mŭmulailah bŭrkata kata dŭngan bahsa lain lain, spŭrti yang dikurniakan kwasa ulih Roh itu pada marika itu bŭrkata kata.

5Shahadan maka adalah bŭbrapa orang Yahudi yang diam diJerusalem, iya itu orang bŭrbakti deripada sagala bangsa dibawah langit.

6Adapun sŭtlah kadŭngaranlah khabar itu, maka bŭrhimponlah sagala orang sŭrta dŭngan hierannya, sŭbab masing masing mŭnŭngar marika itu bŭrkata kata dŭngan bahsa bahsanya sŭndiri.

7Maka marika itu skalian pun hieranlah dŭngan tŭrchŭngangnya; kata sa’orang kapada sa’orang, Tengoklah, bukankah sagala orang yang bŭrkata kata itu orang Galilia?

8Untah bagimanakah garangan masing masing kami mŭnŭngar marika itu bŭrkata kata dŭngan bahsa nŭgri yang tŭmpat kami dipranakkan?

9Orang Parthi, dan Midi, dan orang Elam, dan orang yang mŭndudokki Mesopotamia, dan tanah Yahuda, dan Kappadosia, dan Pontus, dan Asia;

10Dan Frijia, dan Pamfilia, dan Masir, dan sagala tanah Libia yang dŭkat Sirini, dan orang orang dagang yang mŭndudokki nŭgri Rom, iya itu orang Yahudi dan orang moalaf.

11Orang Kriti, dan orang Arab; kami skalian mŭnŭngar marika itu bŭrkata kata dŭngan bahsa bahsa kami derihal sagala pŭrbuatan Allah yang ajaib.

12Maka hieranlah skaliannya sŭrta dŭngan bimbang hatinya, sambil bŭrkata sa’orang pada sa’orang, Apakah artinya ini?

13Ada pula orang lain yang mŭnyinder marika itu, katanya, Bahwa sagala orang ini tŭlah mabok dŭngan ayer anggor bahru.

14¶ Shahadan maka bŭrdirilah Petros sŭrta dŭngan sablas orang itu mŭnyaringkan swaranya, sambil bŭrkata pada marika itu, Hie sagala orang Yahudi, dan orang orang yang dudok diJerusalem, handaklah kiranya kamu kŭtahui, dan brilah tŭlinga akan sagala pŭrkataanku ini.

15Bukannya kami ini mabok spŭrti yang kamu sangka, sŭbab bahru juga pukol sŭmbilan pagi.

16Tŭtapi inilah dia spŭrti yang dikatakan ulih nabi Joel:

17Maka Allah bŭfŭrmanlah akan jadi kŭlak pada hari yang tŭrkumdian, bahwa aku akan mŭnuangkan deripada Rohku ka’atas sagala manusia, maka anakmu laki laki, dan pŭrampuan kŭlak akan bŭrnabuat, dan orang muda mudamu pun akan mŭlihat bŭbrapa pŭnglihatan, dan orang tua tuamu pun akan bŭrmimpi bŭbrapa mimpi.

18Dan lagi ka’atas sagala hambaku laki laki dan pŭrampuan kŭlak aku akan mŭnuangkan Rohku pada masa itu, maka marika itu akan bŭrnabuat.

19Shahadan pula aku akan mŭnunjokkan bŭbrapa ajaib deri atas langit, dan bŭbrapa tandah diatas bumi, iya itu darah, dan api, dan wap asap.

20Bŭrmula matahari pun akan bŭrubah mŭnjadi gŭlap, dan bulan pun mŭnjadi darah dahulu deripada datang hari Tuhan, iya itu hari yang bŭsar dan mulia adanya.

21Maka dŭmkianlah kŭlak akan jadi, bahwa barang siapa yang bŭrsru kapada nama Tuhan iya itu akan tŭrplihara.

22Hie sagala kamu orang Israil, dŭngarlah ulihmu akan pŭrkataanku ini, adapun Isa orang Nazareth itu, iya itu sa’orang yang dipŭrtunjuki Allah diantara kamu dŭngan bŭbrapa ajaib, dan mujizat, dan alamat, yang tŭlah diadakan Allah ulih dia antara kamu spŭrti yang kamu sŭndiri mŭngŭtahui.

23Iya itu yang tŭlah sudah disŭrahkan dŭngan bichara yang tŭntu, dan dŭngan pŭngŭtahuan Allah yang tŭrdahulu, maka kamu tŭlah mŭnangkap dan mŭnsalibkan akan dia dŭngan tangan yang jahat, sŭrta mŭmbunoh akan dia.

24Maka dilŭpaskan Allah akan dia deripada sagala kŭsakitan maut, sŭrta dihidopkannya akan dia, sŭbab maut itu mustahil dapat mŭnahankan dia.

25Kŭrna Daud tŭlah bŭrkata akan halnya itu, Bahwa aku tŭlah mŭlihat Tuhan pada sŭdiakala dihadapanku, kŭrna iya pada kananku, supaya jangan aku bŭrgrak.

26Sŭbab itulah hatiku tŭrmasalah, dan lidahku pun mŭngadakan kasukaanlah, tambahan pula tubohku pun akan diam dŭngan harapnya.

27Kŭrna tiada angkau akan mŭninggalkan jiwaku dalam alam bŭrzak, dan tiada angkau mŭmbiarkan orang suchi itu mŭngŭnai busok.

28Maka angkau tŭlah mŭnyatakan padaku jalan slamat; maka angkau akan mŭmŭnohi aku dŭngan kasukaan halratmu.

29Hie tuan tuan, dan sagala saudaraku, biarlah kiranya aku bŭrkata kata kapada kamu dŭngan bibasnya, akan hal nenek moyang, iya itu Daud; maka bahwa sŭsungguhnya iya tŭlah mati, dan tŭrtanam, maka kubornya pun adalah diantara kami sampie skarang ini.

30Adapun sŭbab iya itu nabilah, maka dikŭtahuinya, bahwa Allah tŭlah bŭrjanji dŭngan sumpah adanya, adapun deripada bŭnih sŭlbinya Allah akan mŭnŭrbitkan Almasih itu dŭngan ka’adaan manusia, iya itu akan mŭndudukki diatas takhta krajaannya.

31Adapun sŭbab dikŭtahuinya itu tŭrdahulu, maka dikatakannya hal Almasih itu akan dihidopkan pula, bahwa jiwanya tiada ditinggalkan dalam alam bŭrzak; dan lagi tubohnya pula tiada akan mŭngŭnai busok.

32Maka Isa itulah yang tŭlah dihidopkan Allah pula, maka atas pŭrkara inilah kami tŭlah mŭnjadi saksi.

33Maka tŭgal iya tŭlah ditinggikan ulih tangan kanan Allah, dan tŭlah ditrimanya deripada Ayah akan pŭrjanjian Roh Alkudus, maka iya pula tŭlah mŭnuangkan akan dia itu spŭrti yang kamu lihat, dan kamu dŭngar pada skarang ini.

34Kŭrna Daud itu tiada dinaikkan kashorga, tŭtapi iya bŭrkata sŭndiri, Bahwa

TUHAN

35Sahingga kujadikan sagala sŭtrumu itu akan alas kakimu.

36Sŭbab itu kŭtahuilah hie sagala isi rumah orang Israil, bahwa dŭngan sŭsungguhnya Allah itu tŭlah mŭnjadikan Isa yang tŭlah kamu salibkan itu, iya itu Tuhan dan Almasih.

37¶ Maka apabila marika itu mŭnŭngar hal itu, bŭrdŭbarlah hatinya, lalu bŭrkatalah iya kapada Petros, dan kapada sagala rasol yang lain lain itu, Hie tuan tuan dan saudara skalian, apakah yang patut kami bŭrbuat?

38Maka bŭrkatalah Petros pada marika itu, Handaklah kamu taubat, dan handaklah masing masing deripada kamu dibaptisakan dŭngan nama Isa Almasih, supaya dosa kamu diampuni, maka nŭschaya kamu pun kŭlak akan dikurniakan Roh Alkudus.

39Kŭrna adapun pŭrjanjian itu bagie kamu, dan bagie anak anak kamu, dan bagie sagala orang yang jauh jauh pun, dan bŭbrapa pun orang yang dijŭmpot ulih Allah Tuhan kami.

40Maka dŭngan bŭbrapa pŭrkataan yang lain lain lagi disaksikannya, sŭrta iya mŭmbri nasihat, katanya, Lŭpaskanlah dirimu deripada bangsa yang tŭrbalek ini.

41¶ Arkian maka sagala orang yang tŭlah mŭnŭrima pŭrkataannya itu dŭngan suka hatinya itu pun dibaptisakan; maka pada hari itu juga masoklah bilangan sama sama, ada kira kira tiga ribu orang banyaknya.

42Maka sagala orang itu pun tŭtaplah dalam pŭngajaran sagala rasol, dan pŭrsukutuan, dan mŭmakan roti, dan mŭminta doa.

43Maka orang orang skalian pun kŭtakotanlah, dan banyaklah pŭrkara ajaib yang diadakan ulih sagala rasol itu.

44Maka sagala orang yang pŭrchaya itu pun adalah bŭrhimpun bŭrsama sama, dan sagala barang barang itu pun mŭnjadi sama pŭrulihannya.

45Maka dijuallah marika itu akan sagala harta bŭndanya, lalu dibahgikanlah dia itu diantara sagala orang murid, masing masing pada kŭdarnya.

46Maka marika itu skalian pun dudoklah dalam ka’abah dŭngan suatu hati, sŭrta mŭmakan roti deripada sa’buah rumah kasa’buah rumah, dan dimakanlah ulih marika itu rŭzkinya dŭngan bŭrsuka suka, dan tulus hati.

47Sambil mŭmuji Allah, dan bŭrulih kasihan diantara sagala orang; maka ditambahi Allah pada sahari hari bagie sidang jŭmaah itu bŭbrapa orang yang patut bŭrulih slamat.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran