Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 17 >> 

FATSAL XVII.

1SŬTLAH itu bŭrkatalah Isa kapada murid muridnya, Maka dapat tiada banyaklah salah akan bŭrbangkit, tŭtapi karamlah bagie orang yang mŭndatangkan dia.

2Maka tŭrlebihlah baik bagienya, jikalau digantongkannya batu kisaran itu pada lehirnya, dan dichampakkannya dirinya kŭlaut, deripada iya kŭlak mŭndatangkan salah atas orang orang yang tŭrkŭchil ini.

3¶ Ingatlah dirimu baik baik, jikalau kiranya saudaramu mŭnyalahkan kamu, tŭgorkanlah akan dia, maka jikalau iya bŭrtaubat, ampunilah akan dia.

4Maka jikalau iya mŭnyalahkan akan dikau tujoh kali dalam sa’hari, dan tujoh kali dalam sa’hari iya bŭrbalik pula kapadamu, katanya, Aku taubatlah; handaklah angkau ampuni akan dia.

5Maka kata rasol rasol itu kapada Tuhan, Tambahilah kiranya iman kami.

6Maka kata Tuhan, Jikalau kiranya ada iman bagiemu, mŭski pun sŭbŭsar biji sŭsawi skali pun, maka bulihlah angkau bŭrkata kapada pohon kŭrtau ini, Bantunlah angkau dŭngan akar akarmu, dan bŭrtumbohlah angkau dalam laut; maka iya kŭlak akan mŭngikot pŭrkataanmu.

7Tŭtapi yang manakah diantara kamu ada sa’orang hamba mŭmbajak, atau mŭmbri makan lŭmbu, handak bŭrkata kabadanya kŭlak apabila iya datang deri ladang, pŭrgilah dudok makan.

8Bukankah patut iya bŭrkata kapadanya, Sŭdiakanlah barang apa yang aku handak makan, ikatlah pinggangmu, layanilah akan daku sampie aku sudah makan dan minum, maka kumdian bulihlah angkau makan minum.

9Adakah iya mŭmbri trima kasih akan hamba itu, sŭbab iya tŭlah bŭrbuat akan pŭrkara pŭrkara yang disurohkan kapadanya itu? Aku kira tidak.

10Dŭmkianlah halmu pun apabila kamu kŭlak bŭrbuat sagala pŭrkara yang tŭlah disurohkan kapadamu, katalah, Kami hamba hamba yang tiada bŭrfiedah, kami tŭlah bŭrbuat pŭrkara yang tŭrtanggong diatas kami.

11¶ Maka pada skali pŭrstua tŭngah Isa pŭrgi kaJerusalem, iya mŭnŭrosi ditŭngah tŭngah nŭgri Samaria dan Galilia.

12Maka tŭngah iya masok kŭdalam suatu duson anu, maka bŭrtŭmulah iya disana sa’puloh orang bŭrkusta yang ada bŭrdiri jauh jauh.

13Maka marika itu mŭngangkatlah swaranya, lalu bŭrkata, Isa, Guru, kasihankanlah atas kami.

14Maka apabila dilihatnya akan marika itu, katanya kapadanya, Pŭrgilah unjokkan dirimu kapada imam imam. Skali pŭrstua tŭngah marika itu pŭrgi, maka marika itu pun disuchikanlah.

15Maka sa’orang deripada marika itu apabila dilihatnya iya tŭlah sŭmboh, bŭrbaleklah iya kŭmbali, maka dŭngan nyaring swaranya mŭmuliakan Allah.

16Sujudlah iya dikaki Isa mŭmbri trima kasih; maka adalah iya itu sa’orang Samaria.

17Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata, Bukankah sa’puloh orang tŭlah disuchikan, tŭtapi mana yang sŭmbilan?

18Tiada didapati yang tŭlah kŭmbali akan mŭmuliakan Allah, mŭlainkan orang dagang ini.

19Maka katanya kapadanya, Bangunlah, pŭrgi angkau, imanmu tŭlah mŭnjadikan angkau sŭmboh.

20¶ Maka apabila sudah Isa ditanya ulih orang Farisia bilakah patut krajaan Allah itu datang, maka jawabnya kapada marika itu sŭrta bŭrkata, Adapun krajaan Allah itu datang bukannya dŭngan lahir.

21Atau jangan orang kŭlak akan bŭrkata, Tengoklah disini, atau tengoklah disana, kŭrna sŭsungguhnya krajaan Allah itu ada dalammu.

22Maka katanya kapada murid muridnya, Akan datang kŭlak harinya, apabila kamu kŭlak ingin handak mŭlihat sŭsuatu hari Anak manusia, maka kamu kŭlak tiada mŭlihat akan dia.

23Maka orang kŭlak akan bŭrkata kapadamu, Lihatlah sini, atau lihatlah situ; janganlah pŭrgi ikot blakangnya, atau mŭnurot akan dia.

24Kŭrna spŭrti kilat yang tŭrpanchar tŭrbit deripada suatu bahgian dibawah langit, iya itu mŭnŭrangi akan suatu bahgian yang lain dibawah langit, dŭmkianlah adanya Anak manusia inipun kŭlak jadi pada harinya.

25Tŭtapi pada mula mulanya haruslah iya mŭrasai banyak pŭrkara, dan akan ditolakkan ulih kŭturonan ini.

26Maka spŭrti yang tŭlah jadi pada zaman Noh, maka dŭmkianlah kŭlak akan jadi pula pada zaman Anak manusia.

27Maka marika itu makan minum, dan bŭristri, mŭmbri kahwen, sahingga hari Noh itu masok kŭdalam bahtra, maka datanglah ayer bah itu mŭmbinasakan sagala marika itu.

28Maka dŭmkian lagi pada zaman Lot, marika itu makan minum, dan bŭrjual bŭli, dan bŭrtanam mŭnanam, dan mŭmbangunkan rumah rumah:

29Maka pada hari yang Lot kluar deri Sodom, turonlah hujan api, dan blerang deri langit mŭmbinasakan marika itu skalian.

30Dŭmkianlah juga akan jadi pada masa apabila Anak manusia itu dinyatakan.

31Maka pada masa itu kŭlak barang siapa yang ada diatas rumah, dan bŭnda bŭndanya dalam rumah, janganlah iya turon mŭngambil, dan orang yang ada diladang, janganlah iya pun balek kŭmbali.

32Ingatlah akan istri Lot itu.

33Maka barang siapa yang tŭntut akan mŭmliharakan jiwanya, iya kŭlak akan hilang, dan barang siapa yang akan mŭnghilangkan jiwanya, maka iya akan mŭmliharakan dia.

34Maka aku bŭrkata kapadamu, pada malam itu kŭlak akan ada dua orang dalam satu tŭmpat tidor, maka sa’orang diambil dan sa’orang akan ditinggalkan.

35Maka dua orang pŭrampuan kŭlak yang ada mŭngisar bŭasama sama, sa’orang akan diambil, dan sa’orang akan ditinggalkan.

36Adapun dua orang yang ada diladang, sa’orang akan diambil, dan sa’orang akan ditinggalkan.

37Maka dijawab ulih marika itu sŭrta bŭrkata kapadanya, Dimana Tuhan? Maka katanya kapada marika itu, Barang dimana ada bangkie itu, disanalah juga ada bŭrkampong burong burong nazar.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran