Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 1 >> 

FATSAL I.

1BAHWA inilah surat katurunan Isa Almasih, iya itu anak Daud, dan anak Ibrahim.

2Maka Ibrahim branakkanlah Isahak, dan Isahak branakkanlah Yakob, dan Yakob branakkanlah Yahuda sŭrta sagala saudaranya;

3Maka Yahuda branakkanlah Fariz dan Zara deripada Tamar, dan Fariz branakkanlah Ezrom, dan Ezrom branakkanlah Aram;

4Maka Aram branakkanlah Aminadab, dan Aminadab branakkanlah Naasun, dan Naasun branakkanlah Salmon;

5Maka Salmon branakkanlah Buz deripada Rahab, dan Buz branakkanlah Obid deripada Ruth, maka Ruth branakkanlah Jessi;

6Maka Jessi branakkanlah Raja Daud, dan Raja Daud branakkanlah Sulieman deripada pŭrampuan istri Urias dahulu.

7Maka Sulieman branakkanlah Reboam, dan Reboam branakkanlah Abia, dan Abia branakkanlah Asa.

8Maka Asa branakkanlah Josafat, maka Josafat branakkanlah Joram, dan Joram branakkanlah Ozias.

9Maka Ozias branakanlah Joatham, dan Joatham branakkanlah Ahaz, dan Ahaz branakkanlah Izekia;

10Maka Izekia branakkanlah Manasi, dan Manasi branakkanlah Amon, dan Amon branakkanlah Josia;

11Maka Josia branakkanlah Jekonia dan sagala saudaranya, iya itu pada masa pindah kaBabil:

12Maka kŭmdian deripada pindah kaBabil, maka Jekonia branakkanlah Salathial, dan Salathial branakkanlah Zorobabel;

13Maka Zorobabel branakkanlah Abiud, dan Abiud branakkanlah Illiakim, dan Illiakim branakkanlah Azor;

14Maka Azor branakkanlah Sadok, dan Sadok branakkanlah Akhim, dan Akhim branakkanlah Iliud;

15Maka Iliud branakkanlah Iliazar, dan Iliazar branakkanlah Mathan, dan Mathan branakkanlah Yakob;

16Maka Yakob branakkanlah Yusof, iya itu suami Mŭriam; maka deripada Mŭriam itulah tŭlah jadi Isa yang bŭrgŭlar Almasih.

17Adapun sagala katurunan deripada Ibrahim sampie kapada Daud, iya itu ampat blas katurunan; dan deripada Daud sampie kapada tŭtkala pindah kaBabil, itu pun ampat blas katurunan juga; dan deripada kutika pindah kaBabil sampielah kapada Almasih, ampat blas katurunan.

18¶ Alkesah adapun pri kŭjadian Isa Almasih adalah dŭmkian: Shahadan adapun Mŭriam Ibunya itu sudahlah bŭrtunangan dŭngan Yusof: maka sabŭlom marika itu bŭrdamping, maka nyatalah Mŭriam itu tŭlah mŭngandong dŭngan kuasa Roh Alkudus.

19Maka Yusof tunangannya itu, sŭbab orang yang bŭnar, dan tiadalah iya mahu mŭmbri malu nyata nyata akan dia, maka iya bŭrfikirlah handak mŭmbuangkan dia diam diam.

20Adapun tŭtkala iya bŭrfikir dŭmkiam itu, hieran, dilihatnyalah sa’orang Maliekat Tuhan dalam mimpi, katanya, hie Yusof, anak Daud, bahwa janganlah angkau takot mŭnŭrima Mŭriam itu akan istrimu, kŭrna gandongannya itu tŭlah jadi dŭngan kuasa Roh Alkudus.

21Maka iya kŭlak akan bŭranak sa’orang anak laki laki, dan handaklah angkau namai akan dia ISA: kŭrna iyalah kŭlak akan mŭlŭpaskan umatnya deri pada dosanya.

22Adapun sagala hal ini tŭlah jadi supaya gŭnaplah pŭrkara yang dikatakan ulih Nabi iya itu deripada Tuhan, katanya,

23Tengoklah sa’orang anak darah itu akan mŭngandong dan bŭranakkan sa’orang anak laki laki, maka iya itu akan dinamai Imanuel, yang tŭrsalin artinya, Allah sŭrta kami.

24Maka apabila bangunlah Yosof deripada tidornya, maka dipŭrbuatnyalah spŭrti surohan maliekat itu kapadanya, lalu ditrimanyalah tunangannya itu.

25Maka tiadalah iya bŭrdamping dŭngan dia sabŭlom dipranakkannya anaknya yang sulong itu: maka dinamai ulih Yosof akan kanak kanak itu ISA.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel