Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 15 >> 

FATSAL XV.

1HATA maka sŭtlah ka’esokkan harinya, pada pagi, maka kŭpala kŭpala imam itu pun mŭmbuatlah suatu mŭjlis bichara dŭngan orang tua tua, dan khatib khatib, dan sŭmua orang orang bichara, maka Isa diikat, dibawalah ulih marika itu pŭrgi, lalu disŭrahkannya akan dia kapada Pilatus.

2Maka ditanya ulih Pilatus akan dia, Angkaukah raja orang Yahudi? Maka dijawabnya sŭrta bŭrkata kapadanya, Spŭrti kata kamu itu.

3Maka kŭpala kŭpala imam itu mŭnudoh akan dia atas bŭbrapa pŭrkara, maka suatu pun tiada dijawabnya.

4Maka bŭrtanya pula Pilatus, katanya, Tiadakah angkau mŭnjawab suatu pun? Tengoklah bŭbrapa banyak marika itu mŭmbri saksi mŭlawan akan dikau.

5Tŭtapi suatu pun tiada dijawab Isa, sampie Pilatus pun hieranlah.

6Maka adapun pada hari raya itu dilŭpaskannya kapada marika itu sa’orang orang dalam pŭnjara, barang siapa yang dikahandaki ulih marika itu.

7Maka adalah disana sa’orang yang bŭrnama Bŭraba, yang ada tŭrikat dŭngan orang orang yang tŭlah bŭrbuat dŭrhaka sama sama dia, iya itu tŭlah mŭmbunoh orang dalam dŭrhakanya itu.

8Maka bŭlatantara itu pun bŭrtriaklah kuat kuat, mŭmulai mŭminta kapadanya bŭrbuat spŭrti yang tŭlah dipŭrbuatnya slalu kapada marika itu.

9Tŭtapi disahut ulih Pilatus kapada marika itu, katanya, Mahukah kamu supaya aku lŭpaskan bagie kamu raja orang Yahudi ini?

10Kŭrna iya mŭngŭtahui kŭpala kŭpala imam itu tŭlah mŭnyŭrahkan Isa dŭngan dŭngkinya.

11Tŭtapi dihasut ulih kŭpala imam akan kaum itu supaya baik dilŭpaskannya Bŭraba bagie marika itu.

12Maka Pilatus mŭnjawab pula kapada marika itu, Apakah kahandak kamu, supaya aku pŭrbuat kapada orang yang kamu kata raja orang Yahudi itu?

13Maka bŭrtriaklah pula marika itu kuat kuat, Salibkanlah akan dia.

14Sŭtlah itu maka bŭrkatalah Pilatus kapada marika itu, Mŭngapa, apakah jahat yang tŭlah dipŭrbuatnya? Maka makinlah bŭrtriaklah marika itu sangat sangat, Salibkanlah akan dia.

15Maka dŭngan hal yang dŭmkian Pilatus itu pun handak mŭmuaskan kaum itu, dilŭpaskannyalah akan Bŭraba kapadanya, lalu disŭrahkannya Isa akan disalibkan, sŭtlah sudah disŭsahnya akan dia.

16Maka dibawalah ulih rayat akan dia dibalerong yang bŭrnama Pretorium, maka dihimponkannyalah sŭmuanya pasukan.

17Maka dipakiekan ulih marika itu akan dia baju ungu, maka dianyamkannyalah suatu mahakota deripada duri, lalu dikŭnakannya dikŭpalanya.

18Lalu dimulainya mŭmbri sŭlam akan dia, Hie raja orang Yahudi.

19Maka dipalu ulih marika itu kŭpalanya dŭngan sa’batang buloh, lalu diludahinya akan dia, sŭrta bŭrtŭlot mŭnyŭmbah akan dia.

20Maka apabila sudah diolok olokkan ulih marika itu akan dia, ditanggalkanlah baju ungu itu deripadanya, lalu dikŭnakannya pakieannya sŭndiri, maka dibawanya kluar akan dia handak disalibkan.

21Maka dipaksalah ulih marika itu akan Simon mŭngangkat kayu salibnya, iya itu orang Kirenian, yang lalu datang deri dalam nŭgri, iya itu bapa Askandar, dan Rufus.

22Maka dibawalah ulih marika itu akan Isa kapada tŭmpat yang bŭrnama Golgotha, yang tŭrsalin artinya, tŭmpat tŭngkorak.

23Maka dibrilah ulih marika itu akan dia minum ayer anggor yang tŭrchampor dŭngan mor, tŭtapi tiadalah ditrimanya.

24Maka apabila sudah disalibkan ulih marika itu akan dia, maka dibahgikannyalah akan pakie pakieannya dibuangnya undi diatasnya, mana yang patut diambil ulih masing masing orang.

25Maka pada jam yang katiga, disalibkanlah ulih marika itu akan dia.

26Maka surat tudohannya dituliskannya diatasnya, RAJA ORANG YAHUDI.

27Maka adalah bŭrsama sama dŭngan dia disalibkan ulih marika itu, dua orang pŭnyamun, sa’orang disŭblah kanannya, dan yang lain disŭblah kirinya.

28Maka kitab pun tŭlah gŭnaplah katanya, Iya tŭlah tŭrbilang dŭngan orang orang dŭrahka.

29Maka barang orang yang lalu lalang mŭnista akan dia, sambil mŭnggunchang kŭpalanya, katanya, Hie angkau yang mŭmbinasakan akan kaabah dan mŭmbangunkan akan dia dalam tiga hari.

30Lŭpaskanlah dirimu sŭndiri turun deri salib itu.

31Maka kŭpala kŭpala imam itupun mŭngolok olokkan katanya, sama sŭndirinya sŭrta dŭngan khatib khatib, Iya tŭlah mŭlŭpaskan orang orang lain lain, akan dirinya sŭndiri tiada bulih dilŭpaskannya.

32Biarlah Almasih, raja orang Israil itu turun skarang deri salib, supaya kami mŭlihat dan pŭrchaya; maka orang yang disalibkan bŭrsama sama dŭngan dia itupun mŭnista akan dia.

33Maka apabila sampielah jam yang ka’anam, maka datanglah gŭlap kapada sagala tŭmpat sampie kapada jam yang kasŭmbilan;

34Maka pada jam yang kasŭmbilan itu, Isa pun bŭrtriaklah dŭngan nyaring swaranya katanya, Ilie, Ilie lama sabahthani, yang tŭrsalin artinya, Allahku, Allahku, mŭngapakah angkau mŭninggalkan aku?

35Maka sŭtŭngah orang yang ada bŭrdiri dŭkat, apabila didŭngarnya itu, katanya, tengoklah iya mŭmanggil Ilias.

36Maka bŭrlarilah sa’orang diisinya chuka pŭnoh dalam lumot karang, dan dibubohkannya pada sŭbatang buloh, dibrikannya akan dia minum, katanya biarkanlah dia, biar kita tengok kalau datang Ilias mŭnurohkan dia.

37Maka Isa pun bŭrtriaklah dŭngan nyaring swaranya, lalu putuslah nyawanya.

38Maka tirie kaabah pun chareklah bŭlah dua deri atasnya sampie kŭbawah.

39¶ Maka apabila pŭnghulu sa’ratus orang yang bŭrdiri bŭrsŭbrangan dŭngan dia itu, mŭlihat iya bŭrtriak bŭgitu kras sŭraya putus nyawanya, katanya, Sŭbŭnar bŭnar orang ini Anak Allah.

40Maka adalah disana pŭrampuan pŭrampuan pun mŭlihat deri jauh, maka diantaranya itu ada Mŭriam Magdalani, dan Mŭriam ibu Yakob kŭchil, dan Yuso, dan Salomi:

41(Yang tŭlah mŭngikot kapada Isa tŭtkala iya diGalilia dan tŭlah bŭrkhodmat akan dia) dan banyaklah pŭrampuan yang lain lain pun yang tŭlah datang bŭrsama sama dŭngan Isa kaJerusalem.

42¶ Maka apabila sampielah pŭtang, sŭbab hari disŭdiakan iya itu hari dahulu deripada hari Sabtu.

43Maka Yusof orang Arimathia, iya itu sa’orang orang bichara yang tŭrmulia; dan lagi pun ada mŭnantikan kŭrajaan Allah, datanglah iya masok dŭngan braninya mŭminta kapada Pilatus akan mayat Isa.

44Maka hieranlah Pilatus kalau sudah iya mati! maka dipanggilnyalah akan pŭnghulu sa’ratus orang, ditanyanya akan dia, kalau kalau sudah lamakah iya mati?

45Maka apabila dikŭtahuinyalah deripada pŭnghulu sa’ratus orang itu, dibrikannyalah akan mayat itu kapada Yusof.

46Maka dibŭlikannyalah kain khasa nipis, lalu dituronkannyalah mayat Isa, sŭrta dibungkusnya dalam kain khasa itu, maka ditarohkannyalah dalam suatu kubor yang tŭlah tŭrukir deripada sa’buah batu, maka digolekkannya sa’buah batu kapada pintu kubor itu.

47Maka Mŭriam Magdalani, dan Mŭriam ibu Yusof pun mŭlihatlah dimana Isa tŭlah dilŭtakkan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran