Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 12 >> 

FATSAL XII.

1MAKA klihatanlah suatu ajaib yang bŭsar dilangit; iya itu sa’orang pŭrampuan mŭmakie matahari, dan bulan pun dibawah kakinya, maka diatas kŭpalanya suatu mahkota deripada dua blas bintang:

2Maka pŭrampuan itu sŭbab mŭngandong, lalu bŭrtriaklah handak bŭrsalin, maka sakitlah handak branak.

3Shahadan klihatanlah pula suatu ajaib yang lain dilangit; maka heiran, ada sa’ekor naga bŭsar merah, ada bŭrkŭpala tujoh dan sa’puloh chula, maka tujoh mahkota pula dikŭpalanya.

4Ekornya mŭnyeret tiga bahgian bintang dilangit, sŭrta dichampakkannya kabumi: maka bŭrdirilah naga itu dihadapan pŭrampuan yang hampir branak itu, sŭrta handak mŭnŭlan akan anaknya itu sŭrta jadi.

5Maka parŭmpuan itupun branaklah sa’orang laki laki, yang akan mŭmrentahkan sagala bangsa dŭngan tongkat bŭsi: maka anaknya itupun disambarlah dibawalah kapada Allah, dan kaarashnya.

6Maka pŭrampuan itupun bŭrlarilah kapadang bŭlŭntara, maka disanalah dijadikan Allah suatu tŭmpat bagienya, supaya dipliharakan ulih orang akan dia disana sa’ribu dua ratus anam puloh hari lamanya.

7Maka jadilah pŭprangan dilangit, bahwa Mikael dŭngan sagala mŭliekatnya itupun bŭrpranglah dŭngan naga itu; dan naga itupun sŭrta sagala mŭliekatnya bŭrpranglah.

8Maka tiadalah juga mŭnang; maka tŭmpatnya pun tiadalah dapat lagi dilangit.

9Maka naga yang bŭsar itupun dibuangkanlah kluar, iya itu ular bŭsar yang tua itu, yang bŭrnama Iblis, dan Shietan, yang mŭnipu sagala dunia; maka iya itu dibuangkanlah kadalam bumi, dan sagala mŭliekatnya pun dibuangkanlah sŭrtanya.

10Maka kudŭngarlah pula suatu bunyi swara bŭsar katanya dalam shorga, Maka skarang bahru datang slamat, dan kuat, dan krajaan Allah kami, dan kwasa Almasihnya; kŭrna pŭnudoh sagala saudara kami, yang mŭnudohi marika itu dihadapan Allah kami pada siang dan malam itu, tŭlah dibuangkanlah kŭbawah.

11Maka dialahkan ulih marika itu akan dia dŭngan darah anak Domba itu, dan dŭngan pŭrkataan yang disaksikan ulih marika itu; maka tiadalah marika itu sayangkan nyawanya sampie mati.

12Maka sŭbab itu bŭrsuka sukalah kiranya shorga, sŭrta kamu yang mŭngdiami dia. Karamlah bagie sagala yang mŭngdiami bumi, dan laut; kŭrna iblis itu tŭlah turonlah pada kamu dŭngan morka yang bŭsar, sŭbab dikŭtahuinya bahwa kutika yang ada padanya itu sengkat adanya.

13Maka apabila dilihat ulih naga itu iya tŭlah dibuangkan kabumi, diannyayakannyalah akan pŭrampuan yang tŭlah branak laki laki itu.

14Maka dikurniakanlah kapada pŭrampuan itu dua sayap burong nazar yang bŭsar, supaya iya bulih mŭlayang kapadang hutan, katŭmpatnya, yang ditŭmpat iya akan dipliharakan dalam satu waktu, dan dua waktu, dan sŭtŭngah waktu, deri hadapan muka ular itu.

15Maka disŭmborkanlah ular itu deri mulotnya ayer spŭrti ayer bah diblakang pŭrampuan itu, supaya bulih dianyutkan ulih ayer bah itu akan dia.

16Maka bumi pun mŭnulonglah akan pŭrampuan itu, sŭrta dibukakannya mulotnya, lalu ditŭlannyalah ayer bah yang disŭmborkan ulih naga deri mulotnya itu.

17Maka naga itupun morkalah akan pŭrampuan itu, lalu pŭrgilah iya handak bŭrprang dŭngan bŭnihnya yang ada tŭrtinggal, yang mŭmliharakan hukum hukum Allah, dan yang ada saksi derihal Isa Almasih.


  Share Facebook  |  Share Twitter

Studi lengkap, silahkan lihat: Alkitab SABDA.
Dengar dan baca Alkitab Karaoke, silahkan kunjungi: Alkitab Karaoke.
Rencana Multimedia Baca Alkitab: BaDeNo.
Studi Alkitab dengan AI: Alkitab GPT.

 <<  Wahyu 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Alkitab GPT
Bantuan
Dual Panel Dual Panel