Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 21 >> 

FATSAL XXI.

1SŬBARMULA maka kulihat langit bahru dan bumi bahru; kŭrna langit lama dan bumi lama pun tŭlah lŭnyaplah; maka laut pun tiadalah lagi.

2Bahwa aku Yahya tŭlah mŭlihat nŭgri yang suchi, iya itu Jerusalem yang bahru, turon deripada fihak Allah kluar deri shorga, yang tŭrlangkap spŭrti sa’orang pŭngantin yang dihiasi bagie swaminya.

3Maka kudŭngar suatu swara bŭsar deri langit, katanya, Bahwa sŭsungguhnya ka’abah Allah ada diantara manusia, maka iya kŭlak diam bŭrsama sama dŭngan dia; marika itu kŭlak mŭnjadi kaumnya, maka Allah sŭndirinya kŭlak ada bŭrsama sama dŭngan marika itu, sŭrta mŭnjadi Allahnya.

4Bahwa Allah akan mŭnyapu sagala ayer mata deri pada matanya, dan maut pun tiada lagi, atau dukachita, atau tangisan, atau kŭsakitan pun tiada lagi; kŭrna sagala pŭrkara yang lama itu tŭlah lalu.

5Maka bŭrkatalah orang yang dudok diatas arash itu, katanya, Bahwa sŭsungguhnya aku mŭnjadikan sagala pŭrkara itu bahru; sŭrta katanya padaku, Tulislah, kŭrna pŭrkataan inilah bŭnar dan sŭtiawan adanya.

6Maka bŭrkatalah iya padaku, Sudahlah habis. Bahwa aku Alif dan Ya, iya itu pŭrmulaan dan kasudahan. Maka aku handak mŭmbri kapada orang yang dahaga itu minum deri dalam mata ayer hayat dŭngan chuma chuma.

7Maka barang siapa yang mŭnang, iyalah kŭlak akan mŭmpusakai sagala sŭsuatu; akulah akan mŭnjadi Allahnya, maka iya kŭlak mŭnjadi anakku.

8Tŭtapi orang yang pŭnakot, dan yang tiada pŭrchaya, dan yang kŭji, dan yang mŭmbunoh, dan yang bŭrzinah, dan orang hubatan, dan yang mŭnyŭmbah bŭrhala, dan sagala orang yang dusta, akan bŭrulih bahgian marika itu kŭlak dalam tasik yang mŭnyala dŭngan api dan blerang, iya itu maut yang kadua.

9Bŭrmula maka datanglah kapadaku sa’orang mŭliekat deripada yang katujoh itu, yang ada tujoh piala yang pŭnoh dŭngan tujoh bala yang akhir, lalu iya bŭrkata padaku, katanya, Marilah kŭmari, aku akan mŭnunjokan padamu pŭngantin pŭrampuan, iya itu istri anak Domba itu.

10Maka dibawanyalah akan aku dŭngan Roh kapada sa’buah bukit bŭsar dan tinggi, lalu diunjokkannyalah nŭgri bŭsar itu, iya itu Jerusalem yang suchi turon deri langit deripada fihak Allah yang ada mŭmpunyai kamuliaan Allah.

11Dan lagi chayanya pun spŭrti chaya pŭrmata yang amat indah, sa’olah olah bagie pŭrmata yasib, yang jŭrnih spŭrti hablor.

12Maka adalah pula bagienya suatu tembok yang bŭsar dan tinggi, dan adalah pula bagienya duablas pintu gŭrbang, maka dipintu gŭrbang itu adalah duablas orang mŭliekat, dan adalah nama nama tŭrtulis diatasnya itu, iya itu nama nama duablas suku bangsa bani Israil:

13Disŭblah timor tiga pintu; disŭblah utara tiga pintu; disŭblah sŭlatan tiga pintu; disŭblah barat tiga pintu.

14Maka tembok nŭgri itu adalah duablas alas, maka dalamnya itu adalah nama duablas orang rasul anak Domba itu.

15Maka orang yang bŭrkata kata dŭngan aku itu adalah iya mŭmŭgang suatu buloh yang kaamasan, supaya mŭngukor nŭgri dan sagala pintu gŭrbang, dan tembok temboknya itu

16Adapun nŭgri itu ampat pŭrsŭgi adanya, panjang dan lebarnya sama: maka diukornya nŭgri itu dŭngan buloh itu, duablas ribu stadia, sama panjangnya, dan lebarnya, dan tingginya.

17Maka diukornya temboknya sa’ratus ampat puloh ampat hasta, spŭrti ukoran manusia juga, iya itu mŭliekat.

18Maka temboknya itu dibangunkan dŭngan pŭrmata yasib; maka nŭgri itu dipŭrbuat dŭngan mas urie, spŭrti kacha yang jŭrnih.

19Maka alas tembok nŭgri itu adalah dihiasi dŭngan bŭrbagie bagie jŭnis pŭrmata yang indah indah; adapun alasan tembok yang pŭrtama itu deri pada yasib, dan yang kadua itu deripapa nilam, dan yang katiga itu deripada kaledonia, dan yang kaampat itu deripada zamrud;

20Dan yang kalima itu deripada akik, dan yang kaanam itu deripada yakut merah, dan yang katujoh itu deripada firuz, dan yang kadŭlapan itu deripada azak, dan yang kasŭmbilan itu deripada yakut kuning, dan yang kasa’puloh itu deripada zabarjud, dan yang kasa’blas itu deri pada pŭsparagam, dan yang kaduablas itu deripada martes.

21Maka kaduablas pintu gŭrbang itu adalah duablas biji mutiara; maka tiap tiap pintu itu dipŭrbuat dŭngan sa’biji mutiara, dan lorong nŭgri itu deripada mas urie, spŭrti kacha trang trus.

22Maka kulihat tiada ka’abah didalamnya, kŭrna Allah Tuhan yang maha kwasa itu, dan anak Domba itulah ka’abahnya.

23Maka pada nŭgri itu tiadalah bŭrguna chaya matahari, dan chaya bulan mŭnŭrangi dia; kŭrna kamuliaan Allah ada mŭnŭrangi akan dia, dan anak Domba itupun mŭnjadi trangnya.

24Adapun sagala bangsa orang yang bŭrulih slamat itu kŭlak akan bŭrjalan dalam trangnya itu, dan sagala raja raja dibumi itupun akan mŭmbawa kamuliaan, dan hormatnya kadalamnya itu.

25Maka pintu pintu gŭrbangnya itupun tiada kŭlak tŭrkunchi skali kali pada siang hari, tŭgal tiadalah malam disana.

26Maka dibawa kŭlak orang kamuliaan, dan hormat sagala bangsa kŭdalamnya.

27Maka tiada akan masok kŭdalamnya skali kali barang yang mŭnŭjiskan, atau yang mŭngŭrjakan pŭrkataan kabŭnchian, atau yang bŭrtutor bohong, hanya sagala orang yang tŭrtulis namanya dalam kitab hayat anak Domba itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Wahyu 21 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran