Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 4 >> 

FATSAL IV.

1MAKA kumdian deripada itu aku mŭlihat, bahwa sŭsungguhnya adalah suatu pintu tŭrbuka dalam shorga; maka pŭrtama tama swara yang kudŭngar, iya itu spŭrti nafiri bŭrkata kata dŭngan aku, katanya, Marilah angkau naik kŭmari, maka aku akan mŭnunjokkan padamu pŭrkara pŭrkara yang dapat tiada akan jadi kŭlak kumdian deripada masa ini.

2Maka dŭngan sŭbŭntar itu juga aku pun dimasokilah ulih Roh; maka hieran, suatu arash tŭrdirilah dalam shorga, maka ada sa’orang orang dudok diatas arash itu.

3Adapun orang yang dudok diatasnya itu klihatan rupanya spŭrti pŭrmata yakut dan yasib; maka pŭlangi pun mŭnglilingi arash itu, klihatan sa’olah olah pŭrmata zamrod.

4Dan dikliling arash itu ada dua puloh ampat buah krosi, maka diatas krosi krosi itu aku tŭlah mŭlihat dudok dua puloh ampat orang tua tua, dŭngan mŭmakie pakiean putih, dan dikŭpalanya adalah mahkota mahkota yang kaamasan.

5Maka kluarlah kilat, dan halalintar, dan bŭbrapa swara deri dalam arash itu: dan tujoh buah plita deripada api ada bŭrnyala dihadapan arash itu, maka iya itulah tujoh Arwah Allah.

6Maka dihadapan arash itu, suatu laut kacha spŭrti hablor: dan ditŭngah arash itu, dan diklilingnya arash itu, adalah ampat binatang pŭnoh dŭngan mata dihadapan dan diblakangnya.

7Maka adapun binatang yang pŭrtama rupanya bagie singa, dan binatang yang kadua itu rupanya bagie anak lŭmbu, dan binatang yang katiga itu ada bŭrmuka spŭrti manusia, dan binatang yang kaampat itu spŭrti rupa burong nazar yang tŭrbang.

8Maka ampat ampat binatang itu adalah masing masing dŭngan anam sayap kapadanya; dan pŭnoh mata dalamnya: maka tiadalah iya bŭrhŭnti pada siang dan malam deripada bŭrkata, Kudus, kudus, kudus, Tuhan Allah yang maha kwasa, yang ada, dan yang tŭlah ada, dan yang akan datang.

9Maka apabila binatang binatang itu mŭmbri kamuliaan, dan hormat, dan shukor kapada yang dudok diatas arash itu, yang hidop slama lamanya,

10Maka kadua puloh ampat orang tua tua itupun sujudlah dihadapan orang yang dudok diatas arash itu, sŭrta mŭnyŭmbah akan yang hidop slama lamanya, sŭrta mŭmbuangkan mahkotanya dihadapan arash itu, katanya,

11Angkaulah yang layak mŭnŭrima, ya Tuhan, kamuliaan, dan hormat, dan kwasa; tŭgal angkaulah yang tŭlah mŭnjadikan sagala sŭsuatu, maka deri kŭrna kagŭmaranmulah juga skaliannya itu ada, dan tŭlah dijadikan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Wahyu 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran