1Mazmur Daud ketika dia melarikan diri daripada anaknya Absalom. Ya TUHAN, betapa ramainya musuhku! Betapa ramai yang bangkit melawanku!
2Ramai yang berkata tentangku, ‘Allah tidak akan menyelamatkannya.’
3Tetapi Engkau adalah perisai melindungiku, Ya TUHAN; Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku.
4Kepada TUHAN aku berseru lantang, dan Dia menyahut seruanku dari bukit suci-Nya.
5Aku baring dan tidur; aku terjaga semula, kerana TUHAN memeliharaku.
6Aku tidak akan takut kepada puluhan ribu yang bersiap sedia melawanku dari setiap pihak.
7Bangkitlah, Ya TUHAN! Selamatkanlah aku, Ya Allah Tuhanku!Palulah semua musuhku di tulang rahang mereka; patahkanlah gigi orang zalim.
8Daripada TUHAN datang penyelamatan. Semoga Engkau memberkati umat-Mu.