Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 40 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud. Aku menantikan TUHAN dengan sabar; lalu Dia berpaling kepadaku dan mendengar rayuanku.

2Dia mengeluarkanku daripada lubang yang dahsyat, daripada tanah liat berpaya;dan meletakkan aku berpijak di atas batu pejal serta menetapkan langkahku.

3Dia telah meletakkan nyanyian baru di bibirku, puji-pujian kepada Allah Tuhan kita.Ramai yang akan melihat dan berasa takut lalu percaya kepada TUHAN.

4Diberkatilah orang yang menjadikan TUHAN kepercayaannya,dan tidak gentar terhadap orang angkuh serta pendusta.

5Sungguh banyak, Ya Allah, Ya TUHANku, perbuatan menakjubkan yang telah Kaulakukan.Dan ingatan-Mu kepada kami tidak dapat disebutkan satu persatu;kalaulah aku cuba mengisytiharkannya, banyaknya tidak terkira.

6Korban dan persembahan tidak Kauingini, tetapi Engkau telah membukakan telingaku;persembahan dan korban bakaran penghapus dosa tidak Kauredai.

7Kemudian aku berkata, ‘Lihatlah, aku telah datang

8Aku sukacita menjalankan kehendak-Mu, Ya Allah Tuhanku; dan hukum-Mu tertera di hatiku.’

9Aku telah mengisytiharkan berita baik tentang kebenaran di perhimpunan besar; sesungguhnya aku tidak mengekang mulutku, Ya TUHAN, Engkau sendiri mengetahui.

10Aku tidak menyembunyikan kebaikan-Mu dalam hatiku; aku telah mengisytiharkan kesetiaan-Mu dan penyelamatan-Mu.Aku tidak merahsiakan kasih-Mu dan kebenaran-Mu daripada perhimpunan besar.

11Janganlah berhenti memberikan belas kasihan-Mu, Ya TUHAN; peliharakanlah aku sentiasa dengan kasih-Mu dan kebenaran-Mu.

12Kerana terlalu banyak kejahatan mengelilingiku; dosaku telah dapat memburuku, tidak terdaya aku mengangkat mata.Bilangannya melebihi rambut di kepalaku, maka hatiku tidak bermaya menghadapinya.

13Ya TUHAN, berkenanlah untuk menyelamatkanku; Ya TUHAN, segeralah tolong aku.

14Biar mereka dimalukan dan dikelirukan, mereka yang ingin meragut nyawaku;biar mereka berundur dan menanggung aib mereka yang hendak memusnahkan aku.

15Biar mereka berundur kerana malu, mereka yang mengejekku, ‘Aha! Aha!’

16Biar semua yang mencari-Mu bergembira dan bersukacita kerana-Mu;dan biar mereka yang cinta akan penyelamatan-Mu berkata sentiasa, ‘TUHAN Maha Tinggi!’

17Aku miskin dan sesak; tetapi TUHAN ingat kepadaku.Engkaulah penolong dan penyelamatku; janganlah berlengah-lengah, Ya Allah Tuhanku.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 40 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel