Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 11 >> 

Kematian dan kebangkitan Lazarus

1Pada suatu ketika, seorang lelaki bernama Lazarus jatuh sakit. Dia tinggal di Baitani bersama dua orang saudara perempuannya bernama Maryam dan Marta.

2Maryamlah perempuan yang dahulu pernah menuangkan minyak wangi ke kaki Junjungan dan menyapunya dengan rambutnya.

3Kedua-dua beradik perempuan itu mengirim khabar kepada Isa, ‘Junjungan, dia yang Kaukasihi itu sakit.’

4Apabila menerima berita itu, Isa berkata, ‘Sakit Lazarus tidak akan membawa maut. Hal ini berlaku untuk memuliakan Allah. Disebabkan kejadian ini Putera Allah akan dimuliakan.’

5Isa mengasihi Marta, Maryam dan Lazarus.

6Tetapi apabila Dia mendapat berita Lazarus sakit, Dia sengaja tinggal di tempat itu dua hari lagi.

7Kemudian Dia berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Marilah kita pulang ke Yudea.’

8Para pengikut-Nya menjawab, ‘Tuan Guru, bukankah orang Yahudi di situ baru saja hendak merejam-Mu? Sekarang Engkau hendak pulang ke situ?’

9Isa berkata, ‘Bukankah waktu siang dua belas jam lamanya? Orang yang berjalan pada waktu siang tidak akan tersandung kakinya, kerana masih ada cahaya di dunia ini.

10Tetapi jika dia berjalan pada waktu malam, kakinya akan tersandung kerana sudah tiada cahaya lagi.’

11Kemudian Isa menambah, ‘Sahabat kita Lazarus sedang tidur. Aku akan pergi membangunkannya.’

12Para pengikut Isa berkata, ‘Junjungan, sekiranya Lazarus tidur, dia akan sembuh.’

13Yang dimaksudkan oleh Isa ialah Lazarus sudah meninggal dunia, tetapi para pengikut-Nya mengambil erti tidur yang biasa.

14Oleh itu, Isa berkata kepada mereka dengan jelas, ‘Lazarus sudah meninggal.

15Tetapi, untuk kebaikanmu, Aku bersyukur Aku tidak bersamanya ketika itu. Dengan demikian kamu akan percaya kepada-Ku. Marilah kita pergi kepadanya.’

16Tomas yang disebut Didimus berkata kepada pengikut Isa yang lain. ‘Ya, marilah kita pergi juga supaya kita mati bersama-Nya!’

17Ketika Isa sampai, Dia mendapati Lazarus sudah empat hari di dalam makam.

18Baitani terletak kira-kira dua batu daripada Baitulmaqdis.

19Oleh itu ramai orang Yahudi datang melawat Maryam dan Marta untuk melipurkan hati mereka yang duka kerana kematian Lazarus.

20Apabila Marta mendengar Isa datang, dia terus pergi untuk menyambut-Nya, manakala Maryam tinggal di rumah.

21Marta berkata kepada Isa, ‘Ya Junjungan, kalaulah Junjungan ada di sini pada waktu itu, tentu saudaraku masih hidup!

22Aku tahu, sekarang pun apa saja permintaan Junjungan akan dikabulkan Allah.’

23Isa berkata kepada Marta, ‘Saudaramu akan hidup kembali.’

24Marta menjawab, ‘Aku tahu Lazarus akan hidup kembali pada hari akhir.’

25Isa berkata kepada Marta, ‘Akulah kebangkitan dan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati.

26Orang hidup yang percaya kepada-Ku tidak akan mati selama-lamanya. Percayakah kamu?’

27Marta menjawab, ‘Ya Junjungan, aku percaya bahawa Junjungan adalah al-Masih, Putera Allah, yang diutus oleh Allah, dan yang akan datang ke dunia ini.’

28Setelah itu, Marta pergi memanggil saudaranya Maryam dan berbisik kepadanya, ‘Guru ada di sini. Dia memanggilmu.’

29Maryam pun segera bangun lalu pergi untuk berjumpa Isa.

30(Pada waktu itu Isa belum sampai di kampung mereka. Dia masih di tempat Marta menyambut-Nya.)

31Apabila orang Yahudi yang ada di rumah Maryam untuk melipurkan hatinya itu melihat dia segera bangun lalu keluar, mereka pun mengikutnya kerana menyangka dia hendak ke makam Lazarus untuk menangisinya.

32Setelah Maryam melihat Isa, dia berlutut di kaki-Nya lalu berkata, ‘Junjungan, kalaulah Engkau ada di sini pada waktu itu, tentu saudaraku masih hidup!’

33Ketika melihat Maryam menangis dan semua orang Yahudi yang bersamanya, turut mengalirkan air mata, Isa sungguh hiba dan terharu.

34Dia bertanya kepada mereka, ‘Di manakah kamu letakkan dia?’ Mereka menjawab, ‘Marilah lihat, Ya Junjungan.’

35Isa menangis.

36Semua orang Yahudi yang hadir berkata, ‘Lihatlah! Dia sungguh kasih akan Lazarus.’

37Namun, ada yang berkata, ‘Dia dapat mencelikkan orang buta. Tidakkah Dia dapat mengelakkan kematian Lazarus?’

38Isa yang masih terharu pergi ke makam Lazarus, iaitu sebuah gua yang ditutup dengan batu besar.

39Isa berkata, ‘Alihkan batu itu.’ Tetapi Marta berkata, ‘Junjungan, sudah empat hari dia dimakamkan, tentu berbau.’

40Isa berkata kepada Marta, ‘Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, kalau kamu percaya, kamu dapat melihat kemuliaan Allah?’

41Mereka mengalihkan batu itu. Isa menengadah ke langit lalu berkata, ‘Ya Bapa, Aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau mendengar permintaan-Ku.

42Aku tahu Engkau memang sentiasa mendengar permintaan-Ku. Aku menyebutnya untuk kebaikan semua orang di sini, supaya mereka percaya Engkau mengutus-Ku.’

43Selepas itu, Isa berseru lantang, ‘Lazarus, keluar!’

44Lazarus pun keluar. Tangan dan kakinya masih berbalut kain kafan, mukanya masih dilitupi kain penutup muka. Isa berkata kepada orang ramai di situ, ‘Lucutkan kain kafannya dan lepaskan dia.’

45Sebilangan besar orang yang datang melawat Maryam dan melihat apa yang dilakukan oleh Isa terus percaya kepada-Nya.

46Namun, ada yang pulang mendapatkan orang Farisi dan melaporkan hal itu.

Pakatan untuk membunuh Isa

47Oleh yang demikian, orang Farisi dan ketua imam mengadakan mesyuarat Majlis Agama. Mereka berkata, ‘Apakah yang patut kita buat? Lihatlah, orang itu banyak melakukan mukjizat!

48Jika kita biarkan Dia terus melakukannya, semua orang akan percaya kepada-Nya. Nanti orang Rom akan datang memusnahkan kedudukan dan bangsa kita!’

49Salah seorang daripada mereka bernama Kayafas, seorang imam besar pada tahun itu, berkata pula, ‘Kamu semua tidak tahu suatu apapun.

50Kamu tidak faham bahawa lebih baik satu orang mati untuk bangsa kita, daripada seluruh bangsa kita dimusnahkan?’

51Kayafas bukanlah melahirkan pendapatnya sendiri. Sebagai imam besar tahun itu, dia bernubuat bahawa Isa akan mati untuk bangsa Yahudi.

52Sebenarnya Isa mati bukan untuk bangsa Yahudi sahaja, tetapi untuk menyatukan seluruh anak Allah yang berselerak di merata-rata tempat.

53Sejak hari itu, orang Yahudi berpakat hendak membunuh Isa.

54Isa tidak lagi pergi ke sana ke mari secara terbuka di antara orang Yahudi. Dia pergi ke bandar bernama Efraim dekat gurun, dan menetap di sana bersama para pengikut-Nya.

55Menjelang perayaan Paska, ramai orang Yahudi dari kampung pergi ke Baitulmaqdis untuk menjalani upacara bersuci sebelum perayaan itu.

56Mereka mencari Isa. Ketika di rumah ibadat, mereka bertanya sesama sendiri, ‘Bagaimana fikiranmu? Datangkah Dia ke perayaan ini?’

57Ketua imam dan orang Farisi telah mengeluarkan perintah bahawa sesiapa yang tahu di mana Isa berada mesti melaporkannya supaya Dia dapat ditangkap.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yohanes 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel