Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 6 >> 

Jurai Keturunan Imam Agung

1Lewi mempunyai tiga orang anak lelaki: Gerson, Kehat, dan Merari.

2Kehat mempunyai empat orang anak lelaki: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel.

3Amram mempunyai dua orang anak lelaki: Harun dan Musa, dan seorang anak perempuan bernama Miryam. Harun mempunyai empat orang anak lelaki: Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.

4Urutan salasilah Eleazar adalah seperti berikut: Pinehas, Abisua,

5Buki, Uzi,

6Zerahya, Merayot,

7Amarya, Ahitub,

8Zadok, Ahimaas,

9Azarya, Yohanan.

10Azarya (dia bertugas di Rumah TUHAN yang dibina oleh Raja Salomo di Yerusalem),

11Amarya, Ahitub,

12Zadok, Salum,

13Hilkia, Azarya,

14Seraya, Yozadak.

15Yozadak juga turut diangkut bersama-sama orang Yehuda dan penduduk Yerusalem yang lain ketika TUHAN membuang mereka ke negeri lain dengan perantaraan Raja Nebukadnezar.

Keturunan Lain daripada Lewi

16Lewi mempunyai tiga orang anak lelaki: Gerson, Kehat, dan Merari.

17Mereka juga mempunyai anak lelaki. Libni dan Simei ialah anak-anak Gerson.

18Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel ialah anak-anak Kehat.

19Mahli dan Musi ialah anak-anak Merari.

20Inilah jurai keturunan Gerson: Libni, Yahat, Zima,

21Yoah, Ido, Zerah, Yeatrai.

22Inilah jurai keturunan Kehat: Aminadab, Korah, Asir,

23Elkana, Ebyasaf, Asir,

24Tahat, Uriel, Uzia, Saul.

25Elkana mempunyai dua orang anak lelaki: Amasai dan Ahimot.

26Inilah jurai keturunan Ahimot: Elkana, Zofai, Nahat,

27Eliab, Yeroham, Elkana.

28Samuel mempunyai dua orang anak lelaki: Yoel yang sulung, dan Abia yang bongsu.

29Inilah jurai keturunan Merari: Mahli, Libni, Simei, Uza,

30Simea, Hagia, Asaya.

Para Penyanyi di Rumah TUHAN

31Raja Daud memilih beberapa orang untuk mengurus lagu puji-pujian di tempat ibadat di Yerusalem, setelah Tabut Perjanjian dipindahkan ke sana.

32Mereka bertugas secara bergilir di Khemah TUHAN pada masa Raja Salomo belum membina Rumah TUHAN.

33Salasilah orang yang diberikan tugas itu adalah seperti berikut: Daripada puak Kehat: Heman anak Yoel ialah pemimpin kumpulan penyanyi yang pertama. Salasilahnya yang disusur sampai ke pangkal, iaitu hingga Yakub: Heman, Yoel, Samuel,

34Elkana, Yeroham, Eliel, Toah,

35Zuf, Elkana, Mahat, Amasai,

36Elkana, Yoel, Azarya, Zefanya,

37Tahat, Asir, Ebyasaf, Korah,

38Yizhar, Kehat, Lewi, Yakub.

39Asaf ialah pemimpin kumpulan penyanyi yang kedua. Salasilahnya yang disusur sampai ke pangkal, iaitu hingga Lewi: Asaf, Berekhya, Simea,

40Mikhael, Baaseya, Malkia,

41Etai, Zerah, Adaya,

42Etan, Zima, Simei,

43Yahat, Gerson, Lewi.

44Etan ialah pemimpin kumpulan penyanyi yang ketiga; Etan daripada puak Merari. Salasilahnya yang disusur sampai ke pangkal, iaitu hingga Lewi: Etan, Kisi, Abdi, Malukh,

45Hasabya, Amazia, Hilkia,

46Amzi, Bani, Semer,

47Mahli, Musi, Merari, Lewi.

48Tugas-tugas lain di tempat ibadat diserahkan kepada rakan-rakan mereka sesama orang Lewi.

Keturunan Harun

49Harun dan keturunannya bertanggungjawab membakar kemenyan, dan mempersembahkan korban yang dibakar di atas mazbah. Mereka juga bertanggungjawab melakukan segala upacara ibadat di Bilik Maha Suci dan mempersembahkan korban-korban supaya Allah mengampunkan dosa umat Israel. Semua tugas itu dilakukan mereka menurut petunjuk yang diberikan oleh Musa, hamba Allah.

50Inilah jurai keturunan Harun: Eleazar, Pinehas, Abisua,

51Buki, Uzi, Zerahya,

52Merayot, Amarya, Ahitub,

53Zadok, Ahimaas.

Tempat Tinggal Orang Lewi

54Inilah kawasan penempatan yang diberikan kepada puak Kehat keturunan Harun. Mereka menerima bahagian pertama daripada tanah yang ditentukan untuk orang Lewi.

55Tanah mereka meliputi kota Hebron di wilayah Yehuda, dan padang rumput di sekitarnya.

56Tetapi ladang-ladang dan pekan-pekan di sekitar kota itu diberikan kepada Kaleb anak Yefune.

57Keturunan Harun mendapat kota-kota berikut, bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Hebron, iaitu kota perlindungan, Yatir, pekan-pekan Libna, Estemoa, Hilen, Debir, Asan, Bet-Semes.

58(6:57)

59(6:57)

60Di wilayah suku Benyamin mereka mendapat kota-kota berikut bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Geba, Alemet, dan Anatot. Jumlah semuanya sebanyak tiga belas buah kota untuk tempat tinggal keluarga-keluarga mereka.

61Dengan membuang undi, sepuluh buah kota di wilayah suku Manasye Barat dibahagi-bahagikan kepada keluarga-keluarga lain dalam puak Kehat.

62Keluarga-keluarga dalam puak Gerson diberikan tiga belas buah kota di wilayah suku Isakhar, Asyer, Naftali, dan Manasye Timur di Basan.

63Dengan membuang undi juga, keluarga-keluarga dalam puak Merari mendapat dua belas buah kota di wilayah suku Ruben, Gad, dan Zebulon.

64Begitulah caranya umat Israel memberikan kota-kota dengan padang rumput di sekitar kota, sebagai tempat tinggal orang Lewi.

65Kota-kota di wilayah suku Yehuda, Simeon, dan Benyamin yang telah disebut itu, juga dibahagikan dengan membuang undi.

66Di wilayah suku Efraim, beberapa keluarga dalam puak Kehat diberikan kota-kota berikut bersama dengan padang rumput di sekitar kota:

67Sikhem, kota perlindungan di perbukitan Efraim, Gezer,

68Yokmeam, Bet-Horon,

69Ayalon, dan Gat-Rimon.

70Di wilayah suku Manasye Barat, mereka menerima kota Aner dan Bileam dengan padang rumput di sekitar kota.

71Keluarga-keluarga dalam puak Gerson diberikan kota-kota berikut bersama dengan padang rumput di sekitar kota: Di wilayah suku Manasye Timur: Golan di Basan, dan Asytarot.

72Di wilayah suku Isakhar: Kedes, Daberat,

73Ramot, dan Anem.

74Di wilayah suku Asyer: Masal, Abdon,

75Hukok, dan Rehob.

76Di wilayah suku Naftali: Kedes di Galilea, Hamon, dan Kiryataim.

77Keluarga-keluarga lain dalam puak Merari, diberikan kota berikut dengan padang rumput di sekitar kota: Di wilayah suku Zebulon: Rimono dan Tabor.

78Di wilayah suku Ruben, di sebelah timur Sungai Yordan, dekat Yerikho: Bezer di dataran tinggi, Yahas,

79Kedemot, dan Mefaat.

80Di wilayah suku Gad: Ramot di Gilead, Mahanaim,

81Hesybon, dan Yaezer.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran