Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Samuel 23 >> 

Ucapan Raja Daud yang Terakhir

1Raja Daud anak Isai adalah orang yang dijadikan orang besar oleh Allah, dan telah dilantik menjadi raja oleh Allah Yakub. Raja Daud telah menggubah banyak lagu yang indah bagi Israel, dan inilah ucapan baginda yang terakhir:

2Roh TUHAN berfirman melalui aku; firman-Nya ada pada bibirku.

3Allah Israel sudah berfirman; pelindung Israel berfirman kepadaku, "Raja yang memerintah dengan adil, yang memerintah dengan ketaatan kepada Allah,

4raja itu seperti sinar fajar merekah pada awal pagi ketika langit cerah. Dia seperti sinar matahari selepas hujan, yang membuat rumput hijau indah berkilauan."

5Demikianlah Allah akan memberkati keturunanku, kerana Dia telah membuat perjanjian yang kekal dengan aku, perjanjian yang tidak akan dibatalkan, janji yang tidak akan diubah. Itulah sahaja hasrat hatiku; itulah yang akan menjadi kemenanganku, dan Allah pasti akan menepatinya.

6Tetapi orang yang tidak mentaati Allah seperti duri yang dicampakkan. Tangan orang tidak dapat memegangnya;

7tiada seorang pun mahu menyentuhnya tanpa menggunakan batang besi, atau tombak. Orang seperti itu akan dibakar habis.

Askar-Askar Raja Daud yang Terkenal

8Inilah nama para askar Raja Daud yang terkenal: Yang pertama ialah Ishbaal, orang Hakhmoni, pemimpin "Kumpulan Tiga." Dia pernah berperang melawan 800 orang. Dia membunuh mereka semua dengan tombaknya dalam satu pertempuran.

9Orang kedua dalam "Kumpulan Tiga" ialah Eleazar anak Dodo, daripada puak Ahohi. Pada suatu hari, Eleazar dan Raja Daud bertempur dengan orang Filistin yang sudah berkumpul untuk berperang. Pada waktu itu pasukan Israel sudah berundur,

10tetapi Eleazar terus berjuang melawan orang Filistin sampai tangannya menjadi kejang, dan dia tidak dapat melepaskan pedangnya. Pada hari itu TUHAN memperoleh kemenangan yang besar. Tentera Israel yang telah berundur, kembali ke tempat Eleazar bertempur, lalu menanggalkan baju perang daripada mayat-mayat di situ.

11Orang ketiga dalam "Kumpulan Tiga" ialah Sama anak Age, dari Harar. Pada masa itu orang Filistin telah berkumpul di Lehi, di sebuah ladang kacang merah. Tentera Israel lari daripada orang Filistin,

12tetapi Sama tetap bertahan dan bertempur di ladang itu. Dia membunuh dan mengalahkan orang Filistin sehingga dia berjaya mempertahankan ladang itu. Demikianlah TUHAN memperoleh kemenangan yang besar pada hari itu.

13Apabila menjelang musim menuai, tiga orang daripada "Kumpulan Tiga Puluh" turun ke Gua Adulam. Pada masa itu Raja Daud berada di dalam gua itu. Sepasukan orang Filistin berkhemah di Lembah Refaim.

14Pada masa itu Raja Daud berada di suatu bukit yang mempunyai kubu, dan sepasukan orang Filistin sudah menduduki Betlehem.

15Raja Daud merindukan kampung halamannya, lalu baginda berkata, "Alangkah baiknya jika ada orang yang memberi beta minum air dari perigi dekat pintu gerbang di Betlehem!"

16Mendengar kata-kata itu, tiga orang askar yang terkenal itu menembusi pertahanan orang Filistin di Betlehem. Mereka menimba air dari perigi itu lalu membawanya kepada Raja Daud. Tetapi Raja Daud tidak mahu meminum air itu, malahan baginda mencurahkan air itu sebagai persembahan kepada TUHAN.

17Raja Daud bertitah, "Ya TUHAN, aku tidak sanggup minum air ini. Jika aku meminumnya, seolah-olah aku minum darah tiga orang yang mempertaruhkan nyawa mereka!" Raja Daud sama sekali tidak mahu minum air itu. Demikianlah keberanian tiga orang askar yang terkenal itu.

18Adik Yoab, iaitu Abisai (ibu mereka ialah Zeruya) ialah ketua pasukan "Kumpulan Tiga Puluh." Abisai pernah berperang dengan tiga ratus orang dan membunuh mereka semua dengan tombaknya. Oleh itu dia menjadi terkenal di kalangan "Kumpulan Tiga Puluh."

19Dialah yang paling masyhur di kalangan "Kumpulan Tiga Puluh" dan dia menjadi pemimpin mereka, tetapi dia tidak sehebat "Kumpulan Tiga."

20Seorang askar lain yang termasyhur ialah Benaya anak Yoyada dari Kabzeel. Dia sangat berani, dan pernah membunuh dua orang pahlawan gagah dari Moab. Pada suatu hari, ketika salji turun, dia masuk ke dalam gua dan membunuh seekor singa.

21Dia pernah juga membunuh seorang Mesir, yang berbadan besar dan bersenjatakan tombak. Dia menyerang orang itu dengan belantannya. Lalu dia merampas tombak raksasa itu dan membunuhnya dengan tombak itu.

22Demikianlah jasa Benaya, salah seorang daripada "Kumpulan Tiga Puluh".

23Dalam kumpulan itu Benaya ialah yang terkemuka, tetapi dia tidak sehebat "Kumpulan Tiga". Raja Daud melantik dia menjadi ketua pengawal peribadinya.

24Anggota-anggota lain daripada "Kumpulan Tiga Puluh" itu ialah: Asael, adik Yoab Elhanan anak Dodo orang Betlehem Sama dan Elika orang Harod Heles orang Palti Ira anak Ikes orang Tekoa Abiezer orang Anatot Mebunai orang Husa Zalmon orang Ahohi Maharai orang Netofa Heleb anak Baana orang Netofa Itai anak Ribai orang Gibea di wilayah suku Benyamin Benaya orang Piraton Hidai dari lembah-lembah Gaas Abialbon orang Araba Azmawet orang Bahurim Elyahba orang Saalbon Anak-anak Yasyen Yonatan Sama orang Harari Ahiam anak Sarar orang Harari Elifelet anak Ahasbai orang Maakha Eliam anak Ahitofel orang Gilo Hezro orang Karmel Paerai orang Arbi Yigal anak Natan orang Zoba Bani orang Gad Zelek orang Amon Naharai orang Beerot, pembawa senjata Yoab Ira dan Gareb orang Yetri Uria orang Het. Semuanya ada 37 orang askar yang termasyhur.

25(23:24)

26(23:24)

27(23:24)

28(23:24)

29(23:24)

30(23:24)

31(23:24)

32(23:24)

33(23:24)

34(23:24)

35(23:24)

36(23:24)

37(23:24)

38(23:24)

39(23:24)


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Samuel 23 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel