Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Amsal 19 >> 

1Lebih baik menjadi orang miskin tetapi jujur, daripada menjadi orang bodoh yang suka membohong.

2Keghairahan tanpa pengetahuan tidak baik; orang yang tergesa-gesa akan membuat kesalahan.

3Ada orang merosakkan hidup kerana kebodohan sendiri, lalu menyalahkan TUHAN pula.

4Orang kaya sentiasa mendapat kawan baru, tetapi orang miskin ditinggalkan kawan.

5Orang yang berbohong di mahkamah dan orang yang berdusta pasti dihukum.

6Setiap orang berusaha untuk mengambil hati orang besar dan mahu bersahabat dengan dermawan.

7Orang yang miskin tidak disukai oleh saudaranya, apalagi oleh sahabatnya. Bagaimana pun dia berusaha untuk berkawan dengan mereka, dia tidak dapat memikat mereka.

8Sesiapa mengejar pengetahuan, mengasihi dirinya; sesiapa mengingat apa yang dipelajarinya, akan berjaya.

9Sesiapa yang membohong di mahkamah tidak akan terlepas daripada hukuman. Dia pasti binasa.

10Orang bodoh tidak layak hidup dalam kemewahan; hamba tidak patut memerintah penguasa.

11Orang bijak dapat menahan kemarahan. Mereka dipuji kerana mengampunkan kesalahan orang terhadap mereka.

12Kemurkaan raja bagaikan ngauman singa, tetapi kebaikannya bagaikan embun yang membasahi tumbuh-tumbuhan.

13Anak yang bodoh membinasakan bapanya. Isteri yang meleter bagaikan titisan air yang tidak henti-henti.

14Rumah dan harta boleh diwarisi daripada ibu bapa, tetapi isteri yang bijak ialah kurnia daripada TUHAN.

15Orang yang sentiasa tidur dan bermalas-malas pasti akan kelaparan.

16Orang yang mentaati hukum Allah akan berusia panjang. Tetapi orang yang tidak mematuhi perintah-Nya akan mati.

17Menolong orang miskin sama seperti memberikan pinjaman kepada TUHAN. TUHAN sendiri akan membalasnya.

18Disiplinkan anak selagi mereka muda. Jika tidak, kamu menyebabkan kehancuran mereka.

19Biarlah orang yang cepat marah merasakan akibatnya. Jika kamu menolong orang itu satu kali, kamu harus menolongnya lagi.

20Orang yang suka mendengar nasihat dan mahu belajar akan menjadi bijaksana kelak.

21Manusia mempunyai banyak rancangan, tetapi hanya kehendak TUHAN akan terlaksana.

22Ketamakan merupakan keaiban; lebih baik menjadi orang miskin daripada menjadi pembohong.

23Hormatilah TUHAN, maka kamu akan panjang umur. Kamu akan puas hati dan bebas daripada bahaya.

24Ada orang begitu malas sehingga tidak mahu makan sendiri.

25Kalau orang sombong dihukum, orang yang bodoh mendapat pelajaran. Kalau orang yang bijak ditegur, dia menjadi lebih bijak.

26Hanya anak yang memalukan dan tercela akan menganiaya bapanya dan mengusir ibunya.

27Hai anakku, jika kamu berhenti belajar, kamu akan segera melupakan segala yang telah kamu pelajari.

28Jika seseorang telah bertekad memberikan kesaksian palsu, keadilan tidak dijalankan. Orang jahat suka akan kejahatan.

29Orang bodoh yang sombong pasti kena hukuman.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Amsal 19 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel