Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 32 >> 

Ucapan Elihu

1Oleh sebab Ayub yakin bahawa dia tidak bersalah, tiga orang sahabat itu tidak menjawab lagi.

2Tetapi di situ ada seorang yang tidak dapat menahan geramnya, kerana Ayub menyalahkan Allah dan mengaku dirinya tidak bersalah. Namanya Elihu anak Barakheel, seorang keturunan Bus, daripada puak Ram.

3Dia juga marah terhadap tiga orang sahabat Ayub itu kerana mereka tidak dapat menjawab Ayub, walaupun mereka menyalahkan dia.

4Elihu yang termuda antara mereka. Oleh itu dia menunggu sehingga setiap orang sudah bercakap.

5Setelah dia melihat tiga orang itu tidak dapat menjawab Ayub, dia menjadi marah

6dan berkata demikian, "Aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua, oleh itu aku takut dan ragu-ragu mengemukakan pendapatku.

7Fikirku, biarlah yang sudah lanjut usia bercakap, dan yang lebih tua membahagikan hikmat.

8Tetapi sebenarnya Roh Allah Yang Maha Kuasa yang memberikan hikmat kepada manusia.

9Orang menjadi bijak, bukan kerana lanjut umurnya; orang mengerti yang benar, bukan kerana tinggi usianya.

10Oleh itu, dengarkanlah aku; biarlah aku memberitahu kamu pendapatku.

11Aku mendengar dengan sabar ketika kamu bercakap, dan menunggu ketika kamu mencari kata-kata bijak.

12Aku memperhatikan dan mendengar kamu menemui kegagalan. Kesalahan dalam kata-kata Ayub tidak dapat kamu buktikan.

13Bagaimana kamu dapat mengatakan kamu telah mendapatkan hikmat? Allah mesti menjawab Ayub, kerana kamu telah gagal.

14Ayub berkata-kata kepada kamu, bukan kepada aku, tetapi aku tidak sekali-kali akan menjawab seperti kamu.

15Ayub, mereka bingung dan tidak dapat memberikan jawapan; tiada lagi yang dapat dikatakan mereka.

16Haruskah aku terus menunggu, ketika mereka berdiam diri? Mereka berdiri di situ dan tidak dapat berkata apa-apa lagi.

17Tidak, kini aku hendak memberikan pendapatku, dan memberitahu kamu fikiranku.

18Aku tidak sabar lagi menunggu. Aku tidak dapat menahan kata-kataku.

19Jika aku tidak bercakap, aku akan meletup, seperti kirbat kulit yang berisikan wain baru.

20Aku mesti bercakap supaya hatiku tenang; aku mesti membuka mulut dan memberikan jawapan.

21Aku tidak akan menyebelahi sesiapa pun; aku tidak akan memuji sesiapa pun.

22Cara memuji pun aku tidak tahu. Jika aku berbuat begitu, Allah akan segera menghukum aku.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 32 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel