Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Keluaran 6 >> 

1(5-24) Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa. "Sekarang engkau akan melihat apa yang akan Aku lakukan kepada raja Mesir. Aku akan memaksa dia membenarkan umat-Ku pergi. Sesungguhnya, Aku akan memaksa dia mengusir mereka keluar dari negerinya."

2(6-1)

Allah Memanggil Musa

Allah berfirman kepada Musa, "Akulah TUHAN.

3(6-2) Aku telah menampakkan diri kepada Abraham, Ishak, dan Yakub sebagai Allah Yang Maha Kuasa, tetapi Aku tidak memperkenalkan diri kepada mereka dengan nama-Ku yang suci, iaitu TUHAN.

4(6-3) Aku juga telah membuat perjanjian dengan mereka. Aku berjanji untuk memberi mereka tanah Kanaan, tanah tempat mereka dahulu tinggal sebagai orang asing.

5(6-4) Aku telah mendengar keluhan orang Israel yang diperhamba oleh bangsa Mesir, lalu Aku mengingat perjanjian-Ku itu.

6(6-5) Oleh itu, beritahulah orang Israel bahawa Aku berfirman kepada mereka, ‘Akulah TUHAN; Aku akan membebaskan kamu daripada perhambaan orang Mesir. Aku akan menggunakan kuasa-Ku yang besar untuk menyelamatkan kamu dan untuk menjatuhkan hukuman berat ke atas bangsa Mesir.

7(6-6) Aku akan menjadikan kamu umat-Ku sendiri, dan Aku akan menjadi Allah kamu. Kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah kamu, apabila Aku membebaskan kamu daripada perhambaan di negeri Mesir.

8(6-7) Aku akan membawa kamu masuk ke negeri yang telah Aku janjikan dengan sumpah untuk diberikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan memberikan tanah itu kepada kamu sebagai milik kamu sendiri. Akulah TUHAN.’"

9(6-8) Musa menyampaikan semua firman itu kepada orang Israel, tetapi mereka tidak mahu mendengarkan kata-katanya, kerana perhambaan yang kejam itu telah menyebabkan mereka putus asa.

10(6-9) Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa,

11(6-10) "Pergilah menghadap raja Mesir dan katakan bahawa dia mesti membenarkan orang Israel meninggalkan negerinya."

12(6-11) Tetapi Musa menjawab, "Orang Israel sendiri tidak mahu mendengarkan kata-kataku, apalagi raja Mesir. Aku tidak pandai berkata-kata."

13(6-12) Tetapi TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun, "Beritahulah orang Israel dan raja Mesir bahawa Aku telah memerintah engkau untuk memimpin orang Israel keluar dari Mesir."

14(6-13)

Salasilah Musa dan Harun

Inilah salasilah Musa dan Harun: Ruben, anak sulung Yakub, mempunyai empat orang anak lelaki: Henokh, Palu, Hezron, dan Karmi. Merekalah nenek moyang puak-puak dalam suku Ruben.

15(6-14) Simeon mempunyai enam orang anak lelaki: Yemuel, Yamin, Ohad, Yakhin, Zohar, dan juga Saul, anak lelaki daripada seorang perempuan Kanaan. Merekalah nenek moyang puak-puak dalam suku Simeon.

16(6-15) Lewi mempunyai tiga orang anak lelaki: Gerson, Kehat, dan Merari. Merekalah nenek moyang puak-puak dalam suku Lewi. Lewi hidup selama 137 tahun.

17(6-16) Gerson mempunyai dua orang anak lelaki: Libni dan Simei; mereka mempunyai keturunan yang banyak.

18(6-17) Kehat mempunyai empat orang anak lelaki: Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel. Kehat hidup selama 133 tahun.

19(6-18) Merari mempunyai dua orang anak lelaki: Mahli dan Musi. Merekalah puak-puak dalam suku Lewi dengan keturunan masing-masing.

20(6-19) Amram berkahwin dengan Yokhebed, adik perempuan bapanya; anak mereka ialah Harun dan Musa. Amram hidup selama 137 tahun.

21(6-20) Yizhar mempunyai tiga orang anak lelaki: Korah, Nefeg, dan Zikhri.

22(6-21) Uziel juga mempunyai tiga orang anak lelaki: Misael, Elsafan, dan Sitri.

23(6-22) Harun berkahwin dengan Eliseba, anak perempuan Aminadab; Eliseba juga saudara Nahason. Eliseba melahirkan Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar.

24(6-23) Korah mempunyai tiga orang anak lelaki: Asir, Elkana, dan Abiasaf. Merekalah nenek moyang keluarga-keluarga dalam puak Korah.

25(6-24) Eleazar, anak lelaki Harun, berkahwin dengan salah seorang anak perempuan Putiel. Anak mereka ialah Pinehas. Merekalah ketua puak dan ketua keluarga dalam suku Lewi.

26(6-25) Harun dan Musa itulah yang diperintahkan TUHAN untuk membawa orang Israel keluar dari Mesir.

27(6-26) Mereka berdua menghadap raja Mesir dan meminta raja supaya membebaskan orang Israel.

28(6-27)

TUHAN Memberikan Perintah kepada Musa dan Harun

Ketika TUHAN berfirman kepada Musa di negeri Mesir,

29(6-28) TUHAN berfirman, "Akulah TUHAN. Beritahulah raja Mesir segala sesuatu yang telah Aku firmankan kepadamu."

30(6-29) Tetapi Musa berkata, "Engkau tahu bahawa aku tidak pandai berkata-kata. Mana mungkin raja mahu mendengarkan kata-kataku?"


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Keluaran 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran