Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 106 >> 

Kebaikan TUHAN terhadap Umat-Nya

1Pujilah TUHAN! Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi.

2Siapakah dapat menceritakan perbuatan besar yang dilakukan TUHAN? Siapakah dapat memuji Dia dengan secukupnya?

3Berbahagialah orang yang berlaku adil, yang sentiasa melakukan apa yang benar.

4Ingatlah aku, ya TUHAN, ketika Engkau menolong umat-Mu; selamatkanlah aku juga, ketika Engkau menyelamatkan mereka.

5Semoga aku melihat umat-Mu makmur semula, dan semoga aku bersukacita bersama-sama umat-Mu, serta berbangga bersama-sama mereka yang menjadi milik-Mu.

6Kami telah berdosa seperti nenek moyang kami; kami jahat dan keji.

7Ketika di Mesir nenek moyang kami tidak faham akan perbuatan-Nya yang menakjubkan; mereka lupa akan kasih-Nya yang berlimpah, dan mereka memberontak terhadap Yang Maha Kuasa di Laut Gelagah.

8Tetapi Dia menyelamatkan mereka menurut janji-Nya, untuk menunjukkan kuasa-Nya yang besar.

9Dia memberikan perintah kepada Laut Gelagah dan laut itu pun kering, lalu Dia memimpin umat-Nya menyeberang laut yang kering itu.

10Dia menyelamatkan mereka daripada orang yang membenci mereka, dan membebaskan mereka daripada musuh mereka.

11Tetapi air melemaskan musuh mereka; tiada seorang pun selamat.

12Lalu umat-Nya percaya kepada janji-Nya, dan menyanyikan pujian untuk Dia.

13Tetapi mereka cepat lupa akan segala perbuatan-Nya, mereka bertindak tanpa meminta nasihat-Nya.

14Nafsu mereka berkobar-kobar di padang gurun, dan mereka mencubai Allah;

15oleh itu, Dia memberikan apa yang diminta mereka, tetapi Dia juga mendatangkan penyakit yang dahsyat kepada mereka.

16Di gurun itu mereka iri hati terhadap Musa, dan terhadap Harun, hamba yang mengabdi kepada TUHAN.

17Bumi terbuka dan menelan Datan, dan menimbusi Abiram serta keluarganya;

18api turun membakar pengikut mereka, dan menghanguskan semua orang durjana.

19Mereka membuat anak lembu emas di Sinai, lalu menyembah patung itu.

20Mereka menggantikan kemuliaan Allah dengan patung binatang pemakan rumput.

21Mereka melupakan Allah yang telah menyelamatkan mereka, Allah yang telah melakukan hal-hal besar di Mesir.

22Sungguh hebat perbuatan-Nya di negeri itu, sungguh menakjubkan perbuatan-Nya di Laut Gelagah.

23Apabila Allah berfirman hendak membinasakan umat-Nya; Musa, hamba pilihan-Nya, berdiri di hadapan Allah, dan memujuk Dia supaya tidak membinasakan mereka.

24Kemudian mereka menolak tanah yang indah itu, kerana mereka tidak percaya akan janji Allah.

25Mereka merungut di dalam khemah mereka dan tidak mahu mendengarkan TUHAN.

26Maka dengan sumpah Dia berjanji akan membunuh mereka di gurun,

27dan mencerai-beraikan keturunan mereka antara bangsa-bangsa, sehingga mereka mati di negeri-negeri asing.

28Kemudian di Peor, umat Allah ikut menyembah Baal, dan makan korban yang dipersembahkan kepada dewa-dewa yang tidak bernyawa.

29Mereka membangkitkan kemurkaan TUHAN dengan perbuatan mereka, lalu penyakit yang dahsyat menyerang mereka.

30Tetapi Pinehas berdiri dan menghukum orang yang bersalah, lalu wabak itu pun berhenti.

31Jasanya itu diingati orang, dan dia pun dikenang sampai selama-lamanya.

32Mereka membangkitkan kemurkaan TUHAN di mata air di Meriba, dan menyusahkan Musa dengan perbuatan mereka.

33Mereka membuat dia begitu marah, sehingga dia mengeluarkan kata-kata yang tidak seharusnya.

34Bangsa-bangsa lain tidak dimusnahkan mereka seperti yang diperintahkan TUHAN.

35Malah mereka mengahwini bangsa-bangsa itu, dan meniru cara hidup orang yang tidak mengenal Allah.

36Umat Allah menyembah berhala-berhala, dan hal ini menyebabkan kebinasaan mereka.

37Mereka mempersembahkan anak-anak sendiri sebagai korban kepada dewa-dewa negeri Kanaan.

38Mereka membunuh anak-anak yang tidak bersalah, sehingga negeri itu dinajiskan oleh pembunuhan itu.

39Mereka mencemarkan diri dengan perbuatan mereka, dan mereka tidak setia kepada Allah.

40Oleh itu TUHAN murka terhadap umat-Nya; Dia berasa jijik terhadap mereka.

41Dia menyerahkan mereka ke dalam kuasa bangsa-bangsa, dan membiarkan musuh menjajah mereka.

42Mereka ditindas oleh musuh, mereka dijajah sepenuhnya.

43Berulang kali TUHAN menyelamatkan umat-Nya, tetapi mereka masih memberontak terhadap-Nya, sehingga dosa mereka bertambah-tambah.

44Namun TUHAN mendengar seruan mereka, dan memperhatikan kesusahan mereka.

45Bagi kebaikan mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya, dan kerana kasih-Nya yang besar, Dia mengasihani mereka.

46Dia menyebabkan semua orang yang menindas mereka berasa kasihan terhadap mereka.

47Selamatkanlah kami, ya TUHAN, Allah kami, dan bawalah kami pulang dari antara bangsa-bangsa, supaya kami dapat bersyukur, dan memuji nama-Mu yang suci.

48Pujilah TUHAN, Allah umat Israel; pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya! Hendaklah semua orang berkata, "Amin!" Pujilah TUHAN!


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 106 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel