Doa Minta Tolong
1Untuk pemimpin koir. Mazmur oleh Daud, ketika mempersembahkan korban peringatan. (70-2) Ya Allah, selamatkanlah aku! TUHAN, cepatlah tolong aku!
2(70-3) Biarlah mereka yang cuba membunuh aku dikalahkan dan dibingungkan. Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahanku dipukul mundur dan dipermalukan.
3(70-4) Biarlah mereka yang mengejek aku terkejut dan malu kerana dikalahkan.
4(70-5) Semoga semua orang yang datang kepada-Mu bergembira dan bersukacita. Semoga semua orang yang bersyukur kerana penyelamatan-Mu sentiasa berkata, "Betapa agungnya Allah!"
5(70-6) Aku miskin dan lemah; datanglah segera kepadaku, ya Allah. Engkaulah penolongku dan penyelamatku, janganlah berlengah, ya TUHAN!