Allah Raja yang Agung
1Mazmur Asaf. Allah mengetuai sidang di syurga; di hadapan makhluk-makhluk syurga Dia memberikan keputusan-Nya,
2"Jangan hakimi orang dengan tidak adil, dan jangan berpihak kepada orang jahat.
3Belalah hak anak yatim dan orang lemah; bersikap adillah kepada orang miskin dan yang tidak berdaya.
4Selamatkanlah mereka daripada kuasa orang jahat.
5Betapa jahilnya kamu, betapa bodohnya kamu! Kerana kamu tidak berakhlak, keadilan lenyap dari bumi ini.
6Aku berkata bahawa kamu ilahi, bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi.
7Namun kamu akan mati seperti manusia; nyawa kamu akan berakhir seperti nyawa seorang penguasa."
8Datanglah, ya Allah, dan hakimilah dunia; semua bangsa kepunyaan-Mu.