Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Pengkhotbah 10 >> 

1Bangkai lalat boleh merosakkan sebotol minyak wangi, demikian juga kebodohan kecil boleh menghilangkan hikmat yang tertinggi.

2Wajarlah orang bijak melakukan yang betul, dan orang bodoh melakukan yang salah.

3Kebodohan mereka boleh dilihat bahkan oleh orang yang ditemui mereka di tengah jalan. Mereka menunjukkan kebodohan kepada semua orang.

4Jika penguasa marah terhadap kamu, janganlah letak jawatan; kesalahan yang besar dapat diampunkan jika kamu bertenang.

5Ada lagi ketidakadilan yang telah aku lihat di dunia ini: ketidakadilan yang dilakukan oleh penguasa.

6Orang bodoh diberikan kedudukan yang bertanggungjawab, sedangkan orang kaya diketepikan.

7Aku pernah melihat hamba menunggang kuda, sedangkan orang bangsawan berjalan kaki seperti hamba.

8Sesiapa yang menggali lubang di tanah, akan jatuh ke dalamnya. Sesiapa yang memecahkan tembok akan dipatuk ular.

9Sesiapa yang bekerja di kuari batu akan luka kena batu. Sesiapa yang membelah kayu, mungkin cedera.

10Jika kapakmu tumpul dan tidak kamu asah, kamu terpaksa bekerja lebih keras. Lebih baik kamu membuat rancangan terlebih dahulu.

11Kalau ular dibiarkan memagut sebelum dijinakkan, maka mantera pawang ular tidak berguna lagi.

12Perkataan orang bijak mendatangkan kehormatan kepada diri mereka, tetapi perkataan orang bodoh merosakkan nama mereka sendiri.

13Mereka mula bercakap yang bukan-bukan, dan akhirnya bercakap seperti orang gila.

14Orang bodoh bercakap tidak habis-habis. Tidak sesiapa pun tahu perkara yang akan berlaku pada hari depan, dan tidak sesiapa pun dapat memberitahu kita hal yang akan berlaku setelah kita meninggal.

15Seorang yang bekerja sehingga habis tenaganya bagaikan seorang bodoh yang tidak tahu akan jalan ke rumahnya sendiri.

16Malanglah sesebuah negeri jika rajanya seorang muda dan pemimpinnya berpesta-pesta sepanjang malam.

17Tetapi bertuahlah negeri yang rajanya berwibawa dan pemimpinnya makan pada waktu tertentu, tahu menahan diri dan tidak menjadi mabuk.

18Bumbung rumah akan bocor jika tidak diperbaiki, dan akhirnya rumah itu akan roboh akibat kemalasan.

19Pesta membuat kamu girang, wain pun membuat kamu riang, tetapi tanpa wang kamu tidak mendapat kedua-duanya.

20Jangan cela raja, walaupun dalam hati, dan jangan cela orang kaya, walaupun di dalam bilikmu sendiri. Mungkin seekor burung mendengar apa yang kamu katakan, lalu menyampaikannya kepada orang yang berkenaan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Pengkhotbah 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran