Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 45 >> 

Bahagian Tanah yang Menjadi Milik TUHAN

1Apabila tanah itu dibahagikan kepada setiap suku, sebahagian daripadanya harus diasingkan untuk TUHAN. Panjangnya tanah itu hendaklah 12.5 kilometer, dan lebarnya 10 kilometer. Seluruh kawasan itu suci.

2Di kawasan itu, sebidang tanah yang empat persegi harus dikhaskan untuk Rumah TUHAN. Ukuran setiap sisi tanah itu harus 250 meter dan dikelilingi lapangan selebar 25 meter.

3Separuh daripada kawasan itu, yang panjangnya 12.5 kilometer dan lebarnya 5 kilometer, harus dikhaskan untuk bangunan Rumah TUHAN, tempat yang paling suci.

4Tanah itu suci dan diberikan kepada para imam yang menyelenggarakan ibadat di Rumah TUHAN. Rumah-rumah mereka dan Rumah TUHAN hendaklah dibina di situ.

5Separuh lagi kawasan itu hendaklah diberikan sebagai pusaka kepada orang Lewi yang bekerja di Rumah TUHAN. Bahagian itu akan menjadi kota-kota tempat tinggal mereka.

6Di samping tanah yang suci itu harus lagi diasingkan sebidang tanah untuk sebuah kota yang boleh didiami sesiapa sahaja umat Israel. Panjangnya tanah itu hendaklah 12.5 kilometer, dan lebarnya 2.5 kilometer.

Tanah untuk Penguasa yang Memerintah

7Tanah juga harus disediakan bagi penguasa yang memerintah. Kawasan itu bermula dari sempadan barat kawasan yang suci itu sampai ke Laut Tengah dan dari sempadan timur kawasan yang suci itu sampai ke sempadan timur negeri itu. Panjangnya tanah itu sama dengan panjangnya salah satu kawasan yang ditentukan bagi suku Israel.

8Tanah itu akan menjadi milik penguasa yang memerintah di Israel, supaya dia tidak menindas rakyat, tetapi membiarkan tanah yang selebihnya menjadi milik suku-suku Israel.

Peraturan bagi Penguasa yang Memerintah

9TUHAN Raja berfirman, "Hai kamu yang memerintah Israel, kamu telah berdosa terlalu lama. Hentikan penindasan dan perbuatan yang kejam. Lakukan yang benar dan adil. Jangan sekali-kali usir umat-Ku dari tanah mereka lagi. Aku, TUHAN Raja, berfirman kepada kamu.

10Setiap orang harus menggunakan timbangan dan sukatan yang tepat:

11Satu efa untuk menakar bahan kering mesti sama dengan satu bat untuk menakar bahan cair. Ukuran piawai ialah homer. Oleh itu sukatan kamu hendaklah demikian: 1 homer = 10 efa = 10 bat

12Timbangan kamu hendaklah demikian: 20 gera = 1 syikal 60 syikal = 1 mina

13Persembahan kamu hendaklah berdasarkan ukuran yang berikut: Gandum: 1/60 daripada tuaian kamu Barli: 1/60 daripada tuaian kamu Minyak zaitun: 1/100 daripada hasil pokok kamu (Sukatlah menurut bat: 10 bat = 1 homer = 1 kor.) Domba: 1 daripada setiap 200 ekor yang di padang rumput Israel. Hendaklah kamu mempersembahkan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, korban untuk menyenangkan hati-Ku, dan korban untuk memohon berkat-Ku, supaya dosa kamu diampunkan. Aku, TUHAN Raja yang memberikan perintah ini.

14(45:13)

15(45:13)

16Semua penduduk negeri harus membawa persembahan itu kepada penguasa Israel.

17Tetapi pada perayaan-perayaan bulan baru, hari Sabat, dan hari perayaan yang lain, penguasa bertanggungjawab menyediakan binatang untuk dipersembahkan sebagai korban, dan juga korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, serta korban wain bagi seluruh bangsa Israel. Dialah yang bertanggungjawab menyediakan korban untuk mengampunkan dosa, korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, korban untuk menyenangkan hati-Ku, dan korban untuk memohon berkat-Ku. Maka Aku akan mengampunkan dosa umat Israel."

Perayaan-Perayaan

18TUHAN Raja berfirman, "Pada hari pertama, bulan pertama, kamu harus menyucikan Rumah-Ku dengan mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang tidak ada cacat.

19Lalu imam harus mengambil darah daripada korban untuk mengampunkan dosa itu, lalu menyapukannya pada tiang-tiang pintu Rumah TUHAN, keempat-empat sudut mazbah, dan tiang-tiang pintu gerbang yang menuju ke halaman dalam.

20Pada hari ketujuh, bulan itu, kamu harus berbuat demikian juga untuk sesiapa sahaja yang berdosa dengan tidak sengaja atau tanpa diketahuinya. Dengan demikian, kamu akan menjaga kesucian Rumah-Ku.

21Pada hari keempat belas, bulan pertama, kamu harus merayakan Perayaan Paska. Selama tujuh hari perayaan itu, semua orang harus makan roti yang tidak beragi.

22Pada hari pertama perayaan itu, penguasa yang memerintah harus mempersembahkan seekor lembu jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa bagi dirinya dan bagi semua rakyat.

23Setiap hari selama perayaan yang berlangsung tujuh hari itu, penguasa harus mempersembahkan tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba jantan yang tidak ada cacat kepada TUHAN, sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Setiap hari dia juga harus mempersembahkan seekor kambing jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa.

24Bagi setiap ekor lembu jantan dan domba jantan yang dipersembahkan, hendaklah disertai 17.5 liter bijirin dan 3 liter minyak zaitun.

25Bagi Perayaan Pondok Daun, yang bermula pada hari kelima belas, bulan ketujuh, pada tiap-tiap hari selama tujuh hari itu, penguasa harus mempersembahkan korban yang sama, iaitu korban untuk mengampunkan dosa, korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, serta minyak zaitun."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yehezkiel 45 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel