Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 46 >> 

1Inilah kesudahan dewa-dewa Babel; dahulu Bel dan Nebo disembah, tetapi sekarang dimuat di atas haiwan, dan menjadi beban kepada binatang yang lelah.

2Patung berhala itu tidak mampu menyelamatkan diri, malah ditawan dan dibawa pergi. Demikianlah kesudahan dewa-dewa Babel!

3Dengarlah Aku, hai keturunan Yakub, semua umat-Ku yang terselamat. Aku telah memelihara kamu sejak kamu dilahirkan.

4Aku tetap Allah kamu sampai kamu tua; Aku akan memelihara kamu sampai kamu beruban. Aku telah menciptakan kamu dan tetap akan menjaga kamu. Aku akan menolong dan menyelamatkan kamu.

5Dengan siapakah kamu akan membandingkan Aku? Adakah sesiapa yang sama dengan Aku?

6Orang mengeluarkan emas dari kantung; mereka menimbang perak dengan dacing. Mereka mengupah tukang emas untuk membuat berhala; lalu mereka sujud menyembah berhala itu!

7Mereka mengangkat lalu memikul berhala itu di atas bahu, mereka menegakkan berhala itu di tempatnya, dan berhala itu tidak dapat bergerak dari situ. Jika orang berdoa kepadanya, berhala itu tidak dapat menjawab, dan tidak dapat menyelamatkan orang daripada malapetaka.

8Ingatlah hal ini, hai orang berdosa; pertimbangkanlah hal yang telah Aku lakukan.

9Ingatlah hal yang berlaku dahulu kala, akuilah bahawa Aku satu-satunya Allah, dan tiada sesiapa pun sama seperti Aku.

10Sejak permulaan Aku telah menubuatkan hal yang akan datang; dari dahulu Aku telah meramalkan hal yang akan berlaku. Aku berfirman bahawa rancangan-Ku tidak akan gagal, bahawa Aku pasti melakukan segala kehendak-Ku.

11Aku memanggil seorang dari timur; dia akan menyambar seperti seekor burung helang, dia akan melaksanakan rancangan-Ku. Apa yang Aku firmankan pasti Aku laksanakan, apa yang Aku rancangkan pasti Aku lakukan.

12Dengarkanlah aku, hai umat yang degil, kamu yang menyangka bahawa pembebasan masih lama lagi.

13Tetapi Aku telah mendekatkan hari itu, pembebasan sudah hampir. Penyelamatan daripada-Ku tidak akan ditunda, Aku akan menyelamatkan Yerusalem dan memberikan kehormatan kepada Israel."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yesaya 46 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel