Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 28 >> 

Persembahan harian

1TUHAN berfirman kepada Musa,

2“Perintahkanlah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka, ‘Ingatlah baik-baik, pada waktu yang telah ditetapkan, hendaklah kamu bawa persembahan kepada-Ku, iaitu santapan berupa korban bakaran, yang keharumannya diredai TUHAN.’

3Katakanlah pula kepada mereka, ‘Inilah korban yang dibakar, yang harus kamu persembahkan secara tetap setiap hari kepada TUHAN, iaitu dua ekor anak domba jantan berumur setahun yang tidak bercacat cela sebagai korban bakaran.

4Hendaklah kamu sediakan domba yang seekor pada waktu pagi dan yang seekor lagi itu pada waktu senja.

5Selain itu, persembahkanlah juga sepersepuluh efa tepung terbaik yang dicampurkan dengan seperempat hin minyak zaitun yang ditumbuk sebagai persembahan bahan makanan.

6Itulah korban bakaran tetap yang ditentukan di Gunung Sinai; korban bakaran berupa suatu keharuman yang meredakan dipersembahkan kepada TUHAN.

7Persembahan minumannya ialah seperempat hin untuk setiap ekor domba. Curahkanlah minuman yang telah ditapai sebagai persembahan minuman kepada TUHAN di tempat suci.

8Demikian pula halnya dengan domba yang seekor lagi itu, yang harus kamu sediakan pada waktu senja. Sama seperti persembahan bahan makanan pada pagi hari dan juga persembahan minumannya, begitu juga hendaklah kamu mempersembahkan korban bakaran, yang keharumannya diredai TUHAN.

Persembahan mingguan yakni pada hari Sabat

9Persembahan untuk hari Sabat ialah dua ekor anak domba jantan berumur setahun yang tidak bercacat cela, dan dua persepuluh efa tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun sebagai persembahan bahan makanan, bersama-sama persembahan minumannya.

10Itulah korban bakaran untuk setiap hari Sabat, selain korban bakaran yang tetap dan persembahan minumannya.

Persembahan bulanan

11Pada setiap awal bulan hendaklah kamu persembahkan kepada TUHAN korban bakaran berupa dua ekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, dan tujuh ekor anak domba jantan berumur setahun yang tidak bercacat cela.

12Selain itu persembahkanlah juga tiga persepuluh efa tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun sebagai persembahan bahan makanan untuk setiap ekor lembu jantan, dua persepuluh efa tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun sebagai persembahan bahan makanan untuk domba jantan yang seekor itu,

13dan sepersepuluh efa tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun sebagai persembahan bahan makanan untuk setiap ekor anak domba jantan. Itulah korban bakaran yang berupa suatu keharuman yang meredakan dipersembahkan kepada TUHAN.

14Bagi persembahan minuman ialah setengah hin air anggur bagi seekor lembu jantan, sepertiga hin untuk seekor domba jantan, dan seperempat hin untuk seekor anak domba. Itulah korban bakaran pada setiap bulan baru dalam setahun.

15Hendaklah seekor kambing jantan disediakan juga untuk TUHAN sebagai korban penghapus dosa, selain korban bakaran yang tetap berserta persembahan minumannya.

Persembahan Perayaan Roti Tidak Beragi

16Hari keempat belas dalam bulan pertama ialah Paskah bagi TUHAN

17manakala hari kelima belas dalam bulan itu ialah hari perayaan. Makanlah roti yang tidak beragi selama tujuh hari.

18Pada hari pertama adakanlah perhimpunan jemaah yang suci, dan jangan lakukan sesuatu pekerjaan yang berat.

19Persembahkanlah kepada TUHAN korban yang dibakar, iaitu korban bakaran berupa dua ekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, dan tujuh ekor anak domba jantan berumur setahun. Hendaklah semuanya tidak bercacat cela.

20Sebagai persembahan bahan makanannya sediakanlah tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun, tiga persepuluh efa untuk seekor lembu jantan, dua persepuluh efa untuk seekor domba jantan,

21dan sepersepuluh efa untuk setiap ekor daripada ketujuh-tujuh ekor anak domba jantan itu.

22Persembahkanlah juga seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa untuk mengadakan pendamaian bagimu.

23Sediakanlah semua itu, selain korban bakaran pagi yang termasuk korban bakaran tetap.

24Demikianlah harus kamu sediakan setiap harinya selama tujuh hari santapan berupa korban bakaran, korban yang dibakar yang keharumannya diredai TUHAN, selain juga korban bakaran yang tetap dan persembahan minumannya.

25Pada hari ketujuh adakanlah perhimpunan jemaah yang suci, dan jangan lakukan sebarang pekerjaan biasa.

Hasil Tuaian Sulung

26Pada Hari Hasil Tuaian Sulung, ketika kamu mempersembahkan persembahan bahan makanan yang baru kepada TUHAN selama Perayaan Tujuh Minggu, adakanlah perhimpunan jemaah yang suci. Jangan lakukan sebarang pekerjaan biasa.

27Persembahkanlah korban bakaran, iaitu korban yang keharumannya diredai TUHAN, berupa dua ekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, dan tujuh ekor anak domba jantan berumur setahun.

28Sebagai persembahan bahan makanannya ialah tepung terbaik yang dicampurkan dengan minyak zaitun, tiga persepuluh efa untuk setiap lembu jantan, dua persepuluh efa untuk domba jantan yang seekor itu,

29dan sepersepuluh efa untuk setiap ekor daripada ketujuh-tujuh anak domba jantan itu.

30Persembahkanlah juga seekor kambing jantan untuk mengadakan pendamaian bagimu.

31Sediakanlah semuanya bersama-sama persembahan minumannya, selain korban bakaran tetap dan persembahan bahan makanannya. Hendaklah kesemuanya tidak bercacat cela.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Bilangan 28 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran