Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 1 >> 

Salasilah Yesus Kristus

1Inilah salasilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham.

2Abraham beroleh anak yang dinamai Ishak, Ishak beroleh Yakub, dan Yakub beroleh Yehuda serta saudara-saudaranya.

3Yehuda beroleh Peres dan Zerah daripada Tamar, Peres beroleh Hezron, dan Hezron beroleh Ram.

4Ram beroleh Aminadab, Aminadab beroleh Nahason, dan Nahason beroleh Salmon.

5Salmon beroleh Boas daripada isterinya Rahab, Boas beroleh Obed daripada isterinya Rut, dan Obed beroleh Isai,

6dan Isai beroleh Raja Daud. Raja Daud beroleh Salomo daripada isteri kepada Uria.

7Salomo beroleh Rehabeam, Rehabeam beroleh Abia, dan Abia beroleh Asa.

8Asa beroleh Yosafat, Yosafat beroleh Yoram, dan Yoram beroleh Uzia.

9Uzia beroleh Yotam, Yotam beroleh Ahaz, dan Ahaz beroleh Hizkia.

10Hizkia beroleh Manasye, Manasye beroleh Amon, dan Amon beroleh Yosia.

11Yosia beroleh Yoyakhin dan saudara-saudaranya sekitar masa mereka dibawa sebagai tawanan di Babel.

12Setelah dibuang ke Babel, Yoyakhin beroleh Sealtiel, dan Sealtiel beroleh Zerubabel.

13Zerubabel beroleh Abihud, Abihud beroleh Elyakim, dan Elyakim beroleh Azur.

14Azur beroleh Zadok, Zadok beroleh Akhim, dan Akhim beroleh Eliud.

15Eliud beroleh Eleazar, Eleazar beroleh Matan, dan Matan beroleh Yakub.

16Maka Yakub beroleh Yusuf, suami Maria. Marialah yang melahirkan Yesus yang dipanggil Kristus.

17Dengan demikian, ada empat belas keturunan dari Abraham hingga ke Daud; empat belas keturunan dari Daud hingga ke masa pembuangan di Babel; dan empat belas keturunan dari masa itu hingga kelahiran Kristus.

Kelahiran Kristus

18Inilah kisah kelahiran Yesus Kristus: Ibu-Nya, Maria bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan, ternyata Maria mengandung melalui Roh Kudus.

19Yusuf, seorang yang salih, tidak mahu memalukan Maria di mata masyarakat. Dia berniat memutuskan pertunangan mereka secara diam-diam.

20Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatu malam dia bermimpi bahawa malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, “Hai Yusuf, anak Daud! Janganlah takut mengambil Maria sebagai isterimu kerana anak di dalam kandungannya adalah daripada Roh Kudus.

21Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak itu Yesus. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.”

22Segala ini berlaku supaya terlaksanalah firman Tuhan melalui nabi-Nya:

23“Seorang anak dara akan mengandung, dan melahirkan seorang anak lelaki, dan mereka akan menamai Dia Immanuel” yang bererti, Allah menyertai kita dalam bahasa Ibrani.

24Apabila Yusuf terjaga, dia pun mematuhi apa yang disampaikan oleh malaikat Tuhan itu lalu berkahwin dengan Maria.

25Tetapi Yusuf tidak bersentuh dengan Maria sebagai isterinya hinggalah Maria melahirkan Anak itu. Yusuf menamai Anak itu Yesus.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel