Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yoel 1 >> 

1Firman TUHAN yang turun kepada Yo'el anak Petuel.

Bencana belalang

2Dengarlah ini, hai para tua-tua, dan pasanglah telinga, wahai seluruh penduduk negeri! Pernahkah terjadi hal semacam ini pada zamanmu atau pada zaman nenek moyangmu?

3Ceritakanlah tentang itu kepada anak-anakmu dan biarlah anak-anakmu menceritakannya kepada anak-anak mereka, dan anak-anak mereka kepada angkatan yang berikutnya.

4Apa yang ditinggalkan oleh belalang pengerat telah dimakan oleh kerumunan belalang besar. Apa yang ditinggalkan oleh kerumunan belalang besar telah dimakan oleh belalang pelahap. Apa yang ditinggalkan oleh belalang pelahap telah dimakan oleh belalang pemusnah.

5Bangunlah, wahai para pemabuk, dan menangislah! Meraung-raunglah, wahai semua peminum air anggur, kerana air anggur baru, sebab air anggur itu telah dilenyapkan daripada mulutmu.

6Sebuah bangsa telah maju menyerang negeriku, kuat dan tidak terhitung jumlah mereka. Giginya seperti gigi singa dan taringnya seperti taring singa betina.

7Pokok anggurku telah dirosakkannya dan pokok araku telah dijadikannya serpihan. Disiatnya kulitnya sama sekali lalu dibuangnya, sehingga cabang-cabangnya menjadi putih.

8Merataplah seperti anak dara yang memakai kain perkabungan kerana tunangan pada masa mudanya.

9Persembahan bahan makanan dan persembahan minuman telah dilenyapkan daripada Bait TUHAN. Para imam berkabung, iaitu para petugas TUHAN.

10Ladang musnah, tanah berkabung, kerana gandum musnah. Buah anggur mengering, dan minyak menyusut.

11Kecewalah, wahai petani, meraung-raunglah, wahai pemelihara kebun anggur, kerana gandum dan kerana barli, sebabnya hasil tuaian ladang telah musnah.

12Pokok anggur layu, pokok ara merana. Pokok delima, juga pokok kurma dan pokok epal, semua pokok di padang layu. Sungguh, kegirangan layu daripada kalangan anak manusia.

13Pakailah kain perkabungan dan merataplah, wahai para imam, meraung-raunglah, wahai para petugas mazbah. Masuk dan bermalamlah dengan memakai kain perkabungan, wahai para petugas Allahku, kerana persembahan bahan makanan dan persembahan minuman telah ditahan daripada Bait Allahmu.

14Adakanlah hari puasa, maklumkanlah perhimpunan jemaah yang suci. Kumpulkanlah para tua-tua dan seluruh penduduk negeri di Bait TUHAN, Allahmu, lalu berserulah kepada TUHAN.

15Aduh, hari itu! Sungguh, hari TUHAN sudah dekat dan akan datang sebagai pemusnahan daripada Yang Maha Kuasa.

16Bukankah makanan telah lenyap di hadapan mata kita, begitu juga kesukaan dan kegembiraan dari Bait Allah kita?

17Benih-benih menjadi layu berkerepot di bawah tanah, kepuk-kepuk kosong melompong, jelapang-jelapang runtuh, kerana gandum telah layu.

18Betapa binatang-binatang berkeluh-kesah! Kawanan-kawanan lembu gelisah, kerana tidak ada lagi padang rumput mereka. Malah yang menderita sama ialah kawanan-kawanan domba.

19Kepada-Mu, ya TUHAN, aku berseru kerana api telah melahap padang-padang rumput di gurun. Nyala api telah menghanguskan segala pokok di padang.

20Bahkan binatang-binatang padang menjerit kepada-Mu, kerana saluran-saluran air telah kering dan api telah melahap padang-padang rumput di gurun.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yoel 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel