Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 22 >> 

FATSAL XXII.

1HIE tuan tuan, saudara saudara, dan bapa bapa, dŭngarlah kiranya bicharaku skarang ini.

2Maka apabila didŭngar ulih marika itu iya bŭrtutor dŭngan bahsa Ibrani, makinlah lebih marika itu bŭrdiam dirinya, maka Paulus pun bŭrkatalah:

3Adapun aku ini pun sŭsungguhnya sa’orang orang Yahudi yang dipranakkan diTarsus, dibŭnua Celisia, tŭtapi dipliharakan aku dalam nŭgri ini dibawah kasut Gameliel, sŭrta diajarkannya mŭnurot hukum nenek moyang kami dŭngan kŭras, sŭrta pula rajin hatiku kŭrna Allah spŭrti kamu skalian skarang ini juga adanya.

4Dan lagi aku tŭlah mŭngannyayai akan orang yang tŭlah mŭnurot jalan ini sampie mati dibunoh, sambil mŭngikat, dan mŭmasokkan orang kŭdalam pŭnjara baik laki laki, baik pŭrampuan pŭrampuan.

5Maka imam yang bŭsar itu pun bulih mŭnjadi saksi bagieku, sŭrta dŭngan mŭjlis orang tua tua, maka deripada marika itulah aku tŭlah mŭngambil surat kiriman kapada sagala saudara itu, lalu pŭrgilah aku kaDamsek, sŭbab handak mŭmbawa sagala orang itu kaJerusalem yang tŭlah tŭrikat disana supaya diseksakannya.

6Tŭtapi skali pŭrstua tŭtkala aku bŭrjalan sudah dŭkat diDamsek itu, pada waktu tŭngah hari, maka tiba tiba mŭmancharlah suatu chahya deri langit yang amat gilang gumilang mŭnglilingi aku.

7Maka aku pun jatohlah tŭrjrumus kabumi, sŭrta kudŭngar suatu swara bŭrkata kapadaku, Hie Saul, Saul, mŭngapa angkau mŭngannyayai akan daku?

8Maka jawabku, Siapakah angkau, Tuhan? Maka bŭrkatalah iya, Akulah Isa orang Nazareth, yang angkau annyayakan itu.

9Maka sagala orang yang ada bŭrsama sama dŭngan aku itu pun mŭlihatlah akan chahya chahya itu sŭrta dŭngan kŭtakotannya, akan tŭtapinya tiada didŭngarnya akan swara yang bŭrkata kata dŭngan aku itu.

10Maka jawabku, Apakah patut kupŭrbuat ya Tuhan? Maka bŭrkatalah Tuhan padaku, Bangunlah angkau pŭrgi kaDamsek, maka disanalah akan dikatakan padamu sagala pŭrkara yang patut kamu pŭrbuat.

11Adapun apabila tiada bulih aku mŭlihat deri sŭbab kŭmuliaan chahya itu, maka dipimpinlah ulih orang yang bŭrsama sama dŭngan aku akan tanganku, lalu masoklah aku kaDamsek.

12Sŭbarmula maka adalah sa’orang yang bŭrnama Ananias, orang bŭrbakti mŭnurot tauret adanya, maka iya itu tŭlah tŭrpuji ulih orang Yahudi yang dudok disana:

13Maka datanglah iya sŭrta bŭrdiri disisiku, lalu bŭrkata padaku, Hie saudaraku Saul, chŭleklah matamu pula. Maka dŭngan skutika itu juga dapatlah aku mŭlihat dia.

14Maka bŭrkatalah iya, Bahwa Allah nenek moyang kami tŭlah mŭmileh dikau akan mŭngŭtahui kahandaknya, dan akan mŭlihat orang bŭnar itu, dan bulih mŭnŭngar pŭrkataan deripada mulotnya.

15Kŭrna angkau kŭlak akan mŭnjadi saksinya kapada sagala manusia derihal sagala sŭsuatu yang angkau tŭlah mŭlihat dan tŭlah dŭngar.

16Maka skarang pun mŭngapa angkau bŭrlambatan? bangunlah angkau, supaya angkau dibaptisakan, dan dibasohkan sagala dosa kamu, sŭrta bŭrsru akan nama Tuhan.

17Sŭbarmula maka apabila aku kŭmbali kaJerusalem, tŭtkala aku tŭngah mŭminta doa dalam ka’abah, maka pengsanlah aku.

18Maka kulihatlah akan dia, sŭrta katanya, Bangunlah, dan sŭgralah angkau kluar deri Jerusalem, kŭrna marika itu tiada akan mŭnŭrima saksimu derihal aku.

19Maka bŭrkatalah aku, Ya Tuhan, tŭlah dikŭtahui ulih marika itu, bahwa aku ini tŭlah mŭmpŭnjarakan, dan mŭmukol akan sagala orang dalam tiap tiap kŭnisa yang pŭrchaya akan dikau.

20Maka apabila tŭrtumpahlah darah shahidmu Istifanus itu, bahwa aku pun adalah halir bŭrdiri mŭmpŭrkŭnankan bunohnya itu, dŭngan mŭnunggui pakiean orang yang mŭmbunoh akan dia itu.

21Maka bŭrkatalah Tuhan padaku, Pŭrgilah angkau, kŭrna aku handak mŭnyurohkan dikau katŭmpat jauh skali pada orang sŭsat.

22Maka didŭngarlah ulih marika itu dŭngan sabarnya akan dia sampie kapada pŭrkataan ini, lalu bŭrtriaklah marika itu skalian dŭngan swaranya yang nyaring, katanya, Nyahlah akan orang yang dŭmkian ini deri atas bumi, kŭrna tiada patut iya hidop lagi.

23Maka apabila marika itu bŭrtriak sŭrta mŭmbuangkan pakieannya, dan mŭnyiramkan pasir kaudara,

24Maka pŭnghulu orang sa’ribu itu pun mŭnyuroh orang mŭmbawa Paulus itu kŭdalam kota, sŭrta disuroh siasat preksa akan dia dŭngan jari ampi, supaya dikŭtahuinya apa sŭbabnya marika itu bŭrtriak mŭlawan akan dia.

25Maka sŭmŭntara diikat orang akan dia dŭngan tali kulit, maka bŭrkatalah Paulus kapada pŭnghulu orang sa’ratus yang bŭrdiri disitu, Adakah patut angkau mŭnyŭsah akan sa’orang orang Rom dŭngan tiada dipreksai?

26Maka dŭmi didŭngar ulih pŭnghulu orang sa’ratus itu akan hal yang dŭmkian, maka pŭrgilah iya mŭmbri tahu kapada pŭnghulu orang sa’ribu, katanya, Fikirlah baik baik apakah yang angkau pŭrbuat, kŭrna orang ini orang Rom adanya.

27Maka datanglah pŭnghulu orang sa’ribu itu, sŭrta bŭrkata kapada Paulus, Katakanlah padaku, iyakah sungguh angkau orang Rom? Maka jawabnya, Bahkan.

28Maka kata pŭnghulu orang sari’bu itu, Dŭngan harga yang bŭsar aku tŭlah bŭrulih kwasa kŭbibasan itu. Maka kata Paulus, Akan tŭtapi aku tŭlah dipranakkan dŭngan kwasa kŭbibasan itu juga.

29Sŭbab itu dŭngan skutika itu juga undorlah deripadanya sagala orang yang handak siasat preksa akan dia; maka pŭnghulu orang sa’ribu itu pun kŭtakotanlah, sŭbab dikŭtahuinya, bahwa iya itu orang Rom adanya, tŭgal sudah diikatnya akan dia.

30Arkian maka pada kaesokkan harinya, sŭbab iya handak mŭngŭtahui kŭtŭntuannya, apa sŭbabnya ditudoh orang Yahudi akan dia, lalu dilŭpaskannya bŭlunggunya, disurohnya sagala kŭpala imam yang bŭsar, dan sagala kŭpala bichara itu datang, maka dibawanyalah Paulus, lalu didirikannya kahadapan marika itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 22 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran