Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 23 >> 

FATSAL XXIII.

1SŬBARMULA maka Paulus pun mŭngamat amatilah akan mŭjlis bichara itu sŭrta bŭrkata, Hie tuan tuan dan saudaraku skalian, dŭngan sŭbaik baik pŭrasaan hatiku aku tŭlah bŭrlaku dihadapan Allah sampielah pada masa ini.

2Akan tŭtapi Ananias imam yang bŭsar itu mŭnyurohkan orang yang bŭrdiri disisi Paulus itu mŭnampar mulotnya.

3Maka tŭtkala itu bŭrkatalah Paulus padanya, Ditampar Allah akan dikau, hie dinding yang bŭrlabor puteh; adakah angkau ini dudok supaya mŭnghukumkan aku dŭngan mŭnurot hukum tauret, tŭtapi angkau mŭnyurohkan orang mŭnampar aku mŭlawan hukum itu?

4Maka orang yang bŭrdiri dŭkat itu pun bŭrkatalah, Angkau makikah imam Allah yang bŭsar itu?

5Maka jawab Paulus, Tiada kukŭtahui hie saudaraku, bahwa iya ini imam yang bŭsar adanya, kŭrna ada tŭrsŭbut dalam kitab, Bahwa janganlah bŭrkata jahat akan pŭmŭrentah kaum bangsamu.

6Adapun apabila dikŭtahui ulih Paulus akan orang orang itu sŭtŭngahnya orang Sadukia, dan sŭtŭngahnya orang Farisia adanya, maka bŭrsrulah iya dalam mŭjlis itu, katanya, Hie tuan tuan skalian saudaraku, bahwa aku inilah sa’orang Farisia, anak sa’orang Farisia; adapun aku ini dida’wa deri sŭbab harap akan orang mati dibangkitkan.

7Maka sŭtlah sudah iya bŭrkata dŭmkian, jadilah suatu pŭrbantahan antara orang Farisia dan Sadukia, maka sagala marika itu pun tŭrbahgilah dua.

8Kŭrna sagala orang Sadukia mŭnidakkan akan hari kiamat, dan mŭliekat, dan Roh, akan tŭtapi orang Farisia mŭngaku kaduanya.

9Maka riohlah bŭsar swara, lalu bŭrdirilah khatib khatib yang disŭblah orang Farisia, sambil bŭrbantah bantah, katanya, Suatu pun tiada kami mŭndapat salahnya orang itu; maka jikalau kiranya Roh, atau mŭliekat sudah bŭrkata kata kapadanya, maka janganlah kita mŭlawan Allah.

10Adapun apabila jadilah pŭrbantahan bŭsar itu, maka pŭnghulu orang sa’ribu itu pun takotlah akan Paulus itu kalau kalau dikoyak koyak ulih marika itu akan dia; maka disurohlah lashkar turon mŭrŭbut akan dia deri tŭngah marika itu dibawanya kŭdalam kota.

11Maka pada malam yang datang adalah Tuhan halir kapadanya, sŭrta bŭrkata, Hie Paulus, pŭrtŭtapkanlah hatimu, bahwa spŭrti angkau tŭlah bŭrsaksi derihalku diJerusalem, dŭmkianlah juga handaknya angkau bŭrsaksi dinŭgri Rom pun.

12Maka sŭtlah siang hari, adalah bŭbrapa orang Yahudi tŭlah bŭrmufakat dŭngan bŭrsumpah, katanya, tiada marika itu mahu makan dan minum, kalau sŭbŭlom iya mŭmbunoh Paulus.

13Maka banyak marika itu tŭrlebih deripada ampat puloh orang yang sŭfakat sudah mŭmbuat sumpah itu.

14Hata maka pŭrgilah marika itu pada imam yang bŭsar, dan orang tua tua, sŭrta katanya, Kami tŭlah mufakat dŭngan bŭrsumpah yang bŭsar, bahwa tiada kami mahu makan apa apa, kalau sŭbŭlom kami mŭmbunoh Paulus.

15Maka skarang pun handaklah kamu ini bŭrsama sama dŭngan mŭjlis bichara, mŭnyatakan kapada pŭnghulu orang sa’ribu, supaya esok hari dibawa akan Paulus itu kapadamu, sa’olah olah kamu mahu mŭmreksai dia dŭngan slidek baik baik akan hal ahwalnya, maka kami ini adalah sŭdia mŭmbunoh dia dahulu iya sampie kapadamu.

16Maka apabila didŭngar ulih anak saudara pŭrampuan Paulus orang orang itu ada tŭrŭndap, maka datanglah iya masok kŭdalam kota mŭmbri tahu hal itu kapada Paulus.

17Skutika itu dipanggillah ulih Paulus sa’orang pŭnghulu orang sa’ratus, lalu katanya, Bawa orang muda ini kapada pŭnghulu orang sa’ribu, kŭrna ada kapadanya suatu khabar handak disampiekannya itu kapadanya.

18Maka dibawanyalah akan dia kapada pŭnghulu orang sa’ribu, katanya, Bahwa Paulus orang yang tŭrpŭnjara itu tŭlah mŭmanggil aku sŭrta mŭminta supaya aku mŭmbawa orang muda ini padamu, kŭrna ada kapadanya suatu khabar handak dikatakannya itu kapadamu.

19Maka ulih pŭnghulu orang sa’ribu itu dipŭgang tangannya, lalu dibawanya akan dia kasŭblah sa’orang orang, sŭrta bŭrtanya kapadanya, Apakah khabar yang angkau handak mŭngatakan padaku itu?

20Maka jawabnya, Bahwa orang Yahudi tŭlah bŭrmufakat handak mŭminta kapadamu, supaya esok hari angkau mŭmbawa Paulus masok katŭmpat bichara, sa’olah olah marika itu handak mŭmreksai kapadanya dŭngan sŭlidek baik baik deri hal ahwalnya.

21Tŭtapi janganlah angkau luluskan kahandak marika itu, kŭrna adalah tŭrŭndap lebih deripada ampat puloh orang yang tŭlah bŭrsumpah atas dirinya, tiada iya mahu makan dan minum, kalau sŭbŭlom marika itu mŭmbunoh akan dia; maka pada skarang pun adalah marika itu mŭnantikan pŭrjanjian deripadamu.

22Arkian maka dilŭpaskan ulih pŭnghulu orang sa’ribu akan orang muda itu pulang, sambil iya bŭrpŭsan, katanya, Bahwa janganlah angkau mŭngatakan pada sa’orang jua pun yang angkau tŭlah mŭnyatakan sagala pŭrkara ini padaku.

23Sŭtlah itu dipanggilnyalah dua orang pŭnghulu orang sa’ratus, katanya, Langkapkanlah dua ratus orang lashkar, dan tujoh puloh orang yang bŭrkuda, sŭrta dŭngan dua ratus orang pŭrtikaman pada jam pukol sŭmbilan malam ini, supaya marika itu pŭrgi kaKesaria.

24Maka biarlah marika itu mŭlangkapkan bŭbrapa kaindraan, supaya dinaikkannya Paulus ka’atasnya, sŭrta mŭmbawa dia dŭngan sŭjahtranya kapada raja Felix.

25Maka disuratnya sŭpuchok surat dŭmkian bunyinya:

26Bahwa Klaudius Lysias kirim sŭlam kapada Felix, raja yang amat mulia.

27Bahwa adapun orang ini tŭlah ditangkap ulih orang Yahudi handak dibunohnya akan dia, maka kutika itu datanglah aku dŭngan pasukan lashkar mŭrŭbut akan dia, sŭbab tŭlah kukŭtahui, bahwa iya ini orang Rom adanya.

28Maka tŭtkala aku handak mŭngŭtahui derihal ahwalnya yang ditudoh ulih orang akan dia itu, maka aku bawalah akan dia katŭmpat bichara.

29Maka tŭlah kudapati akan dia ditudohi orang atasnya bŭbrapa sual derihal tauretnya, tŭtapi bukannya salah yang patut dibunoh, atau dibŭlunggu.

30Maka apabila dibri tahu ulih orang akan daku, bahwa orang Yahudi handak mŭngadang akan orang itu, maka dŭngan sŭgranya aku tŭlah mŭnyuroh orang mŭmbawa dia kapadamu, sŭrta kupŭsan kapada sagala lawannya pun supaya dibawanya da’wanya itu pun kahadapanmu; sŭjahtralah kiranya atasmu.

31Arkian maka diambillah ulih sagala lashkar itu akan Paulus spŭrti disurohnya, lalu dibawanyalah akan dia kanŭgri Antipatris pada malam itu.

32Maka pada kaesokkan harinya, sŭtlah sudah dibrinya orang bŭrkuda itu pŭrgi bŭrsama sama dŭngan dia, maka sagala lashkar itu pun kŭmbalilah kŭdalam kota.

33Maka apabila sampielah orang bŭrkuda itu kanŭgri Kesaria, lalu dibrikannyalah surat kapada raja, sŭrta dibawanyalah Paulus mŭngadap kapadanya.

34Maka dŭmi dibacha ulih raja akan surat itu, lalu bŭrtanyalah iya kapadanya, Angkau ini anak nŭgri mana? Maka apabila dikŭtahui raja, bahwa dibŭnua Celisia tŭmpat jadinya;

35Maka bŭrkatalah iya, Aku handak mŭnŭngar akan halmu apabila sagala lawanmu itu datang kŭmari kŭlak. Maka disurohnyalah orang mŭnunggui dia dalam rumah bichara Herodis.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 23 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran