Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 24 >> 

FATSAL XXIV.

1SŬBARMULA maka kumdian deripada lima hari, maka datanglah Ananias imam yang bŭsar itu sŭrta dŭngan sagala orang tua tua, dan sa’orang yang peta lidahnya, bŭrnama Tertulus, yang akau mŭngadukan derihal Paulus kapada raja.

2Maka apabila Paulus dipanggil, maka Tertulus pun mŭmulailah mŭnudoh Paulus, katanya, Bahwa kami tŭlah bŭrulih sŭntosa bŭsar ulih pŭrentahmu, dan bŭbrapa kŭbajikan tŭlah diadakan kapada bangsa ini ulih bijaksanamu.

3Hie Felix yang amat mulia, maka sŭdiakala pada barang tŭmpat kami mŭnŭrima kasihanmu itu dŭngan bŭbrapa shukor.

4Tŭtapi supaya janganlah aku mŭnyusahi angkau lagi, aku mŭminta supaya angkau mŭnŭngar dŭngan kŭmurahan hatimu akan bŭbrapa pŭrkataan kami.

5Kŭrna kami tŭlah mŭndapat orang ini suatu bala, dan sa’orang yang mŭngadakan huru hara diantara orang orang Yahudi dalam sagala dunia; dan lagi iya sa’orang kŭpala guru, umat orang Nazareth itu.

6Lagi pula iya handak mŭnŭjiskan ka’abah, maka kami tŭlah mŭnangkap dia, sŭrta handak mŭnghukumkan dia mŭnurot hukum tauret kami.

7Tŭtapi datanglah Lysias pŭnghulu orang sa’ribu itu mŭrŭbut dia dŭngan gagahnya yang bŭsar deripada tangan kami.

8Maka disurohkannya sagala orang yang handak mŭnudoh akan dia datang mŭngadap kapadamu; maka apabila angkau tŭlah mŭmreksai deri halnya itu, nŭschaya angkau sŭndiri bulih mŭngŭtahui sagala pŭrkara yang tŭlah kami tudohi akan dia itu.

9Maka dibŭnarkanlah pula ulih sagala orang Yahudi akan sagala pŭrkataan itu.

10Sŭtlah itu diisharatkan ulih rajalah kapada Paulus mŭnyuroh bŭrkata kata; maka dijawablah iya katanya, Adapun kukŭtahui bŭbrapa lamanya angkau tŭlah mŭnjadi hakim yang mŭmrentahkan bangsa ini, sŭbab itu tŭrlebih lagi relalah aku handak mŭmbri jawab akan halku.

11Mŭlainkan angkau bulihlah mŭngŭtahui, bahwa tiadalah lebih deripada duablas hari lamanya aku bahru datang kaJerusalem handak sŭmbahyang.

12Maka tiadalah didapati ulih marika itu aku bŭrbantah bantah dalam ka’abah dŭngan sa’orang jua pun, atau mŭngadakan suatu pŭrgadohan diantara kaum, baik dalam kŭnisa, baik dalam nŭgri.

13Maka tiadalah pun marika itu bulih mŭmbri saksi skarang ini barang yang ditudohnya atasku.

14Akan tŭtapi aku mŭngakulah dihadapanmu, bahwa adapun mŭnurot jalan yang dikatakannya mŭzhab sŭsat itu, maka dŭngan jalan itulah juga aku bŭrbakti kapada Allah nenek moyang kami, sŭrta pŭrchaya akan sagala pŭrkara yang tŭrsurat dalam tauret dan kitab nabi nabi.

15Dan lagi aku harap akan Allah yang diakui ulih marika itu pun, bahwa akan dibangkitkan pula orang mati, baik deripada orang yang bŭnar, baik deripada orang yang tiada bŭnar.

16Maka dalam hal inilah aku mŭngusahakan diriku, supaya sŭntiasa bŭrulih pŭrasaan hati yang tiada mŭndatangkan salah kapada Allah, atau kapada manusia.

17Adapun sŭlang bŭbrapa tahun lamanya, maka aku datang mŭmbawa bŭbrapa sŭdŭkah pada kaumku, sŭrta bŭbrapa pŭrsŭmbahan.

18Hata kumdian deripada hal ini, maka adalah bŭbrapa orang Yahudi deri Asia tŭlah mŭndapati aku disuchikan dalam ka’abah, bukannya dŭngan orang banyak, dan bukannya pula dŭngan huru hara.

19Maka patutlah orang itu pun ada disini dihadapanmu, akan mŭnudoh aku, jikalau ada barang pŭrdawaannya atasku.

20Atau biarlah marika ini sŭndiri bŭrkata kata, kalau kalau iya sudah mŭndapat barang suatu kŭjahatan deri padaku tŭtkala aku bŭrdiri mŭngadap mŭjlis itu.

21Hanya deri sŭbab pŭrkataan yang tŭlah kukatakan tŭtkala aku bŭrdiri diantara marika itu mŭngatakan, bahwa derihal orang yang mati itu akan dibangkitkan pula, aku dida’wa ulih kamu pada hari ini.

22Adapun dŭmi didŭngar ulih Felix akan sagala pŭrkara ini, dipŭrtanggohkannyalah marika itu, sŭbab iya mŭngŭtahui akan sagala hal ahwalnya jalan ini dŭngan katrangannya; katanya, Apabila Lysias, pŭnghulu orang sa’ribu itu datang kŭlak, aku nanti tahu sahabis habislah derihalmu.

23Maka dipŭsannya kapada pŭnghulu orang sa’ratus akan mŭnunggui Paulus, sŭrta mŭmbri bibas akan dia, dan jangan dilarangkannya barang sa’orang yang bŭrkŭnal kŭnalan dŭngan dia datang, atau mŭlawat akan dia.

24¶ Maka skali pŭrstua kumdian deripada bŭbrapa hari lamanya, datanglah Felix sŭrta istrinya yang bŭrnama Drusila, iya itu sa’orang pŭrampuan Yahudi, maka disurohnya panggil akan Paulus, lalu didŭngarnya dia mŭnchŭrtrakan hal iman akan Almasih.

25Maka tŭtkala iya mŭngajar derihal kabŭnaran, dan mŭnahani nafsu, dan hukum yang akan datang, maka Felix pun gŭmŭntarlah sangat, sŭrta bŭrkata, Sudah skarang ini, bila kutika sŭnangku kŭlak, aku akan mŭmanggil dikau.

26Dan lagi haraplah iya akan dibrikan wang ulih Paulus akan dia, supaya dilŭpaskannya dia pŭrgi, maka sŭbab itu disuronnya mŭmanggil banyak kali akan dia mŭngadap handak bŭrkata kata sŭrtanya.

27Tŭtapi kumdian deripada dua tahun, datanglah Porkius Festus mŭnggantikan Felix: maka Felix sŭbab handak mŭnyukakan sagala orang Yahudi itu, dibiarkannyalah Paulus itu tŭrblunggu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 24 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran