Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Ibrani 11 >> 

Berasaskan iman

1Iman adalah kepastian akan perkara-perkara yang diharapkan, keyakinan akan perkara-perkara yang tidak dilihat.

2Melaluinya nenek moyang kita telah dipuji.

3Melalui iman kita mengerti bahawa seluruh alam dibentuk dengan firman Allah. Nyatalah bahawa segala yang dilihat sekarang tidak dicipta daripada benda yang dapat dilihat.

4Melalui iman Habil telah mempersembahkan kepada Allah korban yang lebih baik daripada yang dipersembahkan oleh Kabil. Dengan demikian dia mendapat kesaksian bahawa dia seorang yang warak; Allah memberikan kesaksian tentang persembahannya. Oleh itu setelah Habil mati pun, dia masih berkata-kata.

5Melalui iman Henokh (juga disebut Idris) dipindahkan supaya dia tidak mengalami kematian, ‘dan tidak dapat dijumpai kerana Allah telah memindahkannya’; kerana sebelum dia dipindahkan, dia telah menerima kesaksian, bahawa dia mendapat keredaan Allah.

6Tetapi tanpa iman, mustahil didapati keredaan-Nya. Sesiapa yang datang kepada Allah mestilah beriman bahawa Allah wujud dan Dia memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha untuk mencari-Nya.

7Melalui iman, Nuh yang diberi amaran tentang perkara-perkara yang belum dilihat telah bertindak dengan rasa takut akan Allah. Nuh telah menyediakan bahtera untuk menyelamatkan seisi rumahnya. Dengan demikian dia telah mempersalahkan dunia dan mewarisi kebenaran menurut iman.

8Melalui iman Ibrahim taat apabila disuruh pergi ke tempat yang kemudian diterimanya sebagai warisannya. Dia pergi tanpa mengetahui ke mana dia pergi.

9Melalui iman dia tinggal di tanah yang dijanjikan itu seperti di negara asing. Dia tinggal di khemah-khemah dengan Ishak dan Yakub, yang bersamanya menjadi waris janji itu;

10kerana dia menanti kota yang berasas, yang dibina dan dicipta oleh Allah.

11Melalui iman Sarah juga mendapat kekuatan untuk mengandungkan benih lalu melahirkan anak padahal usianya sudah lanjut; kerana dia yakin bahawa Dia yang berjanji itu setia.

12Oleh itu daripada seorang lelaki yang dianggap hampir dengan maut, telah lahir keturunan sebanyak bintang-bintang di langit, tidak terkira bilangannya seperti butir-butir pasir di pantai.

13Semua mereka ini telah mati dalam iman. Mereka belum menerima janji itu. Akan tetapi setelah melihatnya pada masa yang akan datang mereka yakin terhadapnya, dan mengakui mereka orang asing dan musafir di muka bumi ini.

14Mereka yang berkata demikian menyatakan terang-terang bahawa mereka sedang mencari tempat untuk dijadikan tanah air mereka.

15Sesungguhnya, kalaulah mereka teringat akan negara yang telah mereka tinggalkan dahulu, mereka akan mendapat peluang untuk kembali.

16Tetapi kini mereka inginkan tempat yang lebih baik, iaitu di syurga. Oleh itu Allah tidak malu disebut sebagai Allah Tuhan mereka; Dia telah menyediakan sebuah kota untuk mereka.

17Melalui iman Ibrahim, apabila diuji, menyerahkan Ishak sebagai korban; dia yang menerima janji-janji itu mempersembahkan anak lelakinya yang tunggal.

18Tentang anak itu telah disebutkan, ‘Dalam Ishak, benih keturunanmu akan dipanggil.’

19Allah berkuasa membangkitkannya daripada kematian; dan secara perlambangan dia telah menerimanya semula daripada kematian.

20Melalui iman, Ishak telah memberkati Yakub dan Esau berkenaan perkara-perkara yang akan datang.

21Melalui iman, Yakub ketika akan mati telah memberkati setiap orang anak lelaki Yusuf lalu menyembah sambil bersandar kepada kepala tongkatnya.

22Melalui iman Yusuf, apabila hampir sampai ajalnya, telah menyebut pemergian kaum Israel dan berpesan tentang tulang-tulangnya.

23Melalui iman Musa telah disembunyikan oleh ibu bapanya selama tiga bulan sejak lahirnya, kerana mereka melihat bahawa dia seorang bayi yang berparas istimewa dan mereka tidak takut akan perintah raja.

24Melalui iman Musa, setelah besar, tidak mahu disebut anak kepada puteri Firaun.

25Dia memilih untuk menanggung kesusahan bersama umat Allah daripada menikmati nikmat sementara melakukan dosa.

26Baginya celaan yang ditanggung al-Masih lebih berharga daripada seluruh kekayaan Mesir; kerana dia berharap mendapat ganjaran.

27Melalui iman dia meninggalkan Mesir, tanpa takut akan kemurkaan raja; kerana hatinya teguh seolah-olah dia melihat Allah yang tidak mungkin dilihat.

28Melalui iman dia mengadakan perayaan Paska dan perenjisan darah, supaya pembunuh anak-anak sulung tidak menyentuh anak-anak sulung Israel.

29Melalui iman mereka menyeberangi Laut Merah seolah-olah berjalan di darat, sedangkan orang Mesir yang cuba berbuat demikian mati lemas.

30Melalui iman tembok Yerikho telah roboh setelah dikepung tujuh hari.

31Melalui iman wanita pelacur yang bernama Rahab tidak musnah bersama orang yang tidak beriman, setelah dia menyambut para perisik dalam sejahtera.

32Apa lagi yang harus kukatakan? Aku kesuntukan waktu untuk bercerita tentang Gideon, Barak, Simson, Yefta, Daud, Samuel dan nabi-nabi,

33yang melalui iman telah menaklukkan kerajaan, menegakkan keadilan, mendapatkan janji, menutup mulut singa,

34memadamkan api yang ganas, terselamat daripada mata pedang, menjadi berani dalam peperangan, mengusir tentera-tentera asing.

35Ada wanita yang mendapat kembali ahli keluarganya yang telah mati dan dihidupkan semula. Ada orang yang diseksa tetapi tidak mahu diselamatkan kerana mereka ingin mendapat kebangkitan yang lebih baik.

36Setengah-setengahnya pula menghadapi dugaan dengan diejek, dipukul, dirantai dan dipenjarakan.

37Mereka direjam dengan batu, digergaji putus dua; mereka digoda, dan dibunuh dengan pedang. Mereka merayau-rayau berpakaian kulit kambing dalam keadaan papa, menderita, terseksa

38dunia tidak layak menampung mereka. Mereka merayau-rayau di gurun dan gunung-ganang, di gua-gua serta lubang-lubang di tanah.

39Semua mereka ini, sungguhpun mendapat kesaksian yang baik melalui iman, tidak menerima janji itu.

40Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita, supaya mereka tidak disempurnakan tanpa kita.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ibrani 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel