Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 1 >> 

Umat Israel Mengadakan Banci yang Pertama

1Pada hari pertama bulan kedua, dalam tahun kedua selepas umat Israel meninggalkan Mesir, TUHAN berfirman kepada Musa di dalam Khemah TUHAN di Gurun Sinai. Dia berfirman,

2"Engkau dan Harun harus membanci orang Israel menurut puak dan keluarga. Buatlah senarai nama semua orang lelaki

3yang berumur dua puluh tahun ke atas, yang layak menjadi askar.

4Mintalah seorang penghulu puak daripada tiap-tiap suku untuk menolong kamu."

5Inilah semua orang lelaki, iaitu para pemimpin dalam suku mereka, yang dipilih dari antara umat untuk melakukan tugas itu: Suku ~~ Pemimpin; Ruben ~~ Elizur anak Syedeur; Simeon ~~ Selumiel anak Zurisyadai; Yehuda ~~ Nahason anak Aminadab; Isakhar ~~ Netaneel anak Zuar; Zebulon ~~ Eliab anak Helon; Efraim ~~ Elisama anak Amihud; Manasye ~~ Gamaliel anak Pedazur; Benyamin ~~ Abidan anak Gideoni; Dan ~~ Ahiezer anak Amisyadai; Asyer ~~ Pagiel anak Okhran; Gad ~~ Elyasaf anak Dehuel; Naftali ~~ Ahira anak Enan

6(1:5)

7(1:5)

8(1:5)

9(1:5)

10(1:5)

11(1:5)

12(1:5)

13(1:5)

14(1:5)

15(1:5)

16(1:5)

17Dengan bantuan dua belas orang itu, Musa dan Harun

18mengumpulkan segenap umat pada hari pertama bulan kedua. Semua orang didaftarkan menurut puak dan keluarga masing-masing. Nama setiap orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas didaftarkan dan dihitung,

19sebagaimana yang diperintahkan TUHAN. Musa mendaftarkan mereka di Gurun Sinai.

20Nama orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas, yang layak menjadi askar, didaftarkan menurut puak dan keluarga, bermula dengan suku Ruben, anak lelaki sulung Yakub. Jumlah mereka adalah seperti berikut: Suku ~~ Bilangan Orang; Ruben ~~ 46,500; Simeon ~~ 59,300; Gad ~~ 45,650; Yehuda ~~ 74,600; Isakhar ~~ 54,400; Zebulon ~~ 57,400; Efraim ~~ 40,500; Manasye ~~ 32,200; Benyamin ~~ 35,400; Dan ~~ 62,700; Asyer ~~ 41,500; Naftali ~~ 53,400; Jumlah: ~~ 603,550

21(1:20)

22(1:20)

23(1:20)

24(1:20)

25(1:20)

26(1:20)

27(1:20)

28(1:20)

29(1:20)

30(1:20)

31(1:20)

32(1:20)

33(1:20)

34(1:20)

35(1:20)

36(1:20)

37(1:20)

38(1:20)

39(1:20)

40(1:20)

41(1:20)

42(1:20)

43(1:20)

44(1:20)

45(1:20)

46(1:20)

47Orang Lewi tidak didaftarkan bersama dengan suku-suku lain,

48kerana TUHAN sudah berfirman kepada Musa,

49"Apabila engkau membanci orang lelaki yang layak menjadi askar, jangan banci suku Lewi.

50Tetapi suruhlah orang Lewi mengurus Khemah-Ku dan segala peralatannya. Mereka harus memikul Khemah dan peralatannya, serta bertugas di situ. Mereka juga harus berkhemah di sekeliling Khemah-Ku.

51Apabila kamu memindahkan perkhemahan, orang Lewi harus menggulung Khemah-Ku, dan memasangnya semula di tempat yang baru. Selain orang Lewi, sesiapa yang menghampiri Khemah-Ku mesti dihukum mati.

52Orang Israel lain harus berkhemah dalam kumpulan, dan setiap orang dalam kelompoknya sendiri, dan di bawah panji masing-masing.

53Tetapi orang Lewi harus berkhemah di sekeliling Khemah-Ku untuk mengawalnya supaya tiada sesiapa pun akan menghampirinya, lalu menyebabkan Aku murka dan menghukum umat Israel."

54Maka umat Israel melakukan segala yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Bilangan 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel