Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 6 >> 

Peraturan tentang Orang Nazir

1TUHAN menyuruh Musa

2memberikan peraturan ini kepada umat Israel. Apabila seorang lelaki atau perempuan bernazar untuk mengekhaskan diri bagi TUHAN sebagai orang Nazir,

3dia tidak boleh minum wain dan minuman keras. Dia tidak boleh minum minuman apa pun yang dibuat daripada buah anggur, dan tidak boleh makan buah anggur segar ataupun kismis.

4Selama dia orang Nazir, dia tidak boleh makan apa pun yang berasal daripada pokok anggur, sama ada biji ataupun kulit buah anggur.

5Selama dia orang Nazir, dia tidak boleh menggunting rambutnya ataupun bercukur. Dia terikat oleh nazarnya sampai selesai masa dia mengekhaskan diri bagi TUHAN. Oleh itu dia mesti membiarkan rambut dan janggutnya tumbuh panjang.

6Rambutnya adalah tanda bahawa dia mengekhaskan diri bagi Allah. Oleh itu dia tidak boleh menajiskan diri dengan menghampiri mayat, sekalipun mayat bapanya, ibunya, abangnya, atau kakaknya.

7(6:6)

8Selama dia orang Nazir, dia adalah orang yang khas untuk TUHAN.

9Jika rambut orang Nazir menjadi najis kerana dia di sisi seorang yang tiba-tiba meninggal, orang Nazir itu harus menunggu selama tujuh hari, lalu mencukur rambut dan janggutnya. Dengan demikian dia menjadi suci.

10Pada hari kelapan, dia harus membawa dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati kepada imam di pintu Khemah TUHAN.

11Imam itu akan mempersembahkan seekor burung sebagai korban untuk mengampunkan dosa, dan seekor lagi sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Imam akan melakukan upacara penyucian untuk orang itu kerana dia telah menghampiri mayat. Pada hari itu juga, orang itu harus mengekhaskan rambutnya semula kepada TUHAN,

12dan membaharui nazarnya kepada TUHAN sebagai orang Nazir selama masa yang ditentukan. Jangka waktu yang lampau itu tidak dihitung lagi kerana rambutnya yang sudah dikhaskan telah menjadi najis. Sebagai korban untuk membayar ganti rugi, orang itu harus mempersembahkan seekor anak domba yang berumur satu tahun.

13Apabila seorang Nazir menyelesaikan nazarnya, dia harus melakukan upacara yang berikut. Dia harus pergi ke pintu Khemah TUHAN

14dan mempersembahkan tiga ekor binatang yang tidak ada cacat kepada TUHAN: seekor anak domba jantan yang berumur satu tahun bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, seekor anak domba betina berumur satu tahun sebagai korban untuk mengampunkan dosa, dan seekor domba jantan sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN.

15Dia juga harus mempersembahkan satu bakul roti tanpa ragi: roti tebal yang dicampuri minyak zaitun, dan roti tipis yang disapu dengan minyak zaitun. Dia juga harus mempersembahkan korban untuk mengucap syukur dan korban wain, sebagaimana yang sudah ditetapkan.

16Imam harus mempersembahkan semua itu kepada TUHAN, dan juga korban untuk mengampunkan dosa dan korban untuk menyenangkan hati TUHAN.

17Dia akan mempersembahkan domba jantan itu kepada TUHAN sebagai korban untuk memohon berkat TUHAN, dan mempersembahkannya dengan sebakul roti; dia juga harus mempersembahkan korban untuk mengucap syukur, dan korban wain.

18Orang Nazir itu harus mencukur rambutnya di pintu Khemah TUHAN, lalu melemparkan rambutnya itu ke dalam api yang sedang membakar korban untuk memohon berkat TUHAN.

19Selepas itu, imam akan mengambil kaki depan domba jantan yang sudah direbus, seketul roti tebal dan seketul roti tipis dari bakul itu, lalu meletakkan semuanya ke dalam tangan orang Nazir itu.

20Kemudian imam itu harus mempersembahkan semuanya sebagai persembahan khas kepada TUHAN. Semua persembahan itu suci dan menjadi milik imam, bersama dengan dada dan paha domba jantan yang menurut peraturan, sudah sememangnya milik imam. Selepas itu, orang itu bukan orang Nazir lagi, dan dia boleh minum wain.

21Itulah peraturan untuk orang Nazir. Tetapi jika seorang Nazir berjanji untuk memberikan persembahan yang lebih daripada syarat-syarat nazarnya, dia mesti memenuhi semua janjinya itu.

Ucapan Berkat

22TUHAN memerintahkan Musa untuk

23memberitahu Harun dan anak-anak lelakinya supaya mengucapkan kata-kata ini apabila mereka memberkati umat Israel:

24Semoga TUHAN memberkati dan memelihara kamu.

25Semoga TUHAN baik hati dan murah hati terhadap kamu.

26Semoga TUHAN berkenan kepada kamu dan memberi kamu kesejahteraan.

27TUHAN berfirman, "Jika mereka mengucapkan nama-Ku sebagai berkat kepada umat Israel, Aku akan memberkati umat Israel."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Bilangan 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran