Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yeremia 35 >> 

Yeremia dan Puak Rekhab

1Ketika Raja Yoyakim putera Raja Yosia menjadi penguasa Yehuda, TUHAN berfirman kepadaku,

2"Pergilah berkata-kata dengan orang daripada puak Rekhab. Bawalah mereka ke salah satu bilik di Rumah-Ku dan berilah mereka minum wain."

3Kemudian aku membawa seluruh puak Rekhab, iaitu Yaazanya (anak seorang yang bernama Yeremia anak Habazinya) bersama-sama semua saudara dan anak lelakinya,

4pergi ke Rumah TUHAN. Aku membawa mereka ke bilik para pengikut Nabi Hanan anak Yigdalya. Bilik itu di atas bilik Maaseya anak Salum, seorang pegawai tinggi di Rumah TUHAN. Bilik itu juga berdekatan dengan bilik para pegawai lain.

5Aku menghidangkan wain di dalam cawan dan mangkuk kepada puak Rekhab itu. Aku berkata kepada mereka, "Sila minum wain!"

6Tetapi mereka menjawab, "Kami tidak minum wain. Nenek moyang kami, Yonadab anak Rekhab, melarang kami dan keturunan kami daripada minum wain.

7Dia juga melarang kami membina rumah atau bercucuk tanam, membuka ladang anggur ataupun membelinya. Dia memerintah kami supaya sentiasa tinggal di dalam khemah, supaya kami boleh tinggal di negeri ini sebagai orang asing.

8Kami telah mematuhi semua perintah Yonadab itu. Baik kami mahupun isteri kami tidak pernah minum wain; demikian juga anak lelaki dan anak perempuan kami.

9Kami tidak membina rumah untuk tempat tinggal; kami tinggal di dalam khemah. Kami tidak mempunyai ladang anggur, ladang atau benih gandum. Kami patuh sepenuhnya kepada apa saja yang diperintahkan oleh nenek moyang kami, Yonadab.

10(35:9)

11Tetapi apabila Raja Nebukadnezar menyerang negeri ini, kami mengambil keputusan untuk datang ke Yerusalem supaya lari daripada tentera Babilonia dan Siria. Itulah sebabnya kami tinggal di Yerusalem."

12Selepas itu TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, menyuruh aku berkata kepada penduduk Yehuda dan Yerusalem, "Aku, TUHAN, bertanya akan sebabnya kamu tidak mahu mendengar firman-Ku dan tidak mahu menurut perintah-Ku.

13(35:12)

14Keturunan Yonadab mentaati perintah Yonadab supaya tidak minum wain. Sehingga hari ini tiada seorang pun antara mereka minum wain. Walaupun Aku terus-menerus berfirman kepada kamu, namun kamu tidak taat kepada-Ku.

15Aku terus-menerus mengutus semua hamba-Ku, para nabi kepada kamu, dan mereka telah menyuruh kamu meninggalkan perbuatan jahat dan melakukan yang baik. Mereka memperingatkan kamu supaya tidak menyembah ataupun mengabdi kepada tuhan-tuhan lain, agar kamu boleh terus tinggal di negeri yang telah Kuberikan kepada kamu dan nenek moyang kamu. Tetapi kamu tidak mendengarkan ataupun mengendahkan Aku.

16Keturunan Yonadab mentaati perintah nenek moyang mereka, tetapi kamu tidak taat kepada-Ku.

17Oleh itu sekarang Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, akan mendatangkan semua bencana yang Aku janjikan itu kepada kamu, penduduk Yehuda dan Yerusalem. Aku akan melakukan hal ini kerana kamu tidak mahu mendengar apabila Aku berfirman, dan kamu tidak mahu menjawab apabila Aku memanggil kamu."

18Kemudian Aku memberitahu puak Rekhab, bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel berfirman, "Kamu telah mentaati perintah nenek moyang kamu Yonadab; kamu telah menurut dan melakukan semua perintahnya.

19Oleh itu, Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, berjanji bahawa Yonadab anak Rekhab akan sentiasa mempunyai keturunan lelaki yang mengabdi kepada-Ku."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yeremia 35 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel