Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ratapan 5 >> 

Doa Mohon Belas Kasihan

1Ingatlah, ya TUHAN, akan apa yang telah berlaku kepada kami. Pandanglah kami, lihatlah kehinaan kami.

2Harta warisan kami telah dirampas orang lain; orang asing sedang menduduki rumah kami.

3Bapa kami dibunuh oleh musuh, dan kini ibu kami menjadi balu.

4Kami terpaksa membeli air minum dan kayu untuk bahan api.

5Kami dipaksa bekerja berat seperti binatang; kami lelah, namun tidak diberikan masa rehat.

6Kami mengemis di Mesir dan Asyur, kami meminta makanan untuk terus hidup.

7Nenek moyang kami berdosa, dan kini sudah tiada; tetapi kami mesti menderita, kerana dosa-dosa mereka.

8Kami diperintah oleh orang yang sama seperti hamba, dan tiada orang yang berkuasa melepaskan kami daripada mereka.

9Pembunuh merayau-rayau di luar kota, nyawa kami terancam ketika mencari makanan.

10Kami demam kerana kelaparan, badan kami panas seperti ketuhar.

11Isteri kami diperkosa di Bukit Sion, gadis-gadis kami dicabuli di setiap kota di Yehuda.

12Para pemimpin kami ditangkap dan digantung, orang tua kami tidak dihormati lagi.

13Pemuda kami dipaksa mengisar gandum seperti abdi, anak lelaki tertindih pikulan kayu sehingga terhuyung-hayang.

14Orang tua tidak lagi berkumpul di pintu gerbang kota, kaum pemuda tidak lagi bermain muzik.

15Kegembiraan sudah lenyap dalam kehidupan kami, tarian telah berubah menjadi perkabungan.

16Hal yang kami bangga-banggakan sudah tiada. Kini kami dihukum kerana berdosa.

17Kami berasa amat sedih, air mata kami bercucuran sehingga penglihatan kami kabur,

18kerana Bukit Sion lengang dan terbiar, anjing hutan berkeliaran di runtuhannya.

19Tetapi Engkau, ya TUHAN, raja selama-lamanya, Engkau memerintah sepanjang masa.

20Mengapakah Engkau meninggalkan kami sedemikian lama? Tidakkah Engkau mahu mengingat kami lagi?

21Ya TUHAN, bawalah kami kembali kepada-Mu; bawalah kami balik kepada-Mu! Pulihkanlah kegemilangan kami seperti dahulu.

22Adakah Engkau membuang kami sama sekali? Tidak terbataskah kemurkaan-Mu terhadap kami?


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ratapan 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel