Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 19 >> 

Lagu Ratapan

1TUHAN menyuruh aku menyanyikan lagu ratapan ini bagi dua orang putera Israel:

2Ibu kamu bagaikan singa betina yang sangat berani. Dia membesarkan anak-anaknya antara singa-singa jantan yang ganas.

3Dia membesarkan seekor anak dan mengajarnya berburu; lalu anak itu menjadi pemakan manusia.

4Bangsa-bangsa mendengar tentang anak itu, lalu mereka memerangkapnya di dalam lubang. Mereka menyeretnya dengan kait dan membawanya ke negeri Mesir.

5Si ibu menanti kepulangan anaknya, tetapi harapannya sia-sia sahaja. Kemudian dia melatih seekor anak lagi, dan anak itu menjadi singa yang ganas.

6Anak itu menjadi dewasa dan bergaul dengan singa-singa jantan yang lain. Dia juga belajar berburu dan menjadi pemakan manusia.

7Dia merobohkan kubu dan merosakkan kota. Penduduk negeri ketakutan setiap kali dia mengaum.

8Bangsa-bangsa bangkit melawan dia; mereka datang dari segala tempat. Mereka memasang jaring untuk menangkapnya, lalu dia terjebak dalam perangkap mereka.

9Mereka memasukkan dia ke dalam kandang, dan membawa dia kepada raja Babilonia. Mereka mengawal dia supaya suaranya tidak kedengaran lagi di atas bukit-bukit Israel.

10Ibu kamu bagaikan pokok anggur yang ditanam di tepi anak sungai. Kerana banyak air di situ, pokok itu berbuah dan berdaun lebat.

11Carang-carangnya menjadi kuat sehingga menjadi tongkat kerajaan. Pokok itu menjulang tinggi ke awan, dan dikagumi semua orang kerana tinggi dan lebat daunnya.

12Tetapi orang yang marah mencabutnya, dan membuangnya ke tanah. Angin timur bertiup dan mengeringkan buahnya. Carangnya patah, menjadi kering lalu dibakar.

13Sekarang pokok itu ditanam di gurun, di tanah yang kering dan kersang.

14Batang pokok anggur itu dimakan api, carang dan buahnya terbakar. Carangnya tidak menjadi kuat lagi, tidak menjadi tongkat kerajaan lagi. Inilah lagu ratapan yang berulang-ulang dinyanyikan orang.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yehezkiel 19 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran